KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kalaulah Kita Jadi Seperti Mereka.....hmmm

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Saturday, January 29, 2011

Kalaulah Kita Jadi Seperti Mereka.....hmmm

Posted by Papa Hero | Saturday, January 29, 2011 | Category: , , , , |

Ada tak kadang-kadang kita rasa macamana perasaan jadi kucing ni? PH ada gak terasa kadang-kadang tu...Rasa macam nak tahu bagaimana rasanya dipeluk, dibelai, diusap, dijilat oleh kucing lain dan sebagainya....Rasanya macam nak tahu macamana kenyangnya makan piskis dan wet food....macamana rasanya tak bekerja, tak berduit tapi masih boleh makan dan tidur dengan selesa...Tak perlu wang, tak perlu berhutang, tak perlu bekerja, tak perlu kawan yang ramai...hidup pun buat hal sendiri jer...


Contoh macam Si Comel ni...hmmm...PH tak sangka Si Comel ni dapat hidup dan membesar dengan sihat...teringat PH masa mula-mula terjumpa dia dulu...Ceritanya ada di sini ( KLIK SINI )


Begitu juga dengan Pak Tam...Kadang-kadang terfikir juga seronok ke jadi Pak Tam ni....? Ditimang setiap hari walaupun dah dewasa....


Tapi kalau sakit, tak pandai plak nak bagitahu kat orang...terpaksalah menanggung sorang2 kesakitan yang dialami...Kalau lapar tapi takde makanan, terpaksalah duduk diam-diam dan mengiau mintak makanan...itupun kalau manusia tu faham....Sebab tu lah pentingnya manusia mempelajari ilmu kehaiwanan..kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun boleh....barulah manusia tu sendiri boleh faham Body Language haiwan ni...


Selesema dan batuk Pak Tam kian pulih semenjak diberi makan ubat walaupun masih bersin lagi...


Kadang-kadang, teringat juga keadaan PH di zaman kanak-kanak dulu....


Kalau nak lompat sana sini depan orang lain tak kisah pun sebab nama pun budak..Kalau dah tua bangka macam sekarang ni lompat-lompat depan orang nanti di kata macam beruk mak yeh plak...Sungguh berbeza kehidupan dulu dan sekarang....


Semenjak kanak-kanak, PH memang sinonim dengan haiwan terutama sekali dengan kucing...Ianya mengajar PH macamana nak menjaga hati dan melayan manusia yang lain...Itulah untungnya mempunyai sifat sayangkan haiwan...


Bagi PH, Hero ialah ikon...Dia memang kuat dan tabah....tak ada siapa yang ajar dia naik dan turun tangga...semuanya dia yang belajar sendiri...tujuan dia naik atas semata-mata nak tidur dengan PH....alahai sian Iyo...


Kadang-kadang PH terfikir macamana agaknya perasaan kalau jadi macam Hero...hmmm..PH kelu 1000 bahasa...

Mungkin Hero juga ada memikirkan bagaimana menjadi manusia yang kejam....


Tidak...kalau Hero jadi manusia, dialah yang akan membela haiwan2 yang terbiar dan teraniaya....


Dan seterusnya akan memancarkan laser dari matanya ke arah orang yang menganiaya haiwan biar hangus dijilat api laser.....miahahahahahh


P/S :
terfikir juga bagaimana perasaan kalau menjadi kucing yang terbiar....

Comments
11 Comments

Currently have 11 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. selalu pikir mcmni " kucing2 sye ni faham n tahu ke yang sye ni sayang n cinta mereka sgt2'..
    mereka tahu tak?

  2. Iya PH, Kalaulah....kalaulah HERO boleh berkata2 dan menulis, perkataan pertama yg dia tulis, "TERIMA KASIH, PAPA.." dan perkataan pertama yg dia sebut "ALHAMDULILLAH..."

  3. saya salu nangis kalo teringat perasaan hero masa 'kena' dulu..
    mmg2 xboleh d maafkan org tu.. :((

  4. baca kisah hero hampir lupa request makcik minta tlg print gambar hero besar2 dia nk frame..

  5. arghhh ! lps raye cine nak g umah PH !! kat mana umah PH !! arghhh ! iyo tggu !

  6. ape agaknye perasaan iyo ye, tak sama dgn kawan2 lain ade cukup 4 kaki...tp, HERO....
    mmg mesti mengalir air mata tiap kali trgtkn kisah HERO nih..
    memang itulah HERO..

  7. Kadang2 terasa jugak camane tido sampai 20jam macam Nomi...

    *Hero sgt hensem...

  8. zailina md taib says:

    Kisah Hero ni selalu membuatkan saya mengalirkan airmata.Saya ingin jd kuat dan tabah sepertinya..Dia mmg hero di hati saya..Luv you Hero!

  9. assalamualaikum PH..hati teringin nak jumpa Hero sebelum bersalin ni..tp kat mana ye?boleh email saya alamat?thanks! ainil_fauzi@yahoo.com

  10. PH aku aku turut perihatin atas apa yang terjadi pada Hero, ku udah liat semuanya...

    terkutuklah manusia yang telah memotong kucing malang tersebut..


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails