Stray Cat & Dogs - No Words Can Say

Kalau di Malaysia, cerita kucing merempat memang tiada kesudahannya...Tiada pihak yang nak buat penguatkuasaan yang tegas...Alasannya adalah kerana tak membawa untung...Namun, alasan tinggal alasan...Si Max, Adeq dan Tyson dah dibawa ke lokasi yang tak PH ketahui...Mereka ditangkap kerana aduan masyarakat sekeliling mengatakan mereka ini mengganggu ketenteraman....Cerita mengenai Max ada di sini ( KLIK SINI )...PH tak sanggup nak upload gambar2 kenangan dia kat entri hari ni...sedih sangat2...Kenapa dibiarkan orang yang memelihara anjing membelanya dengan sesuka hati...? Di kawasan kilang, kedai kereta terpakai, gudang-gudang serta tokey2 lori 95% PH dapati mereka membiarkan anjing2 mereka bermaharajalela di luar premis masing-masing...Bila membiak, anjing2 ni ada yang berhijrah ke tempat lain...ianya bertambah buruk sekiranya mereka berhijrah ke kawasan perumahan...aduhai...Undang-undang dan penguatkuasaan yang sedia ada amat lemah...Malu dengan dengan negara jiran....Kalau anjing pun macam tu senarionya, apatah lagi kucing....

Tengok Si Oren ni...Dah lama PH makan kat kedai ni...dalam seminggu ada jer kucing-kucing baru muncul...


PH rasa Si Oren ni memang kucing rumah..peramah dan manja...tengok la mata dia tu....sayu PH tengok...Mesti dia rindu kat tuan dia...


Apa2pun, Insyaallah ye Oren...Kau doakanlah semoga satu hari nanti PH dapat melaksanakan impian PH..untuk membuka Shelter Home untuk Stray Cats...


Harga sekali tidur untuk kucing jalanan adalah amat berharga bagi mereka....Mereka juga berhak bermimpi yang indah-indah....si kucing kantin ni langsung tak sedar PH snap gambar dia...lena betul dia tidur...


Ini pula Si Ryan...sebulan sekali dia akan balik ke rumah PH untuk makan dan tidur....Cerita dan video dia ada dalam FB KMFC kat bahagian Tab Video...tapi kena pandai2 carik sebab video tu dah lama...


Kesian kat Ryan...entah ada pemilik entah tidak....herrmmm


Ini pun satu lagi kucing jalanan...matanya buta sebelah....


PH terjumpa dia di sebuah restoran milik kawan PH di bawah jambatan Jalan Chan Sow Lin...Tak pasti plak samada buta semulajadi atau didera...entahlah..No Words Can Say...


Ini lagi sekor...Si Adek & Utih ni memang dah glam dah...Ceritanya cukup menginsafkan kita...Si Adek matanya dah dibuang oleh manusia yang tak berperikemanusiaan dan seterusnya dibuang ke tempat PH bekerja...aduhai...cerita penuhnya di sini ( KLIK SINI )...Mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan....




Hero juga pada suatu ketika dulu adalah kucing jalanan....PH rasa bertuah kerana dapat amanah dariNya untuk menjaganya...


Begitu juga dengan Si Comel...nasibnya amat baik....cerita sedihnya ada di sini ( KLIK SINI )


Dapat juga Si Comel meneruskan kesinambungan hidupnya sebagai kucing, bukan lagi sebagai haiwan...


Hero pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan...dia masih boleh menjilat bahagian belakang badannya...


Entah apa agaknya yang kucing-kucing ni fikir mengenai tuannya ( kita )...kan...?


Tiada apa yang membahagiakan kita selain melihat anak2 bulus jalanan mendapat kehidupan yang gembira....


No Words Can Say.....


P/S :

Max, Adeq, Tyson....Rumah papa dah tak semeriah dulu lagi..papa rindu nak tengok kalian melibas-libaskan ekor setiap pagi...Papa rindu nak bagi kalian semua makan...Papa rindu nak lihat kalian mengejar kereta Papa dari belakang...Rumah papa sekarang dah sunyi...sungguhpun kalian ni anjing yang selalu dipandang hina, bagi papa kamu adalah makhluk yang terbaik....setia pada tuan dan penuh dengan sifat saling mengasihi...Papa iringi pemergian kamu semua dengan doa dan harapan agar kamu tak diapa2kan....

Ini video terakhir mereka...

Tyson


Adeq


Max


Dan yang tinggal kini hanyalah Susie..


Biarlah Pemergian Kita Satu hari Nanti Akan Ditangisi Hatta Haiwan Sekalipun

From Me....
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. sedih la PH..
    tadi sy baru kutip anak kucing..
    besar mcm comel 2 la..
    die asyik ikot je sy..
    berat hati nk tinggal die, sy amek die, bwk g opis..
    nasib la guard2 opis sy semua mmg baik hati & sukakn kucing..
    =)

    ReplyDelete
  2. aduhai PH..setiap entri kamu airmata kak ct mesti bergenang. kadang2 rasa sayang kepada binatang melebihi rasa sayang pada orang..kan kan.

    ReplyDelete
  3. heheh..steady cik ct...cuma nukilan dari hati PH jer...

    ReplyDelete
  4. salam

    PH, saya menangis bila dpt tahu dogie2 kesayangan kita orang dah tak ada lagi kat umah PH.
    sebenarnya saya belajar menyayangi dogie ni selepas baca pengalaman PH dan PapaMeow.

    saya akan sentiasa merindui max, adeq dan rakan2 mereka. kami yg tengok dlm alam siber ni pun tak tertahan air mata. apatah lagi PH and MH yg dulunya hari2 berdepan dgn dogie2 cumel ni.

    saya mungkin tak nak tengok lagi video2 max dan rakan2 sebab for sure saya akan menangis.

    sabar ye PH & MH!

    Tuhan datangkan mereka utk membahagiakan PH dan MH walau hanya sebentar cuma.

    ReplyDelete
  5. saya ada terbaca tapi terlupa kat negara mana yang kerajaan negara tersebut mengharamkan penjualan kuicng dan anjing sebaliknya mereka boleh adopt secara percuma di pusat perlindungan haiwan..Bagus utk di praktik..heehhe

    adem n cats

    ReplyDelete
  6. sabar yer...kacang pon baru je kehilangan kucing kesayangan sebab penyakit cacing...mungkin kisah² sedih ni menutup tirai 2010...
    boleh baca kisah Eori dalam link kacang...
    http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2010/12/eori-story-part-2.html

    ReplyDelete
  7. kesiannya kat anjing2 comel tu..saya pun cepat mengalir air mata walaupun saya cuma baca kat entry PH jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular