Every Painful Story Has Successful Ending

Di dalam kesibukan ibukota tercinta dan penuh pancaroba  ini, rupa-rupanya masih ada lagi insan yang berhati mulia...Alhamdulillah...PH pernah diberita oleh seorang guru agama..."Janganlah kamu jadi manusia...Janganlah kamu jadi orang...tetapi jadilah kamu seorang insan"...PH agak kurang faham maksud ayat tu pada mulanya..tetapi apabila dterangkan semula, pengertian insan ialah seseorang yang mempunyai pakej segala jenis kebaikan di dalam hatinya...hati seorang insan adalah tulus dan penuh integriti...Yang menyedihkan, golongan insan pada zaman ini semakin pupus...

Bermula dengan video di bawah ini, PH tersentak...sedih...tak dapat PH nak bayangkan kalau PH berada dalam situasi begitu...Tak tahu nak mintak tolong pada siapa....Alhamdulillah, berkat pertolongan dari insan-insan seperti Cik Bella dan Cik Azimah, Si Eckie ni telah diberi tempat perlindungan sementara...Betapa kuatnya kuasa Facebbook sehingga mampu menyelamatkan nyawa dan mengubah nasib sesuatu makhluk...


Apa yang membuatkan PH nak bertemu dengannya ialah sinar matanya...hati PH sayu tak terkata...PH teringat kucing PH yang patah tulang belakang akibat terjatuh dari flat..Si Gebu namanya..Dia adalah di antara kucing yang paling PH sayang ( sebelum Hero ) sehinggalah saat2 kematiannya secara perlahan...Waktu itu PH di dalam darjah 3...Insyaallah, nanti PH akan tulis satu entri mengenai Si Gebu...

Setelah berbincang dengan MH, PH bergegas keluar dari tempat kerja di Petaling Jaya menuju ke Bangunan Dayabumi...

Semakin dalam rasa sayang PH terhadap Si Eckie....


Dah lama PH tak turun KL...teringat plak masa zaman kecik-kecik dulu....masa tu zaman Dato' Elyas Omar menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur...Sehingga kini kesesakan lalulintas memang dah menjadi rutin biasa warga KL...Perjalanan PH dari Petaling Jaya ke KL mengambil masa 1 jam setengah...


Akhirnya sampai juga PH di tempat Cik Bella bekerja...Eckie ditempatkan sementara di pondok jaga....




Pertama kali bersua dengan Eckie, PH sayu sangat dengar suara ngiauan dia....dia betul-betul perlukan pertolongan...Terima kasih sekali lagi Cik Bella dan Cik Azimah di atas keprihatinan anda...Wang yang dikeluarkan oleh anda untuk membeli sangkar Eckie akan dilipatgandakan olehNya satu hari nanti....Insyaallah ...!!!



Eckie nampak cool jer...tenang sentiasa...


Dalam 10 minit Eckie berada di dalam kereta, dia terus tidur sampailah PH sampai ke rumah...tak cukup tidur la tu....

MH menerima kehadiran Eckie dengan perasaan yang amat terharu...nasib baik Bella jumpa katanya...



tetapi, kehadiran Eckie dicemburui oleh Si Comel..dia saja buat perangai depan MH untuk tarik perhatian...takut hilang kasih sayang la tu...


Sekarang ni dah ada orang yang sudi nak jaga Eckie...terima kasih juga buat Nerq dan yang lain2 juga...

P/S :
Setiap perkara buruk yang datang dalam kehidupan kita sebenarnya.........

ada kebaikannya dikhususkan untuk kita di hujung cerita...Kita takkan dapat merasai nikmat kesenangan sekarang sebelum menikmati kepayahan terdahulu...


Begitu juga dengan Si Eckie..PH yakin selepas ini dia akan menikmati kebahagiaan selepas mempunyai tuan yang baru dan amat baik hati....Itupun setelah Eckie melalui kesakitan yang tidak kita ketahui sebabnya..

Every painful story has successful ending

Teringat lirik lagu ~~ 
" Kalau kita senyum semua orang berjangkit...."
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. xberani nak tengok video2 comel yg tengah sakit..
    siyes jadi nightmare..
    kadang2 xleh tido sbb pikirkan diorang..

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak2 PH sebab sudi jagakan eckie..
    =)
    Allah je yg dapat balas budi baik PH & MH

    ReplyDelete
  3. sama2 bella...terima kasih kat awak juga sbb amik si eckie tu

    ReplyDelete
  4. Mujur masih ada yang prihatin.. kalaulah semua manusia adalah insan.. pasti takde makhluk teraniaya dalam dunia ni

    ReplyDelete
  5. As-salam...
    Tak sabar nak baca entri pasal Si Gebu. Sy duduk rumah pangsa. Tingkat 7. Kucing sy pun dah 2 ekor jatuh dari rumah..:'(

    ReplyDelete
  6. habsah : insyaallah nanti ph buat entri tu

    TLLS : betul sgt pendapat awak tu...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...smoga ramai lagi insan yg berhati mulia mahu menolong makhluk yg lemah ini

    ReplyDelete
  8. Macam mana si Ecki boleh patah tulang belakang??kesian nye kacang tengok dia..waaaaaa...=(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular