Kisah Pilu Si Ramadhan Yang Menjadi Mangsa Penderaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Dah lama PH tak mengemaskini blog Kakimotong ni oleh sebab ada beberapa tugasan penting yang perlu PH selesaikan....Ya lah, hidup ini perlu dirancang...Hidup tanpa perancangan adalah ibarat layang-layang yang terputus talinya....Kalau kita asyik memikirkan masalah, masalah tersebut tidak akan selesaikan melainkan sekiranya kita memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut....Tetapi, kalau kita terlalu merancang pun tak boleh juga sekiranya tiada apa-apa tindakan susulan...Bak kata pepatah orang yang berjaya, "Plan Your Work, Work Your Plan"...Barulah kita boleh mencapai impian yang kita inginkan...
Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, mata PH tertancap pada satu gambar yang ditagkan kepada PH di Facebook ...Apa yang PH lihat sangatlah mendukacitakan...Kucing malang ini kelihatan seperti dianiaya oleh orang yang tidak berperikemanusiaan...
Ketika dijumpai oleh Cik Anis, kucing ini masih lagi bernyawa...Perlahan sahaja ngiauannya....Dah alang-alang diberi nombor telefon, PH pun dengan segera menghubungi Cik Anis...Apa yang diberitahu oleh beliau, kucing ini telah hilang ketika beliau berusaha mencari kotak untuk menyelamatkannya...PH berpesan kepada beliau agar jangan panik dan tawakal di samping meneruskan berusaha meneruskan operasi pencarian...Ketika ini, PH telah pun mengiklankan semula kisah pilu kucing ini di Fan Page Kakimotong di Facebook....Terima kasih kepada anda yang sudi SHARE kan gambar kucing malang ini...Sekurang-kurangnya, perkhabaran kisah ini tersebar dengan luas dan cepat lantaran itu menjurus ke arah kecepatan operasi untuk mencarinya....
Pada jam 2.28 petang, PH menerima sms dari Cik Anis...Beliau berkata kucing tersebut telah ada insan mulia telah membawanya ke klinik haiwan....Walaupun sms ini adalah satu perkembangan yang baik, tetapi hati PH masih belum segar....
Lewat jam 4.40 petang, PH menerima sms dari Cik Anis lagi...Kali ini, perkhabaran yang diterima amatlah mendukacitakan....Kucing malang yang diberi nama Ramadhan ini telah pergi buat selama-lamanya ketika di dalam perjalanan menuju ke klinik haiwan...PH diberita bahawa insan mulia yang terakhir bersama Si Ramadhan ialah Kak Nina
( FB Putri Nina Suraya )...
Kucing ini pergi di dalam keadaan matanya yang terbuka luas, seolah-olah ingin memberitahu kepada kita semua akan keperitan yang dialami olehnya...Hampir menitis air mata PH ketika melihat gambar ini....
Si Ramadhan adalah seekor lagi kucing legenda yang menjadi mangsa kekejaman manusia ( barangkali )....Kisahnya sudah cukup untuk membuatkan kisah ini terpahat di lubik hati yang paling dalam dan tidak mungkin akan dilupakan sepanjang zaman....Berdasarkan kecederaan yang dialaminya, dari gambar ini PH membuat kesimpulan bahawa lehernya mungkin telah diikat dengan kolar yang tidak sesuai dengannya dan ianya diikat dengan ketat sehingga menimbulkan kesan melecet yang amat teruk....PH mengandaikan bahawa Si Ramadhan ini bertarung dengan kesakitan ketika mengunyah makanan....
Kemudian, Si Ramadhan ini mungkin dijumpai oleh seseorang lalu membuka ikatan kolarnya yang amat ketat itu dan kemudiannya hanya membiarkan sahaja Si Ramadhan menanggung kesakitan tanpa membawanya pergi ke klinik haiwan....
Baguslah kalau ada orang yang membuka ikatannya ( jika andaian ini benar ) tetapi amatlah tidak bagus untuk membiarkannya kesakitan tanpa rawatan yang sewajarnya....Inilah kesilapan yang banyak dilakukan di kalangan masyarakat kita.....Dan inilah TUAH yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan manusia...Tiada apa yang rugi sekiranya kita berkorban sedikit harta dan wang untuk merawat kucing-kucing yang sebegini...Setiap perkara baik yang kita lakukan pastinya akan dibalas baik jua oleh Allah SWT....Ataupun mungkin masih ramai yang tidak percaya rukun iman yang keenam iaitu PERCAYA KEPADA QADA dan QADAR....Rezeki yang kita sedekahkan itu bakal menjadi timbangtara kita di akhirat kelak...
Gambar 'Closed-Up' ini jelas menunjukkan bahawa 90% kecederaannya adalah berpunca dari tangan manusia....PH amat hairan, di zaman millenium ini masih ramai lagi manusia yang dengki kat kucing....Agaknya kucing tu lebih hensem darinya kot....Wallahualam...
Nota PH :
Apa-apapun, PH ingin mengucapkan jutaan SYABAS kepada mereka yang terlibat di dalam operasi mencari Si Ramadhan ini samada secara langsung ataupun tidak...PH ada menerima Personal Message dari seorang rakan FB yang mengatakan bahawa ramai kawan-kawan di FBnya merungut sekiranya dia SHAREkan gambar-gambar atau berita-berita kucing yang memerlukan bantuan....PH memberitahu beliau supaya jangan berkecil hati dengan orang yang telah buta hatinya...
Semoga kisah yang berlaku kepada Si Ramadhan ini menjadi titik tolak kepada mereka yang telah buta hatinya dan mementingkan diri sendiri...Kita sepatutnya bersyukur kerana telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai seorang khalifah yang waras dan menggunakan kewarasan tersebut untuk membantu haiwan-haiwan yang teraniaya...Memang lebih elok sekiranya kita membantu manusia, tetapi amatlah elok sekiranya kita membantu manusia yang di dalam kesusahan tanpa menguar-uarkannya...Lagipun, ada terdapat berpuluh-puluh jabatan dan NGO yang telah dibahagikan tugas untuk membantu orang-orang miskin....
Untuk menyelamatkan haiwan, kita perlu berkongsi dengan rakan-rakan kita supaya ianya dapat dijadikan testimoni dan ikutan kepada masyarakat Malaysia secara khususnya...Memang ada manusia susah, tetapi mereka masih ada suara untuk menyuarakan...Tetapi kalau haiwan susah...??
A ) Biarkan sahaja, atau....
B ) Menjadi wakil untuk menyuarakan kesusahan mereka setelah tiada orang yang ingin menyuarakan....
Jadilah orang yang berani mengambil tanggungjawab...Sekali lagi ucapan SYABAS dan EXCELLENT buat Cik Anis dan Kak Nina...Semoga usaha kalian dapat menjadi ikutan kepada orang lain....
kisah kucing malang ni memang sedih...terpikir jg mcm PH mcmana lah dia telan makanan...doa sy moga org yg berlaku kejam terhadap ramadhan ni akan dpt balasan setimpal...dan terima kasih pd cik anis dan kak nina krn prihatin, semoga ramadhan tenang disana...
ReplyDeletedah rupa ayam pulak sy tgk.. nauzubillah...moga manusia yg melakukan perbuatan kejam ni akn dpt balasan yg lebih kejam dan terok dari yg ini!!! biar dia tahu rasa!! menitis airmata tgk keadaannya bila dah mati..tapi itu la sebaiknya drpd dia menanggung azab skt di dunia..pasti dia sedang tenang di "sana" sekrg..
ReplyDelete