Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang, Mas Joko Kembali Kepada Pemilik Asalnya

10 Julai yang lepas adalah merupakan hari terakhir Si Mas Joko tinggal di rumah PH....Pada malam itu, PH dikunjungi oleh pemiliknya iaitu Cik Puteri Adisti Jamil dan sahabat baiknya Cik Suzana Shukor untuk mengambilnya semula dari rumah PH....Untuk makluman, Si Joko adalah seekor kucing yang terbiar di mana ianya telah dijumpai oleh Cik Puteri Adisti Jamil ketika beliau berada di Arab Saudi....Gambar di bawah ini adalah gambar semasa Joko baru dijumpai...Ketika itu, dia masih kecil...


Setiap hari, Joko akan melompat ke dada PH minta dibelai....Terima kasih kepada pemilik kucing bertuah ini kerana telah memberikan peluang kepada PH untuk merasai belaian Si Joko...Banyak kenangan manis telah tercipta di antara PH dan dia....


Terima kasih juga PH ucapkan kepada mereka berdua kerana memberi buah tangan, buah kurma dan jubah dari Arab...Untuk makluman Cik Puteri dan Cik Suzana, jubah tu PH dah cuba pakai dan saiznya muat pula...Boleh la PH pakai raya nanti...hehehehe


Masa mereka berdua datang, Si Joko ni tak nak keluar dari bilik PH...Puas PH nak masukkan dia ke dalam pet carrier tapi dia tak mahu juga...Alahai Joko sayang kat papa yer..??? Takpelah Joko, mommy kamu tu rindu sangat kat kamu tu....


Beginilah rupa pet carrier Si Joko yang dibawa khas dari Arab Saudi pada bulan lepas...Habis "diconteng-conteng"....hehehehe


Siap ada tulis "Malaysia: lagi tu...Dah macam VIP pulak Si Joko ni....hehehehehe...Masa dia tiba di KLIA dulu, Joko telah dikuarantinkan selama seminggu...Mungkin ini adalah prosedur untuk kemasukan sebarang haiwan dari luar...


Untuk memastikan Joko masuk ke dalam carrier, PH umpan dia dengan sedikit makanan kegemarannya...Masa dia tengah cium-cium bau makanan tu, PH tolak muntutnya ke dalam carrier tu....hehehehe


Joko marah apabila mengetahui dirinya telah diperdaya...Alahai sorilah Joko...Ibu kamu tengah tunggu kat bawah tu...Kesian kat dia rindu sangat kat kamu tu...Joko mengiau tak henti-henti sebagai tanda protes....


Lepas tu PH pun bawa Joko ke tingkat bawah...Kat carrier tu ada lubang yang boleh dibuka...Joko beriya-iya nak keluar melalui lubang tu tetapi tersangkut dek perutnya yang gendut....Keadaan ini menjadi lucu secara tidak sengaja...Riuh satu rumah tergelak melihat gelagat Si Joko....


Bila dah lama sikit, Joko mulai tenang...Dia dah ingat semula bau tuannya...Apalagi, terus dia menggedik kat situ jugak....Alahai Joko...Bijak betul kamu ni....


Ini adalah dokumen penerbangan dan pengenalan paspot untuk Si Joko...Mengalahkan manusia pulak...Siap gambar lagi tu....Untuk pemprosesan kargo membawa haiwan peliharaan, ianya tidak semudah yang disangka...Banyak protokol yang perlu dipatuhi....


Ini adalah gambar terakhir yang sempat PH ambil bersama dengan Joko sebelum berjaya menolak muntutnya ke dalam carrier....


Inilah di antara kenangan manis yang tercipta di antara PH dan Joko...Video ini mendapat maklumbalas yang amat positif di internet...Sesiapa yang tonton video di bawah ni pasti akan 'stress'...hehehe

 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Si Joko ni boleh sampai ke rumah PH, sila KLIK SINI
Nota PH :
Selamat tinggal Joko...Terima kasih buat Puteri Adisti dan Suzana Shukor kerana memberi peluang kepada PH untuk memelihara Joko...Walaupun hanya seketika, tetapi PH akan mengingati kenangan bersamanya sehingga ke akhir hayat PH...Insyaallah...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. comelnye joko... mcm kucing sy laa.. tp kucing sy betina..hihi..

    p/s : dah lama tak nmpk kat BPP.. tak datang dah ke??

    ReplyDelete
  2. ALOLO.. MANJENYE JOKO.. GERAM PLAK..

    ReplyDelete
  3. Comey jer :)
    Suke kucing kaler itam putih ngn putih oren :)

    ReplyDelete
  4. sukanya klu dpt kcg mcm ni...

    ReplyDelete
  5. sy dulu ada kucing angkat secara tak sengaja. tuan kucing tu kerja.. bila tuan dia takde kt umah dia dtg umah sy sbb ada byk kawan & makan jugak. malam je dia balik. tiap2 hari mcm tu. Tuan dia pggl apa tak pasti tp kami adik beradik pggl sarip. Last2 tuan dia pindah biar je dia mcm tu. dr wangi smpai comot. bila makin besar dia lbh suka merayap. kita nak amik dia tggl dgn kita dia x nk. cuma dia dtg makan je

    ReplyDelete
  6. comelnya mas joko mase kecik...bestnya klu kucing saya manja cam mas joko gak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular