Salam Pencinta Haiwan Buat Nusantara

Alhamdulillah...Secara rambang PH telah melihat perubahan paradigma telah berlaku di dalam usul membela nasib haiwan-haiwan yang terbiar...Blog Kakimotong selepas pasca TAKDIR di TV3 terus mencapai tahap yang amat membanggakan...Dari sebuah blog yang tidak dikenali tetapi kini telah menjadi sebutan di setiap bibir rakyat Malaysia secara amnya...Inilah natijahnya kalau kita selalu membuat sesuatu kerja dengan berterusan dan tanpa berputus asa....Ramai orang yang berputus asa kerana mereka sebenarnya menyangka mereka telah gagal, tetapi sebaliknya mereka berhentti sebelum berjaya....Untuk mengelakkan diri dari berputus asa, kita perlu melihat apa perjuangan dan matlamat kita hidup yang sebenar-benarnya...Matlamat hidup dan perjuangan yang jelas akan menyebabkan kita menjadi 'degil' untuk memburu kejayaan...Kalau kita nak mencapai impian, kita perlu membuang 3M :

1 ) Malas
2 ) Malu
3 ) Monyok



PH telah bergelumang di dalam dunia pembinaan bangunan sejak tahun 2000 lagi....Pelbagai ragam manusia telah PH jumpa dan pelbagai pengalaman hitam yang PH pernah tempuh ketika menjalankan tugas...Ada yang jatuh mati depan mata PH dengan kepala yang berkecai  ( KLIK SINI ) , ada yang terpotong tangan sendiri, dan ada juga yang mati dibunuh akibat cinta tiga segi....Namun begitu, berkat doa dan tawakal PH kepada Allah SWT perkara-perkara tersebut tidak terjadi kepada PH...Alhamdulillah, PH masih boleh berdiri teguh di tapak binaan...


Dalam entri ini, PH nak serba sedikit mengenai kawan-kawan PH yang terdiri dari warga Indonesia dan Bangladesh....Selama 12 tahun berkerja, PH memang berkawan dengan warga-warga asing ini...Sungguhpun banyak persepsi negatif mengenai mereka, tetapi setakat yang PH berkawan, mereka semua amat baik hati dan pemurah...Mereka juga amat peka dengan waktu solat dan puasa...

Pekerja Indonesia di bawah ini namanya Kamin @ Amin...Beliau adalah 'kepala' tukang besi di tapak projek yang PH sedang bertugas....Walaupun tegas ketika bertugas, tetapi beliau juga amat sayangkan kucing...Di rumah beliau sendiri ada 20 ekor kucing jalanan yang dipelihara sehingga sekarang...PH tersenyum lebar mendengar beliau bercerita mengenai keletah-keletah kucingnya...Menurut Amin, sudah menjadi adat di kampungnya di Jawa Timur membuat kenduri tahlil sekiranya terlanggar mati kucing jalanan....Apabila seseorang itu terlanggar mati seekor kucing, maka baju yang dipakainya wajib digunakan untuk mengkafankan kucing tersebut...Jasad suci kucing tersebut juga dimandikan dengan air mawar dan kapur barus sebelum ditanam...Kenduri tahlil dibuat secara bergotong royong di kampungnya...Ini adalah kerana orang-orang di kampungnya amat menghargai nyawa haiwan kesayangan Rasulullah ini....


Gambar di bawah ini pula adalah seorang lagi sahabat PH di tapak binaan iaitu Saudara Suroso...Di sini beliau digelar Pak Sudin kerana mukanya seiras pelakon Ali Baba Bujang Lapuk iaitu S. Samsudin...Suroso ni memang begini perangainya...Seorang yang gila-gila, kelakar dan sangat baik hati...Beliau juga seorang yang selalu membantu kucing-kucing jalanan...Pada suatu hari tu, PH pernah minum dengan beliau di kantin... :

Suroso : Heri, hari tu awak masuk TV3 kah...?? ( Buletin Utama )...Awak selalu tolong kucing yaa...???

PH : Ye..Kenapa Pak Sudin...??

Suroso : Saya pun ada cerita kucing tapi malu mau cerita sama awak....Tapi kalau saya cerita nanti ada masuk TV kah...??? Kalau ada, saya suka sebab saya mahu cerita semua kepada orang supaya sayang kucing....Banyak syok....

PH : Apa nak malu...Cerita je lah...Mana ada masuk TV, saya bukan wartawan maa....hahahaha

Suroso : Rumah saya semua ada 10 ekor kucing...Semuanya saya kutip tepi jalan...Sekarang sudah gemuk...Isteri saya hari-hari kasi makan....Kalau saya balik kerja selalu main dengan diorang....Banyak hepi saya ini...

PH tersenyum dan tergelak besar mendengar cerita dari beliau mengenai kucing-kucingnya....Jangan kita 'prejudge' seseorang sebelum mengenali isi hatinya...


Ini pula Saudara Edi...Beliau bekerja sebagai tukang kayu manakala isteri beliau bekerja sebagai pekerja am ( general worker )...Sungguhpun begitu, beliau adalah seorang yang bercita-cita besar...Edi juga mempunyai pendapat tersendiri mengenai betapa pentingnya memiliki sikap menyayangi haiwan...Kenyataan beliau amat ringkas tetapi PADAT :

"Kalau itu orang tak suka kucing, tak apa punya...Tapi kalau itu kucing dia kasi bunuh kaa, sepak kaa, dia akan susah sampai bila-bila...Itu kucing pun ada perasaan...Dia juga boleh berdoa kepada Allah biar orang yang aniaya dia akan jadi hidup susah sampai bila-bila...."

Edi adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan pandai di dalam akademik, tetapi oleh sebab keadaan ekonomi negaranya, beliau berhijrah ke sini...



Ini pula Makcik Newa...Beliau kelihatan agak berumur untuk melakukan kerja-kerja berat sebegini....Di sebalik senyuman beliau, hampir menitis air mata PH ketika mengambil gambar ini...Beliau nampak sangat tenang dan penyabar...PH tidak mengenali Makcik Newa ini dengan rapat...PH ambil gambar ini untuk dijadikan sebagai renungan buat kita semua....Makcik Newa amat rajin bersolat di tapak binaan...PH tidak mahu bercerita lanjut mengenai beliau kerana PH rasa kalian semua dah tahu apa yang PH nak sampaikan melalui gambar di bawah ini...



Warga Bangladesh ini namanya Abdul Rahim...Beliau kelihatan terlalu uzur untuk bekerja seperti ini....Dari alis mata beliau, ianya sudah cukup menunjukkan betapa tabahnya beliau mengharungi hidup...Kita sepatutnya melahirkan rasa bersyukur kerana berada di dalam kategori 'senang'...Jangan kita terlalu mengharapkan bantuan dari orang lain dan 'manja'....Belajarlah berdikari...



PH tak dapat cam muka tukang kayu ini kerana wajahnya dibungkus dengan baju akibat dek kepanasan yang melampau....Walaupun mereka merantau dari jauh, mereka juga adalah saudara seIslam PH...Walaupun mereka dibayar gaji, tetapi jasa mereka terhadap pembangunan negara ini amatlah besar....Orang-orang kita tidak ramai yang sanggup bekerja sebegini...Berkerat rotan berpatah arang...



Justeru itu, sebagai penghuni nusantara ini kita sebenarnya terikat dengan satu perjuangan yang tersirat dan selalu diperlekehkan, iaitu amar makruf nahi mungkar....Pelengkap kepada amar makruf ialah nahi mungkar....Memang tidak dinafikan ada segelintir warga asing yang membuat onar di negara ini, tetapi itu biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka...Kita tidak boleh menolak sesuatu bangsa itu secara total kerana rakyat di negara ini juga ada yang jahat....Yang penting, kita perlu menghormati bangsa lain kalau mahu bangsa kita dihormati...

Jangan dinafikan jasa mereka kepada negara dan haiwan jalanan....PH dah lama berkawan dengan warga asing...Ada di kalangan mereka yang menziarah PH semasa baru mendapat anak kembar 5 tahun yang lalu....Mungkin PH belum berjumpa lagi warga asing yang jahat, kerana itulah yang PH mohon kepada Allah SWT setiap hari...



Justeru itu, kita perlu merancang kalau nak berjaya di dalam hidup...Akan tetapi, merancang sahaja tiada gunanya kalau tidak disertakan dengan tindakan...'Plan Your Work, Work Your Plan...' dan kemudian anda lihatlah hasilnya....Apabila menanam azam yang teguh di dalam diri untuk maju, jangan lupa juga untuk tanamkan azam yang teguh untuk memelihara hubungan sesama kita mahupun senusantara...Sematkan di dada untuk menjadi sebahagian dari perjuangan masyarakat...Kalau kita asyik berada di dalam dunia sendiri sahaja, itu dah dikira mementingkan diri sendiri...Rajin-rajinlah mengambil tahu dunia luar dan 'think out from the box' terutama sekali mengenai persepsi terhadap anjing....



Nota PH :
Mereka juga adalah kucing-kucing jalanan yang PH kutip...Alhamdulillah, tuah mereka mengiringi hidup PH...Jagalah hubungan sesama kita agar nasib mereka di luar sana terpelihara.....


Salam Pencinta Haiwan Buat Nusantara

Enhanced by Zemanta

Comments

Entri Popular