Susulan Berita Terkini Si Tompok, Kucing Yang Cedera Parah Di Leher Seperti Dikelar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....Alhamdulillah, dapat juga PH bernafas pada hari ini untuk mengemaskini blog Kakimotong yang dah bersawang ni...Sejak akhir-akhir ini PH amat sibuk di dalam merencanakan perancangan yang besar di dalam hidup PH....Tapi, cerita yang tu nanti lain kalilah PH cerita yer...Untuk entri kali ini, PH nak cerita mengenai kisah pilu Si Tompok...
Pada 7 Julai yang lepas, PH terlihat ada individu telah mengiklankan seekor kucing yang telah diselamatkannya untuk meminta bantuan membiayai kos perubatan untuk Si Tompok ni...Setelah PH menghubungi Cik Ain ( FB MissLara ) dan doktor veterinar yang bertugas, maka PH sahkan butiran yang diberi oleh Cik Ain adalah benar-benar belaka...Justeru itu, PH pun melancarkan derma kilat untuk membiayai kos rawatan Si Tompok yang berjumlah RM550 - RM600....Derma kilat dilancarkan lebih kurang jam 1.30 tengahari pada hari yang sama...
Alhamdulillah, lebih kucing 2 jam kemudian dana yang terkumpul telah mencukupi dan PH terus menutup derma kilat tersebut....Pada keesokan harinya, PH sendiri pergi melawat Si Tompok untuk melihat perkembangan terbarunya setelah dijaga rapi oleh Dr Siew...Klinik haiwan tersebut terletak di Batu 11, Balakong, Kajang....
Sesampainya PH di sana, kerani yang bertugas kelihatan amat sibuk sekali melayani pelanggan yang datang...Kliniknya begitu bersih dan teratur...Tiada bau busuk langsung.....Setelah hampir 15 minit menunggu, PH dipelawa oleh kerani klinik terbabit untuk masuk ke dalam bilik rawatan...Masa tu, Dr Siew tidak bertugas dan beliau diganti oleh seorang doktor veterinar berbangsa Melayu...
Masa PH masuk ke bilik rawatan, Si Tompok tengah tidur...Kesian PH melihat keadaannya....
Apabila terdengar bunyi kaki manusia, dia terjaga dari tidur...Dengan bantuan seorang pekerja klinik, Si Tompok dibawa keluar dari sangkar di atas permintaan PH...PH nak lihat sendiri tahap kecederaan yang dialami oleh Si Tompok....
Pekerja klinik ini pandai melayani kucing-kucing yang sakit...Mereka tidak berkasar...Mereka membelai-belai Si Tompok terlebih dahulu sebelum membenarkan PH membuat photoshoot...
Alahai Si Tompok ni begitu manja dengan pekerja klinik ini....
Setelah Si Tompok menjadi tenang, dia dibiarkan seorang diri di atas meja rawatan....Sedih dengar suara dia mengiau....
Pekerja klinik tersebut memberikan kerjasama yang amat baik sekali...Permintaan PH untuk melihat keadaan lukanya diusahakan tanpa kompromi....Inilah luka Si Tompok yang sudah dijahit....
Tetapi PH agak ralat sedikit kerana tidak dapat berjumpa dengan Dr Siew untuk mendapatkan penjelasan tentang lukanya ini...Tetapi tidak mengapalah...Menurut pekerja klinik ini, Si Tompok ni kuat makan...."Baguslah kalau begitu" kata PH....
Si Tompok juga telah dimandulkan di atas sebab-sebab kesihatan.....
Alhamdulillah, Si Tompok kini telah pun keluar dari wad...PH difahamkan oleh Cik Ain ( FB MissLara ) bahawa Si Tompok telah dipelihara oleh salah seorang sahabatnya yang amat menyayangi kucing...Kini, PH masih menunggu berita terkini dari sahabat Cik Ain mengenai Si Tompok...
Nota PH :
Alhamdulillah...Selesai sudah satu lagi kes kucing yang cedera parah....Untuk membolehkan orang lain membantu kucing-kucing sebegini, individu yang pertama menjumpai kucing ini WAJIBlah membantunya terlebih dahulu...Ambil tanggungjawab, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana kita ada Allah SWT yang selalu membantu kita ( sekiranya kita minta dari Dia )....
Kepada individu yang turut sama menderma dan SHARE kan berita mengenai Si Tompok di Facebook, PH ucapkan SYABAS di atas keprihatinan kalian semua....
Yang mana tak sempat menderma untuk Si Tompok, simpan duit dulu...Manalah tahu kot-kot nanti ada lagi kucing yang senasib dengannya memerlukan bantuan...
Bersatu Melindungi Haiwan
Alhamdulillah tompok selamat..syukran Ya Rabb..
ReplyDelete