Si Fish, Kucing Jalanan Yang Ditangkap Dan Kemudian Dijual RM120 Di Seri Kembangan

PH telah menerima maklumat bahawa ada sebuah kedai haiwan peliharaan ( yang sebenarnya hanya menjual haiwan akuatik ) di Seri Kembangan telah menangkap seekor kucing jalanan untuk dijual dengan harga RM120....Untuk makluman, kucing jalanan tersebut selalu diberi makan oleh si pemberi maklumat sejak sekian lama...Sebaik sahaja menerima berita ini, PH pun siarkannya di laman Fan Page Kakimotong Fan Club...Ada terdapat bermacam-macam pendapat yang diutarakan...Tetapi, PH tertarik dengan beberapa komen yang menyokong tindakan pemilik haiwan terbabit yang menangkap dan menjualnya...Ada yang berkata "Baguslah kalau kucing tu dijual, terbelalah nasibnya nanti...." dan "Eloklah dijual mahal...Naiklah value kucing ni nanti biar ada orang beli..."

Terus terang PH ingin beritahu di sini bahawa PH amat kecewa dengan kenyataan-kenyataan sedemikian walaupun ianya adalah bersifat peribadi si penulis komen...Bukalah hati, bukalah minda...Untuk membuktikan bahawa pendapat ini tidak sihat, PH pergi sendiri ke kedai haiwan yang didakwa melakukan aktiviti ini....Lokasinya di Seri Kembangan, Selangor...PH bertekad akan "sekolahkan" pemilik kedai haiwan ini....Ramai sangat yang menyokong tindakan pemilik kedai haiwan menyebabkan PH menyahut cabaran tersebut....PH keluar dari pejabat dan mencuri waktu kerja untuk ke tempat ini...


Setibanya di lokasi, PH dan seorang lagi rakan iaitu Uuncle Angah ( nama Facebook ) pergi ke kedai haiwan tersebut...Keadaan kucing tersebut amatlah menyedihkan...Sebelum PH memanggil tauke kedai ni, PH ambil gambar banyak-banyak...PH betul-betul geram ketika ini sehingga PH tidak dapat menunggu Puan Nurin dan suaminya terlebih dahulu....


Beginilah keadaan kucing jalanan malang ini setelah dikurung seharian...PH geram sehingga hampir menitis air mata....

Kucing ini selalu diberi makan oleh si pemberi maklumat ini....Beliau telah bertindak bijak dengan menyuarakan isi hatinya yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh manusia yang tamak ini....
Dari pemerhatian dan maklumat yang PH terima, dari semalam sehingga ke hari ini bekas air minuman telah kosong...Kalau ada pun, hanya ada sedikit sahaja tetapi airnya sangatlah kotor dan busuk...PH rasa babi pun tak lalu nak minum....
Bekas makanannya pun amat kotor dan menjijikkan...makanan yang terisi di dalamnya telah lemau dan basi, juga berbau najis...
Dari najisnya juga menunjukkan kucing ini telah sakit....PH tak pastilah dah berapa lama najis ini dibiar longgok sebegini....Pemalas punya tauke kedai....
Kaki kucing ini ada luka ataupun ulser dan dijual dengan harga yang tidak setimpal dengan nilai barangan....
Sewaktu PH menyamar sebagai pembeli, PH ada membuat rakaman audio secara tersembunyi dengan telefon bimbit PH...Tetapi malangnya ada bahagian rakaman yang tertinggal kerana telefon bimbit PH tidak cukup memori...
Ada satu ketika PH terpaksa tinggikan sedikit suara apabila dia tidak mahu melepaskan kucing tersebut dan menelefon bosnya...Beginilah lebih kurang dialog PH dengan pemilik kedai haiwan tersebut selepas rakaman terhenti...Beliau agak marah apabila mengetahui dialognya tadi dirakam...Di bawah ini adalah rakaman audionya :
"Kalau ekor dia tak rosak, saya jual RM300"
Begitulah lebih kurangnya dialog PH dengan  lelaki tersebut sambil disaksikan oleh beberapa orang awam....PH bukanlah berniat untuk berkata sedemikian, tetapi apabila PH teringat semula beberapa orang yang menyokong tindakan pemilik kedai ini, PH terpaksa gagahkan jua untuk menentang mereka dengan cara lisan walaupun ianya hanya untuk nyawa seekor kucing...Penderitaan haiwan sama sekali tidak elok diperdagangkan...Aktiviti ini harus dibanteras dengan kadar segera...
Semasa lelaki ini menelefon bossnya, PH sempat mengambil beberapa gambar dan membuat 'spot check'...Tiada kucing lain selain dari kucing oren ini....Dan PH mengandaikan bahawa pemilik kedai ini hanya berpengalaman di dalam penjagaan dan menjual ikan hiasan, bukannya penjagaan dan penjualan kucing....
Lelaki ini sedang menelefon Bossnya...
Setelah keadaan mulai reda, PH beredar begitu sahaja dengan kucing malang ini...Ketika itu, tauke kedai itu belum habis cakap lagi dengan PH...Itulah bahananya kalau bersikap tidak menghormati orang lain ( LANSI ) dan tidak menghargai nyawa seekor kucing...
Selang beberapa minit selepas itu, barulah Puan Nurin sampai bersama-sama dengan suaminya...Beliau juga amat kesal dengan perkara ini...Beliau juga ada memelihara 11 ekor kucing di rumah...
Anak Puan Nurin juga sempat bergambar dengan Si Fish...Nama ini PH beri sempena nama petshop kejam ini...
Si Fish diam jer di dalam kereta...Menggigil badannya akibat ketakutan dan kelaparan....Kesian sangat-sangat...
Si Gegurl ni pun PH angkut bawa pulang...Masa PH tengah bertekak tu, dia datang terkedek-kedek kat kaki PH...Si Gegurl ni sakit mata...
Alhamdulillah, akhirnya Si Fish dan Si Gegurl telah selamat sampai di rumah PH....
Malam semalam PH membawa Si Gegurl berjumpa dengan Dr Zul....Sakit matanya kronik dan terpaksa dibuang..Insyaallah nanti PH akan update ceritanya di lain entri...Petang selepas PH membawa mereka berdua ni, malam tu PH ada bawa lagi 2 ekor kucing yang dibuang...Maklumlah, nak raya ni ramai yang suka buang kucing sebagai jalan penyelesaian mudah...
Nota PH :
Sebenarnya, kedai ini hanya menjual ikan dan aksesori untuk haiwan akuatik serta perlatan menangkap ikan....Dari pandangan luaran, PH tidak nampak kedai ini berpengalaman di dalam penjagaan kucing...Menurut sumber, tauke kedai ini suka menangkap kucing-kucing jalanan dan kemudian dijual dengan harga yang tidak munasabah....Kalau keadaan seperti Si Fish ini berlarutan, dia akan sakit dan seterusnya tiada orang yang akan berminat untuk beli...Apabila sakit, tidak mustahil tauke kedai ini akan membuang kucing tersebut di tepi jalan...PH diberita bahawa aktiviti sebegini berlaku sejak sekian lama....Aduan kepada SPCA juga telah dibuat oleh pengadu tetapi respon yang diterima amat menyedihkan...PH cukup kesal perkara ini berlaku....Nombor laporan telah diberi tetapi tiada Ground Work telah dilakukan oleh mereka....
PH telah pun menghantar laporan menerusi emel kepada Jabatan Veterinar....PH amat berharap agar pihak berwajib dapat meneliti perkara-perkara sebegini secepat mungkin....Kepada sesiapa yang menyokong aktiviti sebegini, bukalah hati bukalah minda...Memang bukan semua petshop yang melakukan perkara sebegini, tetapi kucing jalanan adalah untuk diberi kasih sayang, bukan untuk diperdagangkan walaupun ianya diberi penjagaan rapi....Penjagaan rapi itu hanya untuk 'pelapik' sahaja....Golongan yang membelinyalah adalah penyebab gejala ini akan berterusan, walaupun membeli atas dasar kasihan....
Dan PH dah buktikan bahawa pendapat mereka yang menyokong tindakan pemilik kedai ini adalah bercanggah dari segi kemanusiaan....Tiada unsur-unsur kasih sayang di sini melainkan unsur-unsur WANG....Kucing jalanan ini dikutip, bukannya dibeli atau dijaga sejak kecil....Tiada vaksinisasi dan penjagaan rapi....Benda free, tapi untungnya 100%....Easy Money
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. org yg sokong terang2 bkn pencinta haiwan.. jadi dorang blh ckp apa saja yg berkaitan keuntungan utk sebelah pihak & mengandaikan untung tu antara penjual & haiwan di jual sama2 merasa walhal belum tentu kucing tu merasa untung tp tauke kedai tu kalau berjaya jual dh sah2 untung kalau xde org beli pn dia x de rugi. sbb dia blh buang semula

    ReplyDelete
  2. risau pula kt anak kucing yg hilang baru2 ni.. adakah akn dperdagangkan juga sperti ini.. sedih.

    ReplyDelete
  3. Sy sgt sokong kuat mslh kcg.sy dah selamatkan 3ekor kcg.kcg 1st sakit n busuk mkn smpah blkg cafe.sy bwk blk mndkan bg mkn.skrg dok umah jiran terus sbb byk kwn.kcg 2nd kat jusco ipoh nyaris dilanggar mati.keesokan hrnye hlg dpan umah dicuri org.3rd ni kale oren brsame 3ekor anknye berumur lbh krg stgh bln dibuang di pasar tnpe perlindungan. Hrp jgn dicuri org lg.

    ReplyDelete
  4. Dua hari lepas,sy kehilangan kucing comel saya yg tlh dipelihara 6 bln yg lalu.yg lbh merisaukan,jiran2 juga mengadu bhw mereka trt khlngn kucing2 mrka.sy bimbang akn nsb kucng2 ini mmndngkan sy sdh mncari kcng sy di merata tmpt.

    ReplyDelete
  5. Sy ada anak kucing kacukan, bulu lebat, ekor kembang, n sgt aktif. 3 ekor semuanya. Nk jual sbb x larat nk mnjaga. Sesiapa yg berminat blh la call sha di 0192270411 (area keramat)

    ReplyDelete
  6. Warna kelabu, oren n hitam. Jantan semuanya.

    ReplyDelete
  7. Sesiapa yg berminat utk menyertai pertandingan kucing comel bole pm sy (0133176248) . Bertempat di seri iskandar perak pada 1/11/14 pukul 4.30-6.30.. hadiah menarik akn disediakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular