Jangan Sesekali Bagi Kucing Makan Panadol Kerana....

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

PH banyak menerima mesej yang bertanyakan mengenai bolehkah kucing diberi ubat Panadol apabila mereka demam..?? Ada pertanyaan sebegini ditanya di secara 'public' dan ada pula individu yang komen :

"Mak saya pernah bagi Panadol kat kucing masa kucing dia demam dulu...OK jer...Tapi bagi sikit jer la.."

Ini semua adalah 'testimoni' yang boleh membahayakan orang lain...Kalau kita tiada ilmu di dalam sesuatu bidang, usahlah kita pandai-pandai nak buat sebarang kenyataan...Ianya mungkin boleh memudaratkan orang lain yang benar-benar ingin mendapatkan kepastian...

Nah..!!! Ini adalah informasi dan nasihat dari Dr. Azlan mengenai nasib kucing yang telah dihantar kepada beliau di mana kucing tersebut telah diberi Panadol oleh pemiliknya :

"Salam semua, kebetulan minggu lepas saya menerima 2 kes Panadol Toxicity dan salah seekor sesak nafas dan seekor lagi mukanya membengkak. Malangnya kucing yang sesak nafas tersebut tidak dapat diselamatkan, keadaannya juga sangat tenat. Yang muka membengkak alhamdulillah sudah balik ke rumah, mungkin sebab ownernya memberi sedikit sahaja panadol. Buat mereka yang suka memberi kucing makan panadol bila mereka murung, HENTIKAN!!!! PANADOL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN!! Menangis pun tiada guna lagi.. sebarkan pada orang ramai supaya tiada lagi yang memberi panadol pada kucing. Consult dengan vet anda sebelum memberi ubat pada kucing sendiri, wallah hua'lam"



Ramuan di dalam Panadol boleh menggagalkan fungsi organ dalaman kucing seperti hati, buah pinggang malah jantung pun sama....

Nota PH :

Sudah terang lagi bersuluh...Usah kita pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri tanpa ada justifikasi yang kukuh dari segi fakta...Kalau prihatin, kongsikanlah informasi ini kepada rakan-rakan anda yer...

Ingat..!! Panadol boleh membunuh...!!! Banyak ubat-ubat manusia tidak boleh diberikan kepada kucing...Untuk sebarang pertanyaan maklumat kesihatan kucing, sila rujuk pada Dr. Azlan ( LINK ) dan Dr. Zul atau Misi Rizal ( LINK )...

Sekian...

Comments

Post a Comment

Entri Popular