Bantuan diperlukan - Anak kucing diikat dengan getah

Budak-budak nakal ni pun kadang-kadang jadi satu hal juga...Nak dimarah, nanti kita pula yang dimarah balik sebab dikatakan tidak cerdik kerana menarahi budak yang belum cukup akal...Persoalannya, di mana didikan ibubapa budak-budak nakal ni...?? Bukankah ibubapa juga dipertanggungjawabkan untuk menyemai sikap sayangkan haiwan terhadap anak-anak...?? Kadang-kadang sakit juga mata PH ni bila melihat anak kecil menarik ekor kucing di restoran dan menunggang mereka seperti kuda sedangkan mak dan ayah tengok ajer sambil gelak-gelak...Hmmm...Kita kena selalu ingat bahawa kesedaran sivik itu bermula dari rumah...Esok dalam kubur ibubapa juga yang akan disoal nanti...

Susah nak cakap hal ni sebab bukan semua ibubapa boleh terima, tambahan lagi ibubapa yang bencikan haiwan...Jadi,sebagai rakyat marhaen kitalah yang perlu meneruskan tanggungjawab di dalam mendidik generasi muda termasuklah anak jiran kita...Asalkan ia dilakukan secara berhemah, In shaa Allah segalanya pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT...


Alkisahnya bermula apabila PH menerima mesej dari Kak Shiema Ian di Fanpage Kakimotong Fan Club...


Berikut adalah gambar yang disertakan oleh Kak Shiema Ian...


Mungkin kucing ini telah selamat di bawah jagaan saudari Najwa Zulkifli...Nasib baiklah ada insan yang prihatin...

Nota PH : 
Sesiapa yang berhajat untuk membantu, bolehlah hubungi nombor telefon yang tertera di Screenshot di atas...

Comments

Entri Popular