Lagi kes kucing dikerat kaki?

Kalau nak diceritakan tentang kisah pilu makhluk yang bernyawa kat dunia ni memang sampai kiamat tak selesai...Baik manusia baik haiwan...Itulah fitrah dan asam garam kehidupan di dunia...Sebagai manusia yang waras dan berakal, munda kitalah yang memacu pergerakan tubuh badan yang dipinjamkan untuk tujuan kebaikan...Kalau minda kita baik, maka baiklah jadinya...

Alkisahnya kali ini tentang nasib seekor anak kucing yang dikatakan menjadi mangsa kekejaman manusia iaitu kaki depan sebelah kanannya telah dikerat oleh manusia yang tidak berhati perut...Pada mulanya PH terjumpa posting dari Ira Bah Nie menerusi laman Fan Page Kakimotong Fan Club...

Anak kucing malang ini sedang dijahit lukanya

Namun setelah PH selidik, rupa-rupanya anak kucing malang ini dibawah jagaan saudari Farah Adnan...Tetapi mungkin juga dijaga oleh Ira Bah Nie...


PH tiada maklumat lanjut mengenai masa, tempat dan tarikh kejadian berlaku...Namun berdasarkan gambar-gambar yang dikirimkan oleh saudari Farah Adnan, anak kucing malang ini telah dibawa ke klinik untuk dibedah dan dijahit bahagian lukanya yang parah...


Nota PH :

Inilah contoh yang harus diteladani...Tanpa membuang masa kucing ini dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan..Kita mungkin tidak tahu apa kekangan yang dihadapi oleh saudari Farah Adnan, namun yang pasti beliau sanggup berkorban hatta masa dan wang ringgit demi menyelamatkan nyawa si comel...PH dan rakan-rakan Kakimotong Fan Club mendoakan agar saudari Farah Adnan memperoleh natijah yang baik serta memperoleh kejayaan yang besar kerana telah menjalankan amanah dengan sebaiknya...

Kalau si comel itu mati sekalipun, itu adalah kehendak Yang Maha Esa...Yang penting usaha menyelamat telah pun dilakukan...

Diharapkan agar PH mendapat maklumat tentang status terbaru anak kucing ini bagi melengkapkan jalan cerita entri ini...Mungkin ada rakan-rakan Kakimotong Fan Club tertanya-tanya akan keadaannya yang terkini...


Comments

  1. tak tau la perasaan manusia yang tergamak buat macam tu.. serius tak paham

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular