Si Charlie Boy, penglipurlara hati Papa

Budak-budak kat rumah ni selalu membuatkan PH tergelak sorang2...Bila balik kerja, kita stress akibat penat seharian bekerja dan terperangkap di dalam kesesakan lalulintas...PH memandu 100 kilometer sehari dari Semenyih ke Bukit Jelutong, Shah Alam...Keadaan sebegini sudah menjadi rutin harian PH...Demi mencari rezeki untuk keluarga, kucing-kucing di rumah dan para penghuni di Cat Village, ia menjadi alah bisa tegal biasa...

Kucing-kucing di rumah menjadi tempat PH menghilangkan stress...Ada jer kelaku mereka yang mencuit hati...Kekadang bila PH masuk jer rumah PH boleh tersenyum sorang2 bila melihat keletah mereka...Budak comel tiga beradik ni PH jumpa kat tepi shoplot tanpa ibu lalu PH bawa balik ke rumah...Alhamdulillah setakat entri ini disiarkan kesihatan mereka sangat baik...Nama mereka MH namakan Charlie Boy 1, 2 dan 3....Rasa rumah ni macam boring jer kalau mereka tidur....


Tapi bila mereka dah bangun lain pula hal jadinya....Semua benda nak dipanjatnya...Siap berlumba lagi siapa yang sampai ke puncak dulu...


Yang ni namanya Charlie 1...Perangai dia ni suka menyibuk time MH nak bungkus barang petshop untuk dipos kepada pelanggan...Dia ni la yang selalu memulakan detik-detik cemas dengan kawan-kawan dia yang lain...Kawan dia tengah duduk diam alih-alih diterkamnya kepala kawan tu nak ajak bergumpal...


Kalau tidur keadaannya memang pelik sikit...Kalau penat sangat 'bersenam' macam nilah rupanya...


Pastu kalau tidur berhimpit dia suka main hempap hempap...


Yang tangan petot sebelah kiri sekali pegang tisu tu namanya Jupiter...Dia hadir ke dalam hidup kami sekeluarga pada hari yang sama kami kehilangan Si Manja ( Baca Sini )...PH jumpa dia di kawasan rumah mak mertua PH di Desa Mentari Bandar Sunway...


Setiap hari mereka bermain bersama-sama...Panjat benda yang sama, gigit benda yang sama dan terkam kepala kawan2nya yang sama...PH gembira melihat mereka gembira...


Inilah wajah mereka ketika baru dijumpai dan dibawa pulang ke rumah...Seronok tengok mereka membesar depan mata..Harap mereka sihat2 ajer...



Comments

Entri Popular