Kucing yang kesunyian boleh cepat jatuh sakit
Kucing pun macam kita juga...Kekadang sedih, kekadang gembira, kekadang marah dan kekadang menyampah...Sungguhpun mereka tidak berakal, tetapi mereka adalah makhluk yg bijak...Kehidupan mereka serasi dengan kehidupan manusia...Kalau kita sakit, mereka datang melese kat kita tanda macam nak pujuk hati kita yang berduka...
Tapi, tahukah kita bahawa mereka juga mempunyai perasaan akan berasa kesunyian...?? Mungkin bagi sesetengah pemilik kucing memberi makan setiap hari sudah memadai tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu pada hemah PH...Mereka memerlukan belaian kasih sayang dari kita, sesuai dengan tingkahlaku mereka yang sememangnya comel dan manja...
Kerap membelai mereka dapat merapatkan lagi kasih sayang antara kita dengannya di samping banyak membantu di dalam tumbesaran dan kesihatan si comel...Kita juga dapat faedahnya di mana stress dan segala tekanan dapat dikurangkan ke tahap normal semula...Kalau kita abaikan perasaan kucing, mereka boleh menjadi stress dan ada yang sampai merajuk sehingga tidak lalu makan dan seterusnya sakit...Kucing jalanan yang dibawa pulang ke rumah berisiko untuk cepat sakit sekiranya diabaikan...Virus yang sedia ada di dalam tubuh badannya boleh aktif ( activated ) sekiranya mereka kemurungan...
Sebagai sketsa entri kali ini, jom kita layan video dari Instagram PH @haireypapahero...Kucing kalau dah boring gini ler gamaknya...
Nota PH :
Kucing-kucing PH pun kadangkala ada juga buat kelaku ni...Tapi lepas tu terkinja-kinja macam tupai...Tu yang PH tak paham tu...
Comments
Post a Comment