Kucing kesayangan mati dalam kejadian rumah terbakar
Kehidupan kita sememangnya dipenuhi dengan ketidaktentuan...Ada sahaja perkara yang tidak diingini sama ada berat atau tidak akan menyinggah ke dalam kehidupan yang kita lalui seharian...Ini tidak terkecuali berlaku di dalam kehidupan seseekor haiwan juga..Namun segala yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri...Kita sebagai manusia biasa tidak mampu menghalang suratan takdir yang menimpa...Kehidupan perlu diteruskan...
Baru- baru ini PH terkejut dengan kejadian yang menimpa seorang rakan pencinta kucing...PH menerima mesej dari FB saudara A-peace Villed Kaouru...Dari nada penulisannya tampak jelas dia sangat bersedih dengan kejadian yang menimpa adiknya serta kucing kesayangan milik adiknya...Berdasarkan maklumat ringkas dari status ini, kejadian berlaku di Kg Melayu, Panchor...
PH ada cuba singgah ke laman FB saudara A-peace untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi laman FBnya tidak dibuka secara umum...
Nota PH :
Kepada saudara A-peace dan adiknya, PH ucapkan takziah dan berharap semoga kalian sekeluarga diberikan ketabahan di dalam menempuh ujian berat ini..Dahlah rumah terbakar, si comel pula telah pergi buat selama2nya...
Kehidupan mesti diteruskan....
kehilangan sesuatu yang kita sayang sememangnya kita tak boleh lari dari rasa sedih even ada yang mentertawakan sebab kita menangis hanya untuk seekor haiwan.
ReplyDelete