Program M.A.Y.S - Masih Ada Yang Sayang ( 10 iklan adopsi pada 2 Februari 2015 ))

Program M.A.Y.S ( Masih Ada Yang Sayang ) ini PH wujudkan terus ke dalam blog Kakimotong ini dek kerana terlalu banyak pencinta haiwan yang memerlukan bantuan...Di atas faktor kekangan masa kerana kesibukan di tempat kerja ( siang ) dan menjaga kucing-kucing DBKL di Cat Village ( malam ), tidak sempat untuk PH mengiklankan kesemuanya di Fanpage Kakimotong Fan Club...

PH mohon agar empunya si comel dapat follow up segala iklan yang telah PH siarkan di dalam blog ini...Bagi kes-kes sumbangan yang berupa wang, PH harap empunya si comel dapat berlaku jujur sejujur2nya dan matang ....Contohnya, sekiranya ada si comel telah mati ketika iklan derma disiarkan atau tarikh mengiklan ditelan tarikh luput, jelaskanlah cerita yang sebenar kepada si penderma tentang status kucing yang telah diiklankan sekiranya dihubungi...Usah selindung...Dan kalau boleh, sila maklumkan status terkini keadaan si comel dengan meletakkan komen samada di dalam link entri yang disiarkan ataupun di wall Fanpage Kakimotong Fan Club...

Kepada kalian yang ingin menderma atau menghulurkan sebarang bentuk bantuan, lakukanlah ia dengan penuh keikhlasan...Kalau boleh, elakkanlah dari berlaku perkara ungkit mengungkit...Sama2lah kita lakukan kerja amal ini kerana Allah SWT...In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan demi kebajikan si comel yang memerlukan...Bagi kalian yang tidak mampu memberi bantuan, mungkin kalian juga boleh kongsikan link iklan ini di laman sosial masing-masing kerana itu juga adalah selemah-lemah usaha..Harapan PH agar kita sama-sama dapat mengikat ukhwah serta silaturrahim sesama kita...

PH bertindak selaku individu yang mengiklankan sahaja dan Kakimotong Fan Club tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang permaslahan yang mungkin berlaku di belakang hari...PH juga mempunyai kekangan dan tanggungjawab terhadap keluarga dan si comel yang telah PH selamatkan...

Kepada kalian yang mungkin memerlukan bantuan untuk membantu si comel, boleh letakkan iklan di Fanpage Kakimotong Fan Club ataupun hantar mesej di ruangan Personal Message ( P.M )...In Shaa Allah PH akan proses dari masa ke semasa...Sekiranya PH terlambat reply, kalau boleh iklankan dulu di laman pencinta haiwan yang lain...

Perlu diingat bahawa PH akan mengutamakan kes-kes yang melibatkan kucing atau anjing jalanan...

Berikut adalah mesej-mesej yang PH terima dari rakan-rakan di Fanpage Kakimotong Fan Club yang memerlukan bantuan...Ada yang memohon sumbangan bagi menanggung kos rawatan si comel, kucing hilang dan adopsi kucing-kucing atau anjing...

Sekiranya ada yang boleh membantu, silalah hubungi para empunya si comel...Mereka mungkin dekat dengan kawasan tempat tinggal kalian...















Comments

Entri Popular