Kalau Ada Perkara Gembira Berlaku Depan Mata, Rakamkanlah Ia Kerana....


Alhamdulillah..rezeki mata dan hati hari ni....bergembira sebentar dengan tarian singa-singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011...baru jer selesai sebentar tadi...terus PH update kat blog....Haiwan ni sebenarnya banyak dijadikan simbol atau ikon sebagai lambang kekuatan dan keberanian...Mereka tak kenal apa erti kegagalan...Yang mereka tahu, kalau gagal mereka akan mati....Selain daripada itu, haiwan memang makhluk yang berani...Sebab itulah banyak agama-agama dan kepercayaan di dunia ini menggunakan simbol haiwan sebagai lambang motivasi dan keberanian...Contohnya macam singa, harimau, helang, kucing, ular,burung dan sebagainya...Masing-masing mempunyai pengertian tersendiri..Itulah keistimewaan haiwan...Dalam pada mereka mendera kucing atau anjing, mereka tak sedar bahawa agama anutan mereka sendiri meletakkan haiwan tersebut sebagai ikon untuk berjaya dalam hidup dan dijadikan teladan...Apabila seseorang itu mendera seekor haiwan, ini bermakna mereka tiada matlamat dalam hidup dan tidak percaya kepada agama mereka ( yang bukan Islam )....Satu penipuan diri yang amat kronik...


PH kagum dengan semangat kehaiwanan yang terdapat pada kaum Cina...Mereka menjadikan haiwan sebagai ikon untuk meningkatkan bidang ilmu...Contohnya dalam ilmu seni Kung Fu, pergerakan monyet, kucing, harimau, singa dan naga dijadikan sebagai langkah gerak tempur yang amat berkesan menumbangkan pihak musuh....


Nenek sebelah mak PH berbangsa Cina...sebab tu lah ada rupa Cina sikit....he he 


Bila kita lihat singa-singa seperti ini di hadapan mata, kita akan dapat merasakan aura keberaniannya walaupun ianya hanya boneka yang digerakkan manusia...


Sempat bergambar dengan Singa Merah...tadi ada sorang Cina tu ada bagitau nama singa merah ni tapi bila nak taip kat sini jer PH dah terlupa plak...takde la pelik nama dia...tapi bila dengar bunyinya macam singa yang gagah...


Tarian singa di pejabat developer site ni...


Buat pertama kali dalam sejarah hidup, singa-singa ini membuat tarian kat meja PH...Pengalaman ini mungkin berlaku sekali dalam hidup PH...sebab itulah wujudnya entri ini...


Lepas selesai tarian singa tu, PH pergi minum kat kantin, PH terjumpa lagi dengan singa tecit nih...alahai jambunya kau ni....macam Anuar Zain...Bila nak buat album untuk kucing2 nih...?


P/S :
Segala yang berlaku di depan mata kalau ianya menggembirakan, rakamkanlah ia...mungkin sekarang ia tak berguna, tetapi 10 tahun akan datang ia akan meningkatkan nilai estetika yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit dan anak cucu kita akan lebih mengenali siapa kita sebenarnya...Dan peristiwa tersebut juga mungkin berlaku hanya sekali dalam seumur hidup kita...

Sebab itu wujudnya blog KAKIMOTONGGENGKEMBAR dan KEMBAR FAN CLUB...sebenarnya ianya bukan untuk dibaca sekarang, tetapi adalah untuk dibaca 10 tahun yang akan datang...PH nak Along dan Angah akan lebih mengenali siapa dirinya dan akan lebih mengenali siapa ibu dan bapanya...Mereka akan tahu betapa sayangnya PH dan MH kepada mereka....Lagi satu, manalah tahu kalau-kalau Along & Angah menjadi selebriti nanti, ramai orang akan tertarik dengan kisahnya semasa kecil...cuba bayangkan betapa besarnya nilai blog dan fan page kembar tu nanti tu nanti...? Anda yang selalu komen-komen kat dalam blog tu pastinya akan teringat kembali saat masa muda rajin bukak Facebook...So, Keep Your Life Recorded...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. singa tecit comel..
    10 taun akan dtg PH akan kata kat si kembar "ni la kucing kat site papa.."

    ReplyDelete
  2. hahaha..beznye..tp knape dia msuk situ ph?hehe

    ReplyDelete
  3. ahaks..betoi tu PH...memang Cina percayakan haiwan² ni..
    Tengok lah kalendar cina,semuanye berkaitan dengan haiwan kan...^^'

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular