Alkisah Seribu Duka Si Mak Banang

Alkisah Mak Banang ni jarang sekali PH ceritakan samada di blog Kakimotong ataupun di Facebook....Ok, biar PH ceritakan sedikit mengenainya...Mak Banang ni kemungkinan besar telah dibuang oleh tuannya...Ketika pertama kali PH menemuinya di Restoran Sri Leena, dia di dalam keadaan bunting, tunggu nak meletup jer...PH bertanyakan hal Mak Banang ini kepada Saudara Anuar, pemilik restoran ini...Menurut beliau, sekiranya ada kucing jalanan yang baru, biasanya mereka ni dibuang....Jawapan ni memang PH dah agak dari awal lagi....
Jadi, dari sehari ke sehari PH dan MH akan keluar mencarinya di restoran tersebut untuk menjamunya makanan....Keadaan ini berlangsung selama sebulan...
Sehinggalah pada suatu masa, PH lihat perut Si Mak Banang ni dah kempis...Dia telah melahirkan anak...PH ada bertanya kepada Saudara Anuar mengenai anaknya, tetapi menurut beliau ada individu telah mengambil anak-anaknya pulang ke rumah...Mungkin individu tersebut tak jumpa Si Mak Banang ni....


Pada suatu hari, seperti biasa PH menjamu Mak Banang dengan lauk kegemarannya iaitu ikan goreng dengan nasi putih....PH pun menjamu makanan yang sedang terhidang....Selepas Mak Banang makan, dia berehat di bawah meja kosong sambil menjilat-jilat mukanya....Tiba-tiba, datang seorang kanak-kanak lelaki yang berlari ke arah Mak Banang dan lalu menyepaknya....Kejadian tersebut berlaku betul-betul di hadapan mata PH dan MH...Lantas PH bingkas bangun dan 'termarah' kanak-kanak tersebut di hadapan ibubapanya...PH pun bukanlah sengaja nak marah, tetapi ianya berlaku secara spontan...Ibubapa kanak-kanak terbabit hanya menjeling ke arah PH tanpa berkata apa-apa...Ini baru kejadian di depan mata, barangkali di belakang mata entah berapa kali Si Mak Banang ni kena sepak agaknya...Lantas, PH mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah....


Maka, sejak dari titik perubahan ini Mak Banang bakal menempuh kehidupan yang baru...PH dan MH akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat Si Mak Banang ni....Sayu jer muka dia ketika meninggalkan 'istananya'....Di sepanjang pemanduan, Mak Banang melekap di riba PH....Peristiwa ini berlaku lebih kurang dua minggu yang lalu...


Maka keesokan harinya, PH membawa Mak Banang berjumpa dengan Dr Zul untuk pemeriksaan lanjut....Dr Zul menjalankan tugasnya dengan penuh tertib dan lemah lembut melayani kucing-kucing yang terbiar ni....



Mak Banang telah divaksin dan diberi ubat cacing....Sepanjang tempoh pemeriksaan, Mak Banang hanya mendiamkan diri dan kelihatan begitu pasrah....Sememangnya dia tidak akan faham apa yang berlaku, tetapi PH tahu lambat laun dia akan faham juga....


Demi kebaikannya dan menjaga kawasan kejiranan, Mak Banang akan dimandulkan....Dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan Dr Zul dan Misi Rizal D' Gojes....


Inilah nota rawatan Si Mak Banang....


Sememangnya Mak Banang tidak akan faham mengapa dia tiba-tiba berada di klinik ini....Tetapi, sebelum PH pulang meninggalkannya di wad, PH ada berkomunikasi dengannya....Sebaik sahaja dia mendengar pesanan PH, dia bingkas bangun dan menggeselkan mukanya di pintu sangkar...Mungkin dia faham akan kata-kata PH....


KLIK SINI untuk melihat sendiri kehidupan Mak Banang di masa lalu....Video di bawah ini pula adalah kenangan PH bersama Mak Banang ketika dia masih tinggal di istana jalanan....

Nota PH :
Alhamdulillah, dua minggu telah berlalu dan kini Mak Banang telah selamat berada di rumah PH...PH kuarantinkannya terlebih dahulu sementara menunggu jahitannya surgerinya sembuh...Kini Mak Banang dapat makan makanan yang enak-enak dan air yang berzat...Dia tidak perlu meminum air longkang dan menadah diri untuk disepak-sepak lagi....
Nanti PH akan tulis lagi perkembangan terbarunya yer....
~~ Susulan cerita mengenai Adik Mirza, mangsa tsunami yang PH temuramah baru-baru ini bakal menyusul selepas ini..Insyaallah...Ramai dah tanya PH mengenai kisah Adik Mirza...Untuk mengetahui mukadimah ceritanya, sila KLIK SINI...~~
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Akhirnya Mak Banang ada rumah sendiri.. Moga di murahkan rezeki buat Mak Banang & Family PH

    ReplyDelete
  2. Moga Allah membalas kebaikan PH dgn lebih bnyk kebaikan jg

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular