Dibelasah Tegur Jiran Pukul Anjing

KUALA LUMPUR: Akibat menegur jiran supaya tidak memukul anjing, seorang lelaki dibelasah lebih 20 lelaki dalam kejadian di Jinjang Utara, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan di badan dan muka akibat dibelasah bertubi-tubi.


Mangsa melihat seorang lelaki memukul anjing tanpa belas kasihan hingga menyebabkan haiwan itu cedera lalu menegur lelaki berkenaan supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira tiga jam kemudian lebih 20 lelaki dipercayai diupah jirannya datang memukulnya tanpa bertanya sebab.

Gambar Hiasan Dari Google
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chee, 40, berkata ketika ditegur, lelaki itu memarahinya dan berlaku pertengkaran antara mereka. selama beberapa minit dan tidak mahu perkara itu berpanjangan dia masuk ke dalam rumah.


Bagaimanapun, tiga jam kemudian, lebih 20 lelaki datang ke rumahnya dan terus menendang serta menumbuk muka dan badannya.

“Mereka tanpa belas memukul saya tanpa memberi peluang saya membuat penjelasan,” katanya yang bernasib baik apabila adik lelakinya datang menghalang kumpulan lelaki itu daripada terus membelasahnya.


Chee membuat laporan di Balai Polis Jinjang sejurus kejadian dan mendapat rawatan di klinik berdekatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Apa Kata PH...???

PH tidaklah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, tetapi apa yang PH simpulkan di sini ialah inilah akibatnya kalau ego menguasai diri...Ramai manusia menyangka diri adalah Tuhan dan hebat sehinggakan berasakan mereka boleh membat apa sahaja yang mereka suka tanpa ada sesiapa yang menghalangnya....Memukul anjing yang tidak berakal dan tidak pandai melawan adalah satu perbuatan yang amat bodoh dan dayus....Mentaliti rakyat sebegini tidak diperlukan di negara ini sekiranya mereka tidak mahu berubah....

PH amat kesal dengan tindak tanduk sebegini yang terang-terangan tidak sihat dan mencetuskan kekacauan...PH amat berharap agar siasatan yang telus dan terperinci dapat dijalankan oleh pihak yang berwajib...

Satu lagi, sekiranya kita terlihat ada orang menyepak / memukul kucing oleh orang yang tidak bertanggungjawab, cubalah menegurnya dengan lisan dan penuh berhemah...Jangan jadikan diri kita sama seperti mereka...Sekiranya mereka enggan dan terus memukul haiwan tersebut, minta bantuan dari orang sekeliling sekiranya kita tidak mampu menghalang mereka...Kalau tiada orang nak bantu, keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar dan ambil gambar atau video mereka....Kemudian buatlah aduan kepada Jabatan Veterinar ataupun hubungi mereka untuk meminta khidmat nasihat...Mereka boleh dihubungi di sini :

BILALAMAT BAHAGIAN PENGUATKUASA, IPPV
& LAMAN SESAWANG JPV
TELEFON, FAKS & EMEL
1
Pengarah Bahagian Penguatkuasa
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar
(Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani),
Wisma Tani, Aras 2, Blok Podium 1A, Lot 4G1,
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya.
(U/P: Dato’ Mohamed Radzuan bin Malek)
Alamat Laman Web JPV: http://www.dvs.gov.my 
Alamat membuat aduan (Hantar Ticket):http://www.dvs.gov.my/web/guest/komen_aduan
03-8870 2000 (Talian Am)
03-8870 2017 (Talian Terus)
03-8888 6643 (Faks)
 019-210 3344 (T/Bimbit)
radzuan@dvs.gov.my
Alamat emel (am) untuk menghantar aduan awam:pro@dvs.gov.my


Beranilah mengambil tanggungjawab...PH ingin mengucapkan SYABAS kepada Encik Chee kerana berani menegur kemungkaran yang berlaku di hadapannya walaupun beliau berbangsa Cina...


Comments

  1. erm...tu yg merisaukan sy....di kawasan perumahan sy pun adew berlaku kes yg same..tp indian...kesian sgt kat anjing tu...di pukul nyer dgn bender2 keras..seperti kayu..kdg2 menitik air mata nie bila dgr salakan anjing yg mengerang menahan kesakitan...kalau ikutkn hati nk saje sy lepaskn anjing tu..

    ReplyDelete
  2. Astafuralazimmm .. kenapa kejam mcm ni ..sampai upah 20 orang pukul ... kalau difikirkan .. kesalahan apa yang dibuat oleh anjing tu sampai dibelasah sedemikian rupa?

    Moga insan seperti ni mendapat balasan yang setimpalnya kelak .. Umi pun rasa bangga melihat kesungguhan en.chee membela nasib anjing tersebut .. (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular