Selamat Datang Si Mas Joko Dari Arab Saudi

Baru-baru ini, PH telah diamanahkan oleh salah seorang rakan Facebook PH iaitu saudari Puteri Adisti Jamil yang sedang menuntut di sebuah universiti di Tabuk, Arab Saudi untuk menjaga kucingnya yang bernama Mas Joko...Sebelum beliau kembali semua ke tanah air, beliau perlu menyelesaikan hal kucingnya ini iaitu Si Mas Joko...Maklumlah, undang-undang untuk memindahkan kucing dari sana amatlah ketat..Bermacam-macam prosedur perlu dilalui...Segala dokumen dan pasport kucing bagai perlu disediakan...Nampaknya, beliau amat prihatin mengenai kucing kesayangannya ini...
Setibanya di KLIA, Mas Joko dikuarantin selama satu minggu...Kesian Joko, tak pasal-pasal kena duduk dalam sangkar seminggu...Namun begitu, Joko dijaga dengan baik oleh kakitangan di sana..Terima kasih kepada Encik Rashid kerana sering berkomunikasi dengan MH melalui telefon untuk mengemaskini status Joko di bilik kuarantin KLIA...


Kini Si Joko sedang menempuhi alam dewasanya...Sungguhpun begitu, PH dapati dia adalah seekor kucing yang amat berdisiplin...Tanpa diajar, dia membuang najisnya di dalam tandas...Senang PH dan MH nak cuci...Beratnya di sekitar 11 kilogram....



Si Joko ni suka berguling di atas katil...Pandai dia, kat lantai tak nak pulak berguling...hehehe



PH tak campurkannya dengan kucing-kucing yang lain untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini...Tapi kadangkala PH ada juga bawa dia turun ke tingkat bawah...Tup tup terus dia lompat kat atas meja ni...Pandai pula carik port...



Lepas tu tiba-tiba jer dia mengantuk...hahaha...lawak betul Si Joko ni...Sebelum tu bukan main besar lagi mata dia....



Pernah sekali masa tidur PH terasa di hujung kaki ada bonggol besar...Bila PH bangun dan buka lampu, rupa-rupanya Si Joko ni nyorok kat dalam selimut tebal...Dia boleh plak nak tidur kat dalam tu...Alahai..Joko...Namamu memang kena dengan perangai...hahaha



Lepas makan, Si Joko suka lepak di tepi pintu balkoni bilik PH...Sejuk agaknya sebab ada udara segar yang menyusup di celah bawah pintu...


Tapi jangan terpedaya dengan matanya....Di sebalik itu, keletah nakalnya masih lagi terbawa-bawa walaupun sudah dewasa...Cuba tonton video di bawah ni...hehehe


Kan PH dah bagitahu tadi...Jangan terpedaya dengan matanya yang bolat tu....hahaha...Takpela Joko...Hal kecik ajer tu...Nanti papa dan mama kemas la yer...Cik Adisti janganla risau yer...Ini maknanya Si Joko ni sihat sebagai JOHAN...


Si Joko ni bagus didikannya...Sebelum PH pergi kerja, dia akan panggil PH, panjat katil dan kemudian melompat ke bahu untuk peluk PH....Lepas tu dia akan menggesel-geselkan mukanya ke muka PH minta dibelai....Kalau nak tengok macamana Joko ni melompat kat bahu PH minta dipeluk cium, 


Datin Susan Zakaria pun suka dan teruja dengan keletah Si Mas Joko ni..."Baik kucing ni...Berat...hehehe" kata beliau...Tapi, kalau kalian nak tahu kucing Datin Susan lagi berat...Terkeluar urat-urat tangan PH masa nak dukung Si AJ dengan Si Bem Bem tu...Nanti kirim salam kat Xanggo yer...



Untuk makluman, Mas Joko ni memang berasal dari Arab Saudi...Ia dijumpai oleh saudari Puteri Adisti di hadapan rumahnya ( di Tabuk ) lalu dipelihara sehingga sekarang...PH yakin semua pembaca pasti akan tersenyum apabila melihat gambar Si Joko masa kecil ni....



Sungguhpun begitu, layanan PH terhadap kucing-kucing yang sedia ada di rumah ini tidak PH lupakan...Bulan depan, Si Joko ni akan kembali semula ke tuan asalnya...
Kepada Puteri Adisti Jamil dan Cik Suzana, janganlah risau yer...Joko baik sangat kat rumah PH ni...Kalau ada apa-apa, PH akan beritahu yer....

Nota PH :
Cara memelihara kucing pada zaman dahulu dan sekarang sudah berlainan...Berilah yang terbaik untuk haiwan kesayangan Rasulullah ini, nescaya rezeki kita juga akan melimpah ruah hendaknya hasil dari doa-doa yang berkualiti dari mereka....
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. lg berat dari baby saya ni.. comel sangat kucing arab ni. geram tgk. Iyo x jeles ker?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular