Haiwan Yang Ditangkap Akan Dilupuskan Sekiranya Tidak Dituntut Dalam Tempoh 7 Hari

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Dah lama juga PH tak update blog, tak macam dulu-dulu...Selalu update blog sehari sampai empat kali...Tapi sekarang ni nak update seminggu sekali pun susah dek kerana masa yang selalu mencemburui...Ada banyak cerita yang PH terlepas untuk dimuatkan ke dalam blog kesayangan ramai ni...Cewahhh....!!!!

Oklah...Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, PH ingin berkongsi tentang apa yang berlaku pada tanggal 25 April yang lepas...Sebanyak 6 ekor kucing yang telah berjaya dikeluarkan dari sebuah pusat kurungan haiwan di ibukota...Yang ni adalah merupakan misi mengeluarkan kucing dari pusat tersebut untuk minggu ke-22 berturut-turut...Sebaik sahaja PH iklankan di Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan ( link ), ramai sungguh yang berminat untuk menjadi keluarga angkat buat si comel yang hampir sahaja dilupuskan ini sehinggakan PH pun tak tahu nak bagi kat siapa...

Tetapi, usahlah kita terus menerus kepada pihak berkuasa yang menanggung keculasan dari orang lain...Kita sepatutnya membuka minda dan fokus apa puncanya berlaku kes-kes pembuangan kucing yang tidak terkawal ini....


Dari Semenyih, PH bertolak ke Bangi Seksyen 3 untuk bertemu dengan Kak Fauziah....Sesat juga PH nak ke sana...Beliau telah menjadi mama baru kepada 2 ekor kucing DBKL....


Pertemuan kami tidak lama dek kerana masa yang semakin menjengah ke lewat malam...Dari Bangi PH terus bergegas ke Pandan Jaya untuk bertemu dengan Saudara Amirul...Kami bertemu di Maybank Pandan Jaya seperti yang dijanjikan....


Sementara menunggu ketibaan Saudara Amirul, PH sempat bermanja-manja dengan si comel ni...Dia sejuk kena air-cond...


MH pulak sibuk bermain dengan 3 ekor lagi adik beradik kucing comel ini...Diam jer tak banyak ragam...


Tidak lama menunggu, akhirnya Saudara Amirul pun tiba....Beliau memang kerap senyum, patutlah nampak muda...Memanglah, sebab dia pun muda...hehehehe


Kami berdua bergambar kenangan sebelum pulang..Pertemuan kami juga tidak lama...


Tak pasal-pasal budak comel tu merempit....


Kini yang tinggal hanyalah memori yang hanya sebentar cuma bersama mereka ketika mereka masih di dalam jagaan PH dan MH...Kejap tak kejap hampir dua minggu juga mereka di rumah PH...


 Nota PH :

Memang banyak kekangan yang ditempuh oleh Team HERO...Jutaan terima kasih juga buat Saudara Firdaus Abdullah dan Saudara Nizam Alias serta rakan Team HERO yang lain kerana turut sama merasai kekangan ini...


Kami cuma berharap agar janganlah ada pihak yang merepot kepada pihak berkuasa untuk menangkap kucing lagi...Ketahuilah bahawa sekiranya mereka ditangkap dan tidak dituntut di dalam masa 7 hari, maka mereka akan dilupuskan mengikut Akta Kacau Ganggu...Jangan tak tahu tu...

Comments

  1. Betul PH jangan repot2 sian miow2 tu, kita bkerjasama menjga haiwan jalanan. Beri dia makan, kasikan hewan. Beri rawatan kalau miow tu sakit. Biar aje dia kat kwsn tu, kalau x larat bawa kerumah. Senang ajekan. Sibuk jgn jadikan alasan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular