Perkampungan Kucing Yang Pertama Bakal Dibina Di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, PH ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana telah mendengar keluhan hambaNya yang sangat kerdil ini...Setelah berusaha tanpa berhenti, akhirnya kertas kerja PH telah diluluskan untuk mendapatkan sebidang tanah bagi membina sebuah perkampungan kucing-kucing yang hampir dilupuskan oleh pihak berkuasa dan kucing yang telah PH selamatkan sendiri...PH percaya kalian pasti bersetuju dengan kenyataan PH bahawa tiada apa yang dapat membahagiakan hidup ini apabila cita-cita yang kita impikan telah menjadi realiti di dalam kehidupan yang hakiki ini...Ianya kelihatan seolah-olah mustahil, tetapi sekiranya kita yakin, berikhtizam, berusaha dengan bersungguh-sungguh serta tidak lupa kepada menunaikan perintah Maha Pencipta ianya pasti akan menjadi kenyataan...Allah dah kata "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan..." PH tak ingat surah apa tetapi itulah yang PH pegang...
Pada awal bulan Mei 2013, PH telah menerima khabar gembira ini dari mulut pemilik tanah ini sendiri yang mahu nama beliau dirahsiakan atas sebab-sebab yang tertentu...PH tidak ingat ini kertas kerja yang ke berapa yang PH usulkan sebelum ini tetapi semuanya ditolak dan ada yang tidak memberi jawapan langsung...Namun PH menganggap ia sebagai satu dugaan di dalam melaksanakan misi yang sangat besar ini...PH tidak mungkin akan berjaya tanpa sokongan dan doa dari kalian juga....Kini PH telah mendapat sebidang tanah yang sangat besar, iaitu menyamai sebuah padang bola sepak...Subhanallah...!!! Betapa perkara ini berada di luar jangkaan PH sendiri...Impian PH untuk membina sebuah perkampungan kucing bakal dilaksanakan dan PH akan menamakannya Kakimotong Cat Village...
PH, MH dan si kembar bergotong royong membersihkan tanah yang sangat luas itu pada keesokan harinya...Sambil menebas lalang-lalang dan rumput yang panjang, PH mengucapkan rasa syukur yang tidak berhenti kepada Allah SWT...
Semasa melaksanakan kerja-kerja pembersihan, bermacam-macam perkara bermain di fikiran...PH tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini...Tetapi yang pasti, samada ianya baik atau buruk PH akan tempuh dengan penuh kesabaran...In Shaa Allah...Sesungguhnya halangan utama yang PH terima selalunya datang dari kalangan umat manusia itu sendiri yang tidak pernah senang melihat orang lain senang...Sebab itulah Allah menciptakan syurga dan neraka...Yang baik masuk syurga dan yang jahat pasti akan masuk neraka...
Gembira rasa di hati apabila melihat si kembar berlari kegirangan bersama angsa, ayam dan itik...PH sememangnya mahu mendedahkan kehidupan sebegini kepada mereka...Dedahkan mereka kepada aura kedamaian, bukannya aura kebencian...
Mereka juga sudah pandai memberi ayam dan itik makan...Rasa damai ini semuanya adalah pemberian dari Allah SWT...
Beberapa pekerja juga turut diperlukan untuk membaikpulih tanah yang luas ini...PH tidak mampu melakukannya keseorangan...
PH juga selalu dibantu oleh Saudara Adi...Tanah yang PH berpijak tu bakal didirikan sebuah tempat untuk para pengunjung bersantai...Bulatan kuning tu adalah pintu masuk Kakimotong Cat Village ini...Amacam..?? Besar tak...?? Itulah pemberian Allah SWT kepada kita semua...
Namun begitu, tanggungjawab Team HERO tidak juga dilupakan...Semalam ( 18 Mei 2013 ) seperti biasa PH telah pergi ke sebuah pusat kurungan haiwan di Kuala Lumpur untuk dibawa keluar...PH dikhabarkan bahawa pada 'batch' kali ini ( Batch yang ke-27 ) kebanyakannya ditangkap di Muzium Negara...Ramai orang buang kucing di sana...
Kucing-kucing ini mengiau tidak berhenti minta dikeluarkan...Sedih PH melihat keadaan si comel yang masih kecil dan baru nak kenal dunia turut ditangkap...Ini semua gara-gara kebanyakan pemilik kucing yang membuang kucing mereka apabila sudah tidak disayang...Masa kecil ditimang-timang tetapi apabila besar dibuang-buang...Apakah mereka semua tidak rasa bersalah ke...?? Menurut undang-undang mana-mana kerajaan negeri ataupun PBT, haiwan-haiwan jalanan yang ditangkap akan dilupuskan sekiranya tidak DITUNTUT dalam masa 7 hari di bawah Akta Kacau Ganggu yang diwujudkan...Ramai orang agak marah dengan tindakan pihak berkuasa ini, tetapi kemarahan itu perlu juga ditujukan kepada pemilik kucing yang culas dan pemalas...Hanya Allah jer yang tahu bagaimana perasaan PH, MH dan Saudara Firdaus tatkala melihat dan mendengar kucing-kucing 'meraung' meminta nyawa dan minta dilepaskan...Fokuslah kepada si pencipta masalah ( orang yang membuang kucing ), bukannya kepada pihak berkuasa...
Untuk batch yang ke 27 ini, buat pertama kalinya PH membiarkan mereka lepas bebas di kawasan tapak perkampungan kucing ini...Kebanyakan kawasan sudah dibersihkan dan boleh dikategorikan sebagai zon selamat...
Inilah di antara anak-anak kucing yang tidak beribu yang telah berjaya dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan tersebut...
Suka bila PH melihat anak kucing ini asyik nak menangkap belalang yang terloncat-loncat di hadapannya...
Yang lainnya sibuk mencari makanan...Lapar barangkali...
PH menyambung semula kerja-kerja pembersihan sementara MH sibuk menguruskan kebajikan kucing-kucing ini...Mereka perlu diberi makanan yang secukupnya kerana keadaan mereka agak lemah....
Semasa PH berhenti untuk berehat, PH perhatikan juga apa yang kucing-kucing ni buat selepas dibebaskan di kawasan padang yang lapang ini...PH panggil salah seekor kucing yang dilepaskan...Ada seekor kucing berwarna putih bertompok oren pudar ala-ala Ginger gitu...PH panggil dia banyak kali langsung dia tak pandang...Tetapi apabila PH panggil "Abang..!!! Meh sini kat ayah meh...!!!" terus dia datang dan melese gedik kat kaki PH...
PH dapat rasakan namanya memang Si Abang, diberi oleh pemiliknya yang terdahulu namun mungkin dibuang kemudiannya...Itu pada andaian PH lah....
PH panggil dia ke tempat minuman...Dia ikut jer belakang PH dan terus minum apabila dijamu...Sejuk hati PH...hehehehe...Air mineral tu pun beli kat Tesco jer pun..Itu jer yang mampu buat masa ni...
Kucing-kucing yang lain kebanyakannya tidur selepas kekenyangan dan ada yang berguling-guling dan berlari-lari di atas rumput...
Kucing yang ni pula suka lepak di bawah pokok, dekat dengan pokok jering...Sejuk dan redup suasananya....
Cuba tengok video ni betapa harmoninya kucing ni lepas dia dapat lepak di tempat yang sejuk dan redup...
Tugas menjaga kucing-kucing di taman ini turut dibantu oleh Saudara Adi sekiranya PH tiada di sana...Beliau juga selalu menyelamatkan kucing jalanan...Dua ekor kucing di dalam gambar ini dipeliharanya sejak mereka bayi lagi...Tiada ibu...
Nota PH :
Inilah hasilnya kalau kita selalu berusaha tanpa henti...Terlalu banyak dugaan yang PH terima sebelum Allah SWT menghadiahkan tanah ini kepada kita semua...Rasanya terlalu pedih dan sangat menusuk hati....Pelbagai fitnah dan tohmahan yang PH terima sebelum ini, namun dek kerana selalu mengamalkan sikap berlapang dada, PH kembali fokus dan bangkit dengan kudrat yang ada...PH tidak kisah ramai rakan meninggalkan PH tatkala PH dicaci hina semahu-mahunya...Di antara hikmahnya, kini PH menyedari siapa kawan dan siapa lawan...PH juga tidak pernah hairan dengan mereka yang termakan hasutan dan membuat komplot untuk menjatuhkan reputasi PH...Sesungguhnya mereka terlupa bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah sia-sia belaka...Tiada apa yang mereka lakukan sebenarnya selain dari mencari sengketa...
Jatuh bangun PH biarlah PH yang tanggung sendiri...PH tidak akan sekali-kali mudah menyerah diri kepada mereka yang selalu sahaja ingin mengambil kesempatan ataupun yang tidak senang dengan apa yang PH usahakan...Ramai orang mudah lupa diri apabila mendapat nama, tetapi In Shaa Allah itu tidak akan sekali-kali berlaku kepada PH kerana PH masih ingat pasir di bumi sebelum mengira bintang di langit...PH lakukan semua ini kerana Allah SWT...KepadaMu Ya Allah, hindarilah aku dari sifat takbur, riak dan lupa diri...Perkenankanlah doa hambaMu ini...
Pesan PH, jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain, kerajaan atau sebagainya...Sebaliknya berusaha secara sendiri adalah lebih baik...Jangan kita selalu mencari salah orang lain, sebaliknya muhasabah diri sendiri adalah lebih afdal...Selalu-selalulah bersedekah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, hatta kepada haiwan sekalipun...Sesungguhnya ujian dari Allah SWT itu adalah untuk mematangkan kita...
Kalau kita nak berjaya, dengarlah cakap orang yang berjaya...Kalau kita nak gagal, dengarlah cakap orang yang gagal... Kalau faham, baguslah...Kalau tak faham, tepuk dada pastu tepuk dahi sendiri...Kuat-kuat tau...hehehehe
Doakanlah semoga perlaksanaan perkampungan kucing Kakimotong Cat Village ni dipermudahkan...
Lagi gambar klik sini ( link )
Syukur pd Allah, niat yg baik pasti dpermudahkan...
ReplyDeleteSyukur pd Allah, niat yg baik pasti dpermudahkan...
ReplyDeleteSyukur pd Allah, niat yg baik pasti dpermudahkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah PH.. tak sabar nak visit bila dah siap.. selama ni anak2 ikut bg stray cats mkn, pegi petting zoo pgg ayam, burung, rabbit... mesti diorg suke cat village ni!
ReplyDeleteAlhamdulillah... tertunai sudah impian PH... dapat bayangkan betapa anak2 bukus tu berterima kasih pada PH dan MH
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah akhirnya kucing2 tu dpt tmpt yg spatutnya,smoga kelak ade jg tmpt bwt mnampung anjing2 yg trbiar,kasian jg mereka d luar sne,,d aniaya& d siksa oleh manusia yg zalim
ReplyDelete
ReplyDeleteAlhamdulillah....
Salam kenal PH...nekcik da ramai ansk bulus ni kat rumsh..dari seorang dah jadi 6..sat lagi tak tau lah berapa orang lagi nak mai...masaalahnya rumah nekcik tak ada sekaki tanah pun..dok dlm kandang. .nnti petang kluarkn kejap..malam masuk balik..kesiaan mereka...nak bagi orang kesian nak pisahkn mereka..nak bela mcm tak larat...nak tunggu kampong PH siap lah yer....kalau l
ReplyDeletelah boleh nekcik tumpangkn diorang ni....tapi kami sayaang kat depa ni..penghibur
Alhamdulillah....:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga PH tak berhenti berusaha menolong kucing2 terbiar nie.. :)
ReplyDeleteSubhanAllah...semoga Allah permudahkan jalan utk PH ya..
ReplyDeletenekcik, minta maaf PH tidak menerima kucing2 serahan yer
ReplyDeleteso kne buang dlu la kucing tu kt dbkl baru ph amek ye?? cmtu ke flow die?
Deletealhamdulillah, saya hanya mampu berdoa tiap lepas solat supaya semua haiwan dilindungi dri bahaya dan orang zalim, dan supaya orang yg zalim tu diberi kesedaran.
ReplyDeletenk bg bantuan dari segi kewangan {sekadar yg boleh} bila perkampungan kucing ini siap
ReplyDeleteMacamana nak hubungi ph? Sya teringin sgt utk sikit bantuan kewangan buat kucing2 yg ph selamatkan
ReplyDeleteMaksud sya sya teringin nak hulur sedikit bantuan kewangan buat kucing2 di sana. Mmg sya minat dan suka kucing. Sila beritahu sya bagaimana nak hubungi ph..thanks. nama sya ummi.
ReplyDeleteNota PH :
DeleteInilah hasilnya kalau kita selalu berusaha tanpa henti...Terlalu banyak dugaan yang PH terima sebelum Allah SWT menghadiahkan tanah ini kepada kita semua...Rasanya terlalu pedih dan sangat menusuk hati....Pelbagai fitnah dan tohmahan yang PH terima sebelum ini, namun dek kerana selalu mengamalkan sikap berlapang dada, PH kembali fokus dan bangkit dengan kudrat yang ada...PH tidak kisah ramai rakan meninggalkan PH tatkala PH dicaci hina semahu-mahunya...Di antara hikmahnya, kini PH menyedari siapa kawan dan siapa lawan...PH juga tidak pernah hairan dengan mereka yang termakan hasutan dan membuat komplot untuk menjatuhkan reputasi PH...Sesungguhnya mereka terlupa bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah sia-sia belaka...Tiada apa yang mereka lakukan sebenarnya selain dari mencari sengketa...Jatuh bangun PH biarlah PH yang tanggung sendiri...PH tidak akan sekali-kali mudah menyerah diri kepada mereka yang selalu sahaja ingin mengambil kesempatan ataupun yang tidak senang dengan apa yang PH usahakan...Ramai orang mudah lupa diri apabila mendapat nama, tetapi In Shaa Allah itu tidak akan sekali-kali berlaku kepada PH kerana PH masih ingat pasir di bumi sebelum mengira bintang di langit...PH lakukan semua ini kerana Allah SWT...KepadaMu Ya Allah, hindarilah aku dari sifat takbur, riak dan lupa diri...Perkenankanlah doa hambaMu ini...Pesan PH, jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain, kerajaan atau sebagainya...Sebaliknya berusaha secara sendiri adalah lebih baik...Jangan kita selalu mencari salah orang lain, sebaliknya muhasabah diri sendiri adalah lebih afdal...Selalu-selalulah bersedekah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, hatta kepada haiwan sekalipun...Sesungguhnya ujian dari Allah SWT itu adalah untuk mematangkan kita...Kalau kita nak berjaya, dengarlah cakap orang yang berjaya...Kalau kita nak gagal, dengarlah cakap orang yang gagal... Kalau faham, baguslah...Kalau tak faham, tepuk dada pastu tepuk dahi sendiri...Kuat-kuat tau...hehehehe
mksodnye PH x terima bantuan luar...
Deletebkn nk kondem PH...mgkin PH da byk kali "tekono" kot...
tp PH jgn la x pndg niat murni pencinta2 kucing lain kt luar sane...sy dudok umah flat je tp ade 10ekor kucing...byk nye sy kutip tepi jln jgk...dok umah flat ni laen sket...rmai jiran yg dengki n xsuke...siap ade yg racun kucing saye... cmne nk cite tu... PH heboh kn pasal pekampungn kucing ni tp x terima kucing serahan...so sy agk keliru n x jelas ape tujuan sbnr pkmpgn kucing ni.... lg skali sy bkn kondem PH juz sy nk mnta sket justifikasi PH n sile betolkan jika ade ape yg slh... TQ..
yg penting insan2 mcm ph perlu terus dberi sokongan moral .. Sy sndiri ada bela 9kucing jslanan yg dikutip....
ReplyDeletekpd cik anon yang komen "mksodnye PH x terima bantuan luar...
ReplyDeletebkn nk kondem PH...mgkin PH da byk kali "tekono" kot...
tp PH jgn la x pndg niat murni pencinta2 kucing lain kt luar sane...sy dudok umah flat je tp ade 10ekor kucing...byk nye sy kutip tepi jln jgk...dok umah flat ni laen sket...rmai jiran yg dengki n xsuke...siap ade yg racun kucing saye... cmne nk cite tu... PH heboh kn pasal pekampungn kucing ni tp x terima kucing serahan...so sy agk keliru n x jelas ape tujuan sbnr pkmpgn kucing ni.... lg skali sy bkn kondem PH juz sy nk mnta sket justifikasi PH n sile betolkan jika ade ape yg slh... TQ.."
cuba tgk sini
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=671096062907151&set=a.138028979547198.24734.120923971257699&type=1&relevant_count=1
wahh, semoga berjaya! :)
ReplyDeleteTujuan PH selamatkan kucing2 ni semua nak mengajar kita supaya sayangilah kucing, jangan la buang derang. Tp kalau nak menyerahkan kucing tu sama je mcm buang kucing. Smpai bila pun xkan selesai masalah.
ReplyDelete