Talkin Terakhir Buat Seorang Isteri

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Manusia Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Dua tahun yang lalu di sebuah tapak pembinaan bangunan milik kerajaan pusat di Putrajaya....PH diarahkan untuk membuat 'M&E Site Inspection' bersama-sama dengan seorang inspektor bertauliah ( Clerk Of Work )...Hari kedua Ramadhan itu tersangatlah terik seterik-teriknya...Setelah membuat temujanji, maka Clerk of Work pun datang menghadirkan diri...

"Dahlah lambat, menyusahkan jer..." begitulah keluh PH di dalam hati akibat tekanan kerja yang melampau...Orang yang tidak bersalah juga turut dipersalahkan...

Clerk Of Work itu memperkenalkan dirinya sebagai Jasri, seorang yang berbadan tegap berumur awal 40an...

Jasri : Ni apa yang nak check hari ni...??? Mana Inspection Form...???

PH : Ni dia...

Sambil membelek-belek Inspection Form, Jasri menggeleng-gelengkan kepala...

Jasri : Inspection Form ni tak complete sebab drawing tak betul...Aku nak drawing yang latest punya...

PH : Bang...!!! Sori saya takde drawing yang latest...Ni jer yang saya ada...Itu yang derang bagi soh saya pasang ikut drawing ni...

Jasri : Kalau drawing pun salah camner aku nak approved...?? Pikir la sikitt...

Kata-kata Jasri mula membuatkan PH berang...Tapi, PH masih bersabar...

PH : Bang...!! Saya tahu prosedur kena ikut, tapi ini jer drawing yang saya ada...Kalau abang nak reject, tanyala Si Yap tu...Dia yang bagi saya drawing ni...

Jasri : Hmmm...Kalau macam tu aku reject jer lah...Cancel concrete hari ni...Buang masa jer...

Keputusan dari Clerk Of Work membuatkan PH bertambah berang...

PH : Ala Bang...Takkan reject kot..Agak-agakla...Takkan ni pun tak boleh nak tolerate...Projek ni pun baru start kan..?? Jangan nak lebih-lebih pulak....

Maka, berlakulah pertengkaran hebat antara PH dan Jasri...Itulah detik keadaan perkenalan pertama kami...Tak kira bulan puasa pun, segala maki hamun semua keluar dek akibat tekanan kerja yang terlalu banyak....Namun, PH akui keputusan sebenarnya Jasri adalah tepat jika mengikut prosedur...Beliau memang terkenal dengan seorang yang tegas di dalam melaksanakan kerja...

Selang beberapa hari selepas itu...

PH : Jas, jom kita lepak minum...Aku banjer...

Jasri : Takperlah..Aku dah minum tadi...

PH : Jom jer laa...Aku ada hal nak discuss pasal drawing ni...

PH cuba memancing Jasri...Alhamdulillah, umpan PH mengena....Kami berdua lepak minum di kantin...Kami masing-masing mengakui kesalahan...Dari situlah bermulanya detik sebenar perkenalan kami...Semenjak terjadi pertengkaran tempohari, hubungan kami sebagai rakan sekerja tapi tak sebumbung ( berlainan syarikat ) semakin akrab...Malah, Jasrilah yang banyak membantu PH di dalam menyelesaikan perihal masalah site...Kebetulan pula Jasri tinggal berdekatan dengan rumah PH di Semenyih...Kami selalu lepak minum bersama di restoran mamak berceritakan macam-macam hal dunia....Hmmm...Betul kata pepatah Melayu...Tak kenal maka tak cinta...

Semalam ( 29 Mei 2013 ).....

PH bangun dari tidur lalu melihat ke arah telefon bimbit...Ada 3 'missed call' Mohd Noor, iaitu salah seorang rakan sekerja PH yang sama site PH bekerja dengan Jasri di Putrajaya dulu...Kemudian, satu SMS masuk ke dalam Inbox...PH sangat terkejut apabila membaca SMS tersebut...

"Tolong call balik...Wife Jasri meninggal..."

PH pun dengan sepantas kilat menghubungi Mohd Noor...PH dikhabarkan bahawa isteri Jasri terlibat di dalam kemalangan maut di Kuantan yang meragut nyawanya....Mohd Noor berkata dia akan ke Semenyih hari ini untuk melawat keluarga arwah...

PH ingin sahaja menelefon Jasri, tetapi terasa sangat berat kerana memikirkan mungkin fikirannya sedang kusut...Maka, PH ambil keputusan untuk menunggu sahaja kedatangan Mohd Noor ke Kampung Pasir, Semenyih....Kami bertemu di Masjid Jamek Kampung Pasir untuk sama-sama menyegerakan solat jenazah...Di situlah PH jumpa Jasri...Sudah setahun PH tidak berjumpa dengannya kerana telah bertukar tempat kerja...PH hanya salam dan memeluk erat tubuhnya tanpa berkata apa-apa...Wajahnya tetap tenang walaupun ada sedikit sugul...Jasri adalah lelaki berbadan tegap yang tengah tu...


Jenazah arwah isterinya, iaitu Allahyarhamah Zuliana bt Zulkifli dimasukkan ke dalam van jenazah menuju ke tanah perkuburan Kampung Pasir Semenyih, hanya terletak di hadapan rumah ibu arwah...


PH mengikut van jenazah dari belakang...


Ramai sahabat handai dan sanak saudara arwah serta rakan sekerja turut hadir di majlis pengebumian...


Maka keranda diusung sehingga ke tepi liang lahad...Keadaan sunyi sebentar ketika itu...


Kelihatan suami arwah iaitu Jasri turut berada di tepi liang lahad...Kelihatan seperti beliau sudah penat untuk bersedih...


Maka, jenazah dikeluarkan dari keranda untuk dimasukkan ke dalam liang lahad...Ketika inilah PH tercium bau wangi....PH tidak pasti samada orang lain ada terhidu bau wangi tersebut atau tidak...PH telah banyak menghadiri beberapa majlis pengebumian, tetapi yang kali ini terasa sedikit berlainan...Cuaca yang terik hari tu terasa sangat redup...


Kemudian jenazah diturunkan secara perlahan-lahan ke dalam liang lahad...

"Pangku kepala dia pelan-pelan...Abang yang belakang tu peluk kat pelipat lutut...Ambik tanah tu sendal kat kepala dengan belakang pinggang dia...Bukak ikatan tu pelan-pelan...Pastikan dahi dia kena tanah.."

Begitulah lebih kurang dialog yang PH dengar dari seorang pakcik yang berpengalaman...Kelihatan 3 orang anak muda yang memangku jenazah sehingga ke liang lahad...Mungkin mereka adalah anggota saudara arwah sendiri...PH tidak mengenali mereka...PH menyaksikan peristiwa tersebut dari mula hingga akhir...


Jasri melihat jenazah arwah isterinya dengan tabah dan sayu...


Kerja-kerja mengebumikan arwah juga mengambil masa yang singkat....PH masih lagi tercium bau wangi yang datang sekejap-sekejap ketika ini...Setelah liang lahad ditimbus sepenuhnya, maka upacara membaca talkin pun dijalankan oleh imam...Jasri dan bapa arwah turut berada di sebelah imam...Sesungguhnya, bacaan talkin ini adalah peringatan untuk kita yang masih hidup, selain dari untuk si mati itu sendiri...Beginilah sedikit sedutan bunyi talkin yang dibaca oleh pak imam...

"Wahai ( nama arwah )...Hendaklah kamu ingat bahawa janji-janji Allah itu adalah Benar...!!! Syurga dan Neraka itu adalah Benar...!!! Akhirat itu adalah Benar...!!! Soalan di dalam kubur itu adalah Benar...!!! Maka, selepas ini kamu akan didatangi oleh 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir...Apabila mereka bertanya kepada kamu Siapakah Tuhanmu..?? Siapakah Nabimu..?? Apakah Agamamu...?? Apakah Kiblatmu...?? Maka hendaklah kamu menjawabnya dengan cermat serta lidah yang fasih...Janganlah sekali-kali kamu berasa gentar...!!!..."

PH turut berasa takut akan peringatan dari Allah SWT...Masa itu, PH terus terbayang dosa-dosa PH di masa yang lalu....PH terbayang wajah orang yang tersayang...PH terbayang bagaimanakah keadaan jasad PH apabila dikebumikan nanti...Ya...!!! Tiada satu pun makhluk di dunia ini akan terlepas dari mati...Itulah janji dari Allah SWT yang tiada terlewat atau terlanjur walaupun sesaat pun....

"Kepada yang masih hidup, apakah kita sudah melaksanakan perintah-perintah Allah...?? Apakah kita sudah tunaikan solat...??? Apakah kita sudah tunaikan puasa...??? Apakah kita sudah tunaikan zakat...?? Apakah kita pernah melukai hati sesama manusia...??? Ingatlah bahawa janji Allah SWT itu BENAR...!!! Berbahagialah kepada mereka yang masuk ke dalam Syurga dan meranalah mereka buat selama-lamanya jika mereka dihumban ke Neraka Jahannam..."

Tubuh ini berasa teralu kerdil sekali dan berasa begitu hampir dengan kematian....Jasri kelihatan memandang tepat ke arah kayu nisan sambil sekali-sekala mengesat air matanya...


Sesudah bacaan talkin selesai, Jasri memanggil anak sulungnya untuk menjiruskan air yasin dan air mawar di pusara arwah ibunya...Walaupun terlalu muda untuk menempuh ujian ini, namun anak kecil ini sangat tabah...

"Siram air kat kubur Mama yer..."

Anak kecil itu mengangguk...Dia menyirami air di pusara ibunya tanpa menangis sedikitpun...Apabila melihatkan peristiwa itu, mata PH tiba-tiba 'berkaca'...Tabah sungguh anak ini...Kemudian, ibu dan bapa arwah turut menjirus air Yasin dan menaburkan cebisan bunga ke pusara anaknya....

Sebelum pulang, PH memeluk erat tubuh Jasri seerat-eratnya tanpa berkata apa-apa...Jasri juga begitu...Tiada apa yang PH ingin beri melainkan doa-doa buat arwah isterinya...Terkenang pula masa PH bergaduh dengan Jasri satu ketika dulu...PH pernah melukai hatinya...


 Nota PH :

Begitulah ceritanya PH, Jasri dan pemergian arwah isterinya yang PH titipkan ini buat pedoman untuk kita semua yang masih hidup...Pada mulanya, kami bergaduh di awal perkenalan...Tetapi, akhirnya hubungan kami menjadi seperti adik beradik...Kesedihannya adalah kesedihan PH juga...Kami masing-masing menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing...Itulah namanya semangat setiakawan...Begitu juga dengan rakan-rakan PH yang lain iaitu Mohd Noor, Razi, As'ad, Faizal, Zul dan Ramli...Mereka juga turut merasai kesedihan Jasri....Untuk makluman, PH terlebih dahulu meminta izin dari Jasri sebelum mengambil gambar untuk dijadikan sebagai pedoman buat kita semua yang masih hidup...

Ya...!! Mati itu pasti...Haiwan tu haiwan juga, tetapi tidak gunanya sekiranya kita tidak menjaga hubungan sesama manusia...Segala amal kebaikan yang kita pernah lakukan sebelum ini akan terhapus sekiranya kita mencari sengketa sesama manusia ibarat api yang memakan kayu...

Kepada kalian yang terbaca entri ini, sama-samalah kita sedekahkan Surah Yasin atau setidak-tidaknya Surah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Zuliana bt Zulkifli....Semoga roh beliau tenang dan diampuni segala dosa-dosanya serta ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman...

Comments

  1. Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

    Al Fatihaj. kepada Allah adalah aebaik-baik tempat kembalk. آمِـــــــــينْ

    ReplyDelete
  3. Mati itu tunangan hidup brbhgialah mrk yg telah brjumpa Pcipta

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular