Lagi Kucing Yang Hampir Dilupuskan Mendapat Keluarga Angkat Yang Baru

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Kisah mengenai kucing-kucing yang ditangkap oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan kini sudah menjadi perbualan hangat...Ramai juga yang mengecam pihak berkuasa, tetapi tidak ramai yang dapat melihat apa yang berlaku di sebalik tabir kucing-kucing yang ditangkap ini...Mereka semua ditangkap berdasarkan aduan oleh orang awam yang berasa kurang selesa dengan lambakan kucing-kucing jalanan di kawasan kediaman mereka...PUNCANYA ialah sikap pemilik kucing itu sendiri...Ramai yang pandai bela tetapi tak ramai yang tahu jaga...Kucing dibuang apabila mulai bunting dan kencing di sana sini apabila tiba musim mengawan...Masa kecil ditimang-timang tetapi disepak terajang apabila dewasa kerana mereka dilabel sebagai menyusahkan...Disarankan untuk memandulkan mereka jauh sekali untuk menerima saranan tersebut...Sebaliknya kita pula yang ditarbiahkan...Inilah sikap culas seorang manusia yang mengaku sayangkan haiwan...Buat malu ajer....Orang-orang sebegini suka meletakkan masalah yang diciptanya sendiri ke atas bahu orang lain...Semakin hari semakin banyak kucing-kucing ditangkap dan dilupuskan di bawah Akta Kacau Ganggu...Memang rasa nak marah pihak berkuasa, tetapi cublah kita fikir apakah sumbangan kita untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang...Kalau setiap hari kucing asyik masuk kandang pihak berkuasa ajer, kandang sebesar padang bola pun tak cukup...Usah asyik fokus kepada tindakan pihak berkuasa, sebaliknya fokuslah kepada pemilik kucing yang culas ini...

Untuk dijadikan entri bacaan santai pada kali ini, PH nak ceritakan tentang kunjungan Cik Ain dan kakaknya yang datang dari Perlis untuk mengambil budak-budak DBKL ni...Beliau juga sangat teruja dapat berjumpa dengan Abam Iyo...


Encik Jamek menjadi penyambut tetamu pada hari itu...PH tak ingat pula apa nama kakak kepada Cik Ain tu ( kiri )....


Lepas tu beliau sempat timang-timang manja dengan Encik Nemo...Terpegun Encik Nemo jadinya...hehehehe


Budak-budak kat rumah ni memang jakun kalau tengok budak-budak DBKL ni...Ade jer keletah mereka yang mencuit hati...Kadang-kadang boleh buat kita tergelak sorang-sorang...


 Nota PH :

Bagi PH, memelihara kucing jalanan yang kita kutip itu lebih terasa auranya..Ye lah, mula-mula jumpa mereka dalam keadaan yang tenat, sakit, berkurap dan busuk...Tetapi sekarang ni mereka sudah membesar sebagai Johan Raja Lawak...




In Shaa Allah, dengan terlaksananya perkampungan kucing Kakimotong Cat Village nanti ( link ), langkah PH akan menjadi lebih jauh demi membela nasib kucing-kucing yang terbiar...Kepada mereka yang telah menjadi keluarga angkat kepada kucing-kucing DBKL yang hampir dilupuskan, PH ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan SYABAS di atas keprihatinan kalian semua..Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik kalian....

Bukalah mata dan hati seluas-luasnya...Nasib malang mereka di jalanan adakah untuk diperhatikan sahaja atau untuk kita ambil tindakan...?? Kalau kalian bijak, nak pilih yang mana tu...?? PH doakan semoga Allah jualah yang menggerakkan hati kalian untuk mempertimbangkan mana yang baik dan buruk...Be one step ahead everyday...Itulah yang membezakan kita dengan manusia-manusia yang biasa-biasa sahaja....

Comments

Entri Popular