Tiada Jalan Yang Mudah Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Jadual PH sejak akhir-akhir ini amatlah ketat dek kerana mengatur perancangan untuk memulakan perlaksaan perkampungan kucing Kakimotong Cat Village...Alhamdulillah, setakat entri ini disiarkan ianya berjalan mengikut seperti yang dirancangkan...Di dalam hidup ini, tiada satu pun jalan yang mudah untuk berjaya...Tidak kira samada berjaya di dunia atau di akhirat, ianya memang sukar...Namun begitu, bagi mereka yang khusyuk dan istiqamah, segala rintangan akan dianggap sebagai ujian dari Maha Pencipta...Sekiranya kita berlapang dada menerima ujian tersebut, maka dapatlah kita mengecap kejayaan...Bagi mereka yang tidak berlapang dada tatkala menerima ujian, maka jalan singkat akan diambil termasuklah menindas orang lain untuk berada di atas dan memutuskan tali silaturrahim sesama manusia...Mudah-mudahan kita semua terhindar sejauh-jauhnya dari mempunyai sikap sebegini...Rasulullah SAW sangat tak suka...

PH selalu membayangkan sesuatu apa yang PH nak jadi pada masa hadapan...Alhamdulillah, dengan menggunakan kekuatan minda separa sedar, PH telah memperolehi 60% di dalam perjuangan membela nasib haiwan-haiwan yang terbiar....Tanah yang luas ini bakal dijadikan perkampungan kucing khusus untuk kucing-kucing jalanan yang diselamatkan dari suntikan maut selepas mereka ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan......


Sayup aman damai suasana di sini, jauh dari hiruk pikuk bandar yang selalu mengundang rasa stress...Di sinilah bakal didirikan taman tema untuk kucing-kucing yang bernasib malang...Mereka semua akan dibiarkan bebas sebebas-bebasnya selepas tapak perkampungan kucing ini siap sepenuhnya...Ini termasuklah menggantikan pagar jaring dan menempatkan material landskap yang sesuai...


Encik Kambing pun selalu datang menjenguk PH sekeluarga di sini....


Tidak dapat PH membayangkan betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada hambaNya yang meminta...Setelah menempuh pelbagai ujian, akhirnya PH telah menerima natijah yang tidak disangka-sangka dari Allah SWT...


PH sedang merekabentuk pangkin kayu ataupun Gazebo di bawah pohon rambutan yang rendang ini...Mungkin ada hammock ( buaian kucing ) besar PH akan pasang...


Sejuk rasa hati apabila melihat mereka bebas...Ini adalah di antara kucing DBKL yang tinggal di tapak perkampungan kucing ini...Lagi gambar boleh dilihat di sini ( link )


Sewaktu membersihkan kawasan tapak perkampungan kucing ini, pelbagai kehidupan yang selama ini tersembunyi telah PH jumpa...Keunikannya sungguh mengasyikkan...Inilah fitrah yang Allah telah aturkan...Ianya sangat cantik dan sempurna...Gambar di bawah ini adalah sarang anai-anai...Ada hampir lima sarang anai-anai di berlainan tempat yang PH temui...


Sewaktu PH ingin mengangkat zink yang telah lama terlekap di tanah, ada seekor tikus telah bermastautin di sana...Sebaik sahaja ternampak kelibat PH, tikus ini terus melompat keluar dari sarangnya dan kemudian melarikan diri...


Apabila PH selak perlahan-lahan, ada 4 ekor bayi tikus sedang tidur di celahan daun-daun kering...Comelnya Subhanallah....Pertama kali PH terjumpa bayi tikus mondok...Kalau bayi tikus putih tu dah banyak kali PH jumpa...Inilah kuasa Maha Pencipta...Kemudian PH tutup semula lubang tersebut dan membiarkannya...PH pergi membersihkan tempat lain pula...Pada keesokkan harinya, anak-anak tikus ni sudah tiada di dalam lubang...PH andaikan ianya telah dibawa lari oleh ibu tikus itu tadi...


PH ajar Along bagaimana nak tanam pokok....


Begitu juga dengan Angah...PH mahu dedahkan mereka dengan aktiviti-aktiviti alam sebegini agar mereka menghargai alam sekitar apabila dewasa nanti...


Rumput-rumput yang panjang juga dah habis PH kerjakan...MH pula sedang sibuk menjaga kebajikan kucing-kucing di sana...


Sambil menebas, bermacam-macam perkara bermain di fikiran...Ada fikir yang baik dan ada fikir yang buruk juga...PH tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini...Yang PH tahu, PH perlu meneruskannya juga walaupun sekiranya diri ini ditinggalkan berseorangan...


Segala tindakan PH di tapak perkampungan kucing ini asyik dilihat oleh anak-anak...Entah apa yang difikirkan agaknya...


 Kalau cuaca terik sangat, PH menyuruh mereka bermain di dalam khemah...Kucing pun ada kat dalam tu...


PH juga kini sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk pergi ke nurseri landskap...PH perlu belajar selok-belok tanaman dan senibina landskap...Banyak ilmu-ilmu baru yang telah PH pelajari dari penjual pokok-pokok hiasan ni....


Maka, buat pertama kalinya, PH dan MH membeli pokok hiasan...Kami membeli pokok palma, pokok kasidang, pokok bunga tahi ayam, pokok bunga kertas dan pokok jasmin...Kami tanam pokok tu bersama-sama... 


PH juga meninjau-ninjau material yang bakal diletakkan di tapak perkampungan kucing ini nanti...


dan juga tempat untuk menanam bunga dan berkebun...PH dan MH baru jer beli benih pokok cili, timun, terung, tomato dan banyak lagi benih-benih sayuran...Kami bercadang untuk menanamnya bersama-sama...


PH juga membayangkan ruangan pangkin sebegini untuk bersantai di taman kucing itu nanti...


Setelah mempelajari serba sedikit tentang ilmu-ilmu tanaman dari penjual pokok, maka PH pun mempraktikkannya sendiri...Buat pertama kalinya PH menanam pokok bunga termasuklah pokok palma...Sewaktu PH melakukan kerja-kerja ini semua, hati ini sangat tidak keruan....Bermacam-macam perkara yang PH fikirkan...


Ibu PH sakit akibat ketumbuhan di dalam perutnya...Saiz ketumbuhan itu pula tersangatlah besar iaitu 10cm x 12 cm...Hempedunya juga ada batu dan ianya perlu dibuang dengan kadar segera...Gambar di bawah ini diambil oleh MH sehari sebelum pembedahan dilakukan....


Setelah 6 jam bertarung nyawa, Alhamdulillah pembedahan itu telah berjaya...Badan ibu PH dibelah dari pangkal dada sehingga ke bawah pusat...Sedih PH melihatkan keadaannya ketika dimasukkan ke ICU ( selepas pembedahan )...Alhamdulillah, ibu PH kini sudah boleh duduk dan bercakap...Kaki dan tangannya juga sudah boleh digerakkan...Terima kasih di atas doa-doa dari kalian semua...Inilah kali pertama PH siarkan gambar ibu PH di alam maya...


Nota PH : 

Setiap kejayaan sudah pastinya perlu disertakan dengan pengorbanan...Ramai orang yang nak berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban...Percayalah dengan apa yang kita lakukan bakal menjadi kenyataan...Kita tidak semestinya perlu menjadi kaya terlebih dahulu untuk mencapai impian, sebaliknya kita perlu berani memohon kepada Allah SWT untuk diperkenankan doa-doa kita...


Sudah tentunya ada pelbagai cabaran getir tatkala kita berusaha gigih untuk memperolehi kejayaan...Jangan takut diperlekehkan oleh sesiapa pun kerana kita juga mempunyai hak untuk berjaya...Buktikan kepada mereka bahawa kita adalah seorang yang komited untuk sebarang perlaksanaan...Mungkin seribu kawan-kawan kita suka melihat kita jatuh, tetapi hanya DUA orang sahaja yang ingin melihat kita berjaya...Mereka ialah ibu dan bapa kita sendiri...Laksanakanlah perancangan kita untuk berjaya kerana Allah dan kerana kedua ibubapa kita...

Dapatkan restu dari ibu yang melahirkan kita dengan darah dan air mata...Ibu PH pernah dimasukkan ke wad hospital setelah terbaca fitnah yang dilemparkan kepada PH ( fitnah tersebut adalah Sponsored Story di Facebook )...Betapa hancurnya hati seorang ibu apabila melihat anaknya diperlakukan seperti manusia yang tidak bermaruah....Namun yang demikian, berkat hasil doa-doanya, PH berjaya memperoleh ketabahan...Kami sama-sama menangis di kala menempuh dugaan yang maha perit ini...

Sesungguhnya, tiada jalan mudah untuk berjaya...Lambang kejayaan bukanlah diukur pada kekayaan, tetapi ianya adalah diukur dari perubahan yang telah berjaya kita lakukan, samada pada diri sendiri, haiwan, manusia sejagat dan juga pada alam sekitar...

PH tidak tahu samada kalian suka entri ini atau tidak...Walaupun mungkin ada yang suka, namun PH masih sangsi...Mungkin ada yang tak suka...

Comments

  1. Smoga Allah merahmati

    ReplyDelete
  2. tahniah ph...alhamdulillah..trharu sgt bca entri ph ni...smoga rezeki ph melimph ruah..amin..

    ReplyDelete
  3. Salam alaikum. You are an inspiration to me! I have rescued 21 cats and have now 19 at home. I want to build a shelter and also do something about animal cruelty, especially animal testing. May Allah bless you and your family. May He grant you Peace and make your journey smooth. Amin.
    Rashidah

    ReplyDelete
  4. tahniah buat ph. bangga dengan kesungguhan ph. akhirnya semua usaha , doa dan kesabaran ph memberikan kegembiraan buat ph dan semua. saya tumpang gembira. :) . tahniah sekali lagi ye ph

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada semua kerana sudi mendoakan...

    ReplyDelete
  6. Usah di fikir sangat apa orang kata. Berjaya kita dengan izin Allah. Bukan kerana mereka2. Teruskan usaha ya...

    ReplyDelete
  7. tak paham betul aku ade juga manusia iri hati dgn niat baik PH apepun smuga PH berjaya

    ReplyDelete
  8. Semoga segalanya lancar sebagaimana yg PH harapkan..

    ReplyDelete
  9. Niat yg baik Allah akn prmudahkan PH, percyalah d hjungnya akn ada kemanisan, sy sentiasa doakan PH sklrga d rahmatiNya dn d prmudahkan urusan..begitu jga kucing2 mrk sentiasa brdoa utk PH n klrga

    ReplyDelete
  10. Niat ph yg ikhlas.. pasti dirahmati allah... jgn gentar dgn ragam manusia krn allah yg akn menilainya..truskn keiklasan ph .insyaallah ph akn tepelihara dri segala fitnah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular