Sesungguhnya Masa Itu Adalah Penyembuh
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, bulan ini adalah bulan rezeki...Walaupun ada banyak kekangan yang PH alami, namun ianya dapat diselesaikan juga...Kehidupan memang begitu...Kalau tiada masalah, kita takkan dapat belajar banyak perkara...Orang yang beriman selalunya takut sekiranya dirinya tidak diuji...Bayangkanlah, kucing pun ada ujian yang Allah beri...Tinggal kita jer yang perlu membuka mata besar-besar apakah ujian yang menimpanya perlu dibiarkan atau kita buat tak pandang jer....Moral of the story, janganlah kita takut sekiranya dilanda masalah dan ujian kerana Allah SWT tidak akan sekali-kali menguji hambanya di luar kemampuan....Rasa takut itu adalah biasa, tetapi janganlah berlebih-lebihan kerana ianya akan membuatkan kita mengambil jalan singkat iaitu lari dari masalah....Redah ajer...Pasti boleh...
Pada 11 Mei 2013 yang lepas, Team HERO menjalankan misi mengeluarkan kucing-kucing di sebuah pusat kurungan haiwan sekitar ibukota...Ini adalah minggu yang ke-26 berturut-turut misi ini dijalankan...Alhamdulillah, misi kali ini kami telah berjaya mengeluarkan 15 ekor kucing yang telah ditangkap...
Tetapi pada hari itu PH dikhabarkan oleh salah seorang staf pusat kurungan haiwan tersebut bahawa ada seorang individu telah menghantar 5 ekor anak kucing berserta dengan ibunya sekali...Hmmm tak sudah-sudah....Budak-budak comel ni terpaksa ditempatkan di dalam sangkar besi...
Nasib baik pada hari tu tak banyak kucing ditempatkan di dalam sangkar tersebut...Ibunya kelihatan mundar-mandir tidak berhenti kerana stress yang melampau...Lagi empat ekor anaknya asyik menyusui ibunya kerana lapar...
Masa PH dan Saudara Firdaus ( Uncle Angah ) menghampiri sangkar tersebut, anak kucing ini meronta-ronta nak keluar...Dipanjatnya sangkar tu semahu-mahunya...Kesian PH tengok...Sedih kami semua mendengar rintihannya...Staf pusat kurungan haiwan tu pun dah menggeleng kepala...Mereka pun tidak mahu perkara tu terjadi tetapi demi tugas, mereka terpaksa...Ini semua gara-gara pemilik kucing yang culas menjalankan tanggungjawab mereka...Tahu nak untung ajer...
Alhamdulillah, dapat juga kami keluarkan mereka anak beranak...Ibunya sangat cantik...Ayu gitu...Diam ajer bila PH angkat dia...Tetapi dia berada dalam keadaan yang terpinga-pinga...Mereka tidak tahu bagaimana perjalanan kehidupan mereka selepas ini....
Saudara Firdaus pun steady...Walaupun sibuk, beliau masih juga datang untuk menghadiri misi ini..."Bukan aper bang...Saya kesian tengok kucing-kucing ni...Tak pasal-pasal kena enjek mati nanti..." ujar beliau secara ringkas...Sesungguhnya komitmen yang berterusan amat dituntut di dalam melaksanakan misi seperti ini...Biarlah orang kata kami buat kerja bodoh asalkan kucing-kucing ini dapat diselamatkan dari dilupuskan...
Kini mereka semua berada di rumah PH...Tiada apa yang dapat membuatkan hati ini gembira selain dari melihat Mama Cat ini kekenyangan dan dapat tidur dengan lena....
Begitu juga dengan anak-anak yang pernah dikandungnya...Mereka telah mendapat hak untuk hidup semula...
Tetapi ada beberapa perkara yang PH masih tidak faham sehingga kini...Semakin kuat usaha PH untuk cuba mendidik masyarakat tentang menjaga kebajikan haiwan, semakin banyak pula mesej yang masuk ke dalam Facebook PH dan Kakimotong Fan Club dari individu yang ingin menyerahkan kucing kepada PH kerana sudah tidak larat nak bela...Entah bila perkara sebegini akan berakhir...Bukanlah nak marah, tapi entahlah...Bila disarankan untuk memandulkan kucing mereka, PH pula yang ditarbiahkan...
Kalau kes-kes kucing kemalangan atau sakit tu lainlah...Itu akan PH utamakan...PH tidak ada hak untuk memarahi orang lain...Cuma, PH minta agar fikir dan kenanglah jasa mereka kepada kita...Sia-sialah doa-doa kesejahteraan kepada kita dari mereka kalau mereka ni dibuang hanya kerana asyik beranak pinak atau membuang najis di merata tempat di dalam rumah...Ingatlah bahawa kucing ini adalah sejenis haiwan yang boleh dilatih...Jangan diturutkan rasa amarah...Setiap amarah yang berjaya kita hindari adalah satu ganjaran besar yang bakal kita terima...Berlapanglah dada di dalam menerima ujian ini...Jalan penyelesaian yang paling efektif ialah memandulkan mereka, ajar mereka 'toilet train' dan selalu berkomunikasi dengan mereka...Sesungguhnya masa itu adalah penyembuh...In Shaa Allah...Sama-sama kita cuba yer...
Nota PH :
Jangan lari dari masalah dan jangan meletakkan masalah yang kita cipta sendiri ke atas bahu orang lain...Ia adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab...Kalau kita pandai bela, kita kenalah pandai jaga...Biar kita yang kawal kucing, bukan kucing yang kawal kita...Malulah kalau kita mampu menyelesaikan masalah yang besar tetapi masalah kucing yang sebesar kuman pun tak mampu nak tangani...Gunalah akal sebaiknya, jangan diturutkan emosi...Cari jalan penyelesaian masalah, bukannya lari dari mencari jalan penyelesaian masalah...Sesungguhnya tiada masalah di dunia ini yang tidak dapat diselesaikan melainkan mati...
Slm PH, mesti ada awareness program utk memandulkan kucing ni. Kalo x org2 Malaysian ni tarbiah kita tanpa sebab. Sebal tgk kucing@anjing jalanan terbiar kat luar sana :(
ReplyDelete