Sesungguhnya Niat Itu Tidak Menghalalkan Cara

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah sekali lagi dapat kita bertemu di dalam blog picisan ini yang mana ianya merupakan sebahagian dari diari hidup PH yang juga merupakan wadah untuk kita semua bersama-sama menyemai sikap menyayangi haiwan...

Pada tanggal 2 May 2013, genaplah 25 minggu Team HERO telah berjaya membawa keluar kucing-kucing yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa tanpa gagal...Kucing-kucing ini ditangkap kerana pihak berkuasa telah menerima beberapa aduan dari orang awam dan juga ada di antaranya telah diserahkan sendiri oleh pemilik kucing kepada mereka dengan alasan dah tak sanggup nak bela...

Masa ketibaan PH pada hari itu, kebetulan ada seorang individu berbangsa Melayu dari Wangsa Maju telah menyerahkan 3 ekor anak kucing ke pusat kurungan haiwan ini dengan alasan 'sudah tidak larat nak jaga'...'Rugi' betul PH tak dapat berjumpa dengan individu tersebut....Anak-anak kucing yang dimaksudkan boleh dilihat di dalam gambar di bawah ini ( di dalam bulatan )...Anak kucing ini diserahkan TANPA IBUNYA dan PH dikhabarkan ibunya masih diperlukan untuk dikacukkan dengan kucing parsi jantan...Habis madu sepah pula yang dibuang...Ini semua gara-gara pembiak baka haram yang tamak dan tidak berperikemanusiaan...Orang-orang sebegini sememangnya tidak layak digelar pencinta haiwan kerana mereka lebih mementingkan wang dan nafsu dari nyawa kucing itu sendiri...Itu pada pendapat PH lah yer...PH dah rujuk pada seorang ustaz di Semenyih ni yang kebetulan terjumpa di sebuah restoran...Masa PH lepak minum dengan dia, PH ada memberitahunya tentang nasib 3 ekor anak kucing di dalam gambar ini...Ustaz tersebut kesal dengan apa yang berlaku dan berkata bahawa wang hasil dari jualan kucing yang tidak dijaga dengan baik serta tidak mengikut protokol sehingga menyebabkan kemudaratan kepada haiwan itu sendiri hukumnya adalah HARAM...PH sudah terlebih dahulu maklum tentang hukum tersebut tetapi PH cuma ingin mendapatkan kepastian yang lebih mendalam...


PH mengandaikan bahawa anak kucing yang diserahkan oleh pembiak baka haram ini mungkin tidak berkenan dengan baka yang telah terhasil dari induk...Bulunya separa kembang dan warna belangnya sangat unik...


Yang ni adalah adik beradiknya...Berwarna coklat kelabu yang sangat unik...Bulunya juga separa kembang...


Dan ini seekor lagi adik beradiknya...Terpijak dan tertindih dengan kucing-kucing dewasa yang lain...Mereka ditempatkan di dalam sangkar besi yang lusuh dan berkarat serta busuk baunya....Namun itu bukan penghalang bagi Team HERO untuk masuk ke dalam sangkar tersebut...Yang penting nyawa mereka WAJIB diselamatkan....


Setibanya di rumah, MH terus membersihkan tubuh mereka yang sangat kecil itu dengan air suam....Beginilah wajah suci mereka selepas dibersihkan...Apakah begini perangainya seorang pembiak baka haram yang barangkali mengakui dirinya seorang pencinta kucing...??? Membuang anak kucing apabila tidak berkenan di hati dengan sewenang-wenangnya...?? Hang tanggunglah dosa nanti bai...!!!



PH tak kisah kalau ada pihak yang mungkin terguris dengan kenyataan PH ni....PH dah lama bosan dengan perangai pembiak baka haram yang culas ni...


Bagi mereka yang mempunyai pentauliahan di dalam bab-bab sebegini, mereka sudah tentunya tahu apa yang wajib dilakukan untuk menjamin perkara-perkara buruk tidak akan berlaku di kemudian hari...PH yakin mereka yang bertauliah pasti tidak akan bersikap sebegini kerana segalanya dilakukan dengan protokol dan prosedur walaupun ianya mungkin sukar...PH rasa, sudah tiba masanya untuk pihak Jabatan Veterinar ( DVS ) mengeluarkan garis panduan...Bukannya apa, ini adalah untuk membendung gejala pembiak baka haram yang semakin berleluasa...Kesannya akan ditanggung oleh pembeli kerana kualiti baka yang dihasilkan sangat teruk...Maksud di dalam konteks ini ialah harga jualan tidak setaraf dengan nilai kualiti barang dagangan...Dah lah dapat baka teruk, lepas tu dibuang pula...Kat mana letaknya akal masa tu yer..?? Tapi teruk sangat ke kalau dapat rupa baka kucing parsi yang tak berapa nak parsi ni...?? Bagi PH anak kucing yang 3 ekor ni pun dah comel sangat...hmmm


Alhamdulillah, ada insan mulia telah sudi menjadi keluarga angkat buat si comel parsi yang tak berapa nak parsi ni....Team HERO mendoakan semoga pasangan suami isteri ini dilimpahi rahmat dan diperluaskan rezeki....


Nota PH :

Sungguhpun PH tidak 'berkenan' dengan sikap pembiak baka haram yang culas ni, namun hampir mustahil untuk PH menghalangnya...Kehendak dan naluri manusia sentiasa berbeza-beza...Ada yang suka kucing yang cantik sahaja dan ada yang tidak kisah nak bela kucing baka apa sekalipun...Mereka yang tidak tahu selok belok mengenai baka kucing cantik ni selalunya mudah tertipu dengan pembiak baka haram yang culas ini...

Tetapi ingatlah, setiap perbuatan kita pasti akan ada balasan dariNya...Sungguhpun tiada apa yang PH boleh lakukan, asalkan mereka menjaga kebajikan kucing itu sudah cukup baik bagi PH...PH tiada kudrat untuk menghalang...PH sangat sedih melihat kucing-kucing yang ditangkap dan dikurung menunggu masa untuk disuntik mati...Ada kucing baka Parsi yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana didapati berkeliaran tidak terjaga...Yang pembeli kucing ni pun satu hal juga...Dah beli mahal-mahal tapi lepas tu tak tahu nak jaga...

PH ingin berpesan kepada kalian semua agar KALAU BOLEH 'adopt'lah kucing-kucing jalanan yang banyak diselamatkan oleh para aktivis haiwan dan juga diselamatkan oleh kawan-kawan kita...Kitalah penyebab penambahan populasi kucing terbiar dan kita jugalah yang boleh mengawal jumlah kucing yang disuntik mati...

Niat itu tidak menghalalkan cara...PH rasa ayat ini sudah cukup buat pembiak baka haram CULAS yang terbaca entri ini...Sudah-sudahlah tu yer...Rezeki Allah Taala bagi kat dunia ni takkan habis...Banyak lagi punca lain yang boleh dijadikan rezeki...

Lagi gambar si comel ni di sini ( link )

Comments

  1. Stuju!! Hanya tau kaut keuntungn.

    ReplyDelete
  2. Ph..terbaikk....alhamdulillah ad lg manusia baik di dunia ni..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..kenapa la bersikap macam tu.. yang cantik ambil & jual..yang kurang cantik sikit ikut suka mana nak dibuang.. cuba kita anggap kan anak2 kecil yang dibuang oleh ibunya.. mcm mna perasaan? tak berperikemanusiaan langsung..

    PH, kat umah saya ada 16 ekor kucing.. nak kata semua parsi tak pun.. tapi saya syng mereka semua.. ada juga orang minta, tapi saya tak snggup nak bg.. kesian.. masa kecil mmng comel2, orng minta tapi rasa hati berat sngt nak bg.. sebab kita tahu mereka memerlukan ibunya..

    ReplyDelete
  4. wah comel.. kesian, kecik2 sudah dipisahkan dari ibunya, sedih..

    ReplyDelete
  5. Haris&AlongAngaAchikAchuJune 14, 2013 at 5:06 PM

    salam.. well said, manusia yg pentingkan diri dan nafsu memang camtu.. pendapat saya, sekiranya kita tak mampu nak bela kucing lebih dari 2 ekor (sepasang) cepat2lah spay kucing tu..bukannya kerana nak menghalang proses aktiviti seks kucing atau kebuntingannya TETAPI untuk mengelakkan kucing dari terus dianiaya oleh manusia sendiri.. kucingnya penat2 beranak, si tuan ambil hasilnya sedangkan si kucing yang lebih berhak menikmati hasil tersebut.. saya masih bersama dgn 4 ekor kucing saya yang dah berumur 5 tahun.. walaupun saya pernah 'kekeringan' wang apabila tibanya hujung bulan, masih ada lagi rezeki untuk kucing2 saya kerana saya percaya apabila kita berbuat baik dengan makhluk Allah, nescaya Allah akan limpahkan rezeki dan kurniaNya.. pada saya biarlah saya berhabis wang untuk kucing2 yang saya bela daripada saya membazirkan wang untuk menyeksa kucing2 ini tadi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular