Salam Terakhir Dari Si Manja Buat Semua

Sesudah Abam Iyo pergi, rasa macam dah takde air mata untuk dikeluarkan lagi...Dah banyak sangat kes-kes penderitaan si comel yang berlaku di depan mata PH sendiri...Bermacam-macam cara si comel telah pergi meninggalkan PH...Dan juga bermacam-macam penyakit yang mereka hidapi telah PH temui...Namun tidak semua PH ceritakannya di FB atau blog...Bukannya apa, jadi penulis blog ataupun pengendali page bukannya suatu perkara yang mudah...Lain yang kita ceritakan nanti lain pula yang ditafsirkan terutamanya si Keyboard Warrior...Biasanya laman-laman blog dan page di FB lah yang menjadi tempat untuk menunjukkan 'kejaguhan' mereka...Ada pula yang nak tunjukkan prihatin tapi tak kena tempat....Ada sahaja salah kita yang dicari, kan...???


Si Manja tiba-tiba menjadi monyok dan tak lalu makan...MH yang beritahu kepada PH khabar duka ini...Lepas PH belek-belek, badannya panas...PH cuba mencium bau mulutnya tetapi tiada bau busuk seperti Parvo...Perkara ini disedari pada lewat malam dua hari lepas ( 30 Januari 2015 )...Malam tu pulak tiada klinik haiwan yang buka...PH dan MH risau sangat keadaannya semakin teruk...Malam tu MH sempat beri dia minum air kelapa dan menyuapkan wetfood ke mulutnya ( force feed )..Alhamdulillah dia makan...Lepas tu dia tidur...

Pada keesokan harinya, keadaan Si Manja menjadi semakin teruk namun tiada cirit birit ataupun sebarang gejala akibat dari virus Parvo...Pagi itu PH nak bawa Si Manja ke klinik haiwan tetapi rasanya mungkin tidak sempat...Si Manja sudah mulai kekejangan dan sawan...PH syak Si Manja kena Jaundice...Telinga dan mukanya kelihatan kuning...

Di dalam kereta, Si Manja mula kekejangan dan sawan di atas ribaan MH...Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba MH...Masa tu PH sedang memandu menuju ke klinik haiwan terdekat...


Akhirnya, Si Manja kaku di pangkuan...Apa nak dikata lagi..? Kami berdua pasrah ajer...Nak menangis pun dah macam takde air mata nak keluar dah...Allah meminjamkan Si Manja kepada PH genap sebulan...PH menjumpainya di tepi jalan pada malam 2 Januari 2015...Tidak sangka Si Manja mempunyai ramai 'peminat'...


Setiap pagi sebelum PH pergi kerja PH akan cari dia untuk ditimang dan dicium...


Kalau PH online kat rumah, dia pun nak online sama...


Hobinya suka cium bau stokin PH...


Berikut pula adalah video keletah Si Manja sewaktu ada hayatnya...



Ada banyak lagi PH upload videonya yang mencuit hati di Fanpage Kakimotong...

PH update entri ini sebaik sahaja selesai mengebumikan jasad Si Manja...Rasa macam nak menangis tapi takde air mata yang keluar...Dah terlalu banyak air mata untuk ditangiskan untuk mereka...


Namun, pemergian Si Manja digantikan pula dengan kehadiran tiga ekor kucing jalanan yang sebaya dengan Si Manja...Yang hitam tu PH jumpa di Econsave Pekan Semenyih sementara yang selebihnya diselamatkan di flat Desa Mentari semalam...Masa tu PH pergi ke rumah mak mertua PH...


Selepas Si Manja mati di ribaan MH, muncul pula kucing yang sebaya dengannya...Lihatlah kain MH tu...Kain yang sama masa Si Manja terbaring di atasnya...Lihat semula gambar si atas...


Yang ini pula tompoknya lebih kurang sama macam Abam Iyo...


Lihat video :



Apa nak dikata lagi...?? Berakhir sudah kehidupan seekor makhluk yang mungkin bukan 'sesiapa' bagi seseorang...Namun kewujudan Si Manja semasa hayatnya banyak menghiburkan PH sekeluarga...Perginya tanpa pesan, namun sudah cukup untuk kita fahami betapa tingginya nilai sebuah kasih sayang terhadap seekor haiwan...

"The highest succesful in life is HAPPINESS..."


"Kepada Si Manja, ayah sangat berbahagia dengan kehadiran kamu...Kehadiran kamu dalam hidup ayah sangat bermakna buat kami sekeluarga...Ayah tidak akan lupakan 'jasa-jasa' kamu....Setiap hari ayah akan mengunjungi pusara kamu, iaitu di Cat Village..."

Sekian...Terima kasih kerana sudi membaca kisah Si Manja yang PH sayang...

Comments

  1. Apa yg PH lalui dh biasa juga saya lalui.Dh takde airmata nk menangis dh. Hanya gambar yg tinggal sebagai kenangan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular