KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Anak Anjing Terperangkap Di Longkang Rumah Papa Hero...

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Monday, September 6, 2010

Anak Anjing Terperangkap Di Longkang Rumah Papa Hero...

Posted by Papa Hero | Monday, September 6, 2010 | Category: , , , |

Pada 3 September lepas lebih kurang pada pukul 2.30 pagi, saya terdengar bunyi anak anjing melolong kat depan rumah...bising sangat sampai mengganggu suasana hening pagi....anjing tu melolong macam kena pukul...kemudian saya keluar ke halaman rumah untuk melihat apa yang berlaku...rupa-rupanya, ada seekor baby anjing telah terperangkap di dalam longkang depan rumah saya...punyalah panjang longkang kat deretan rumah saya tu, tapi kat depan rumah saya juga yang dia sangkut...




Pening juga saya..puas saya fikir macamana nak keluarkan puppy ni...dah la jauh terperosok dalam longkang...besi penutup longkang tu plak dah disimen, jadi tak boleh buka.....saya malas nak pergi ke longkang sebelah jiran....kalau tiba2 ada kereta peronda lalu apa plak saya nak jawab....
Jadi, saya buat macam ni....saya ambil satu beg plastik sampah yang besar...lepas tu saya masukkan makanan piskis kat dalam tu dengan harapan dia masuk kat dalam plastik tu...untuk membolehkan dia bergerak ke arah plastik tu, saya tabur kan piskis kat dalam longkang tu sebagai umpan...masalh lain plak timbul...dia makan sampai dia lupa yang dia dah terperangkap kat dalam longkang..menggerutup bunyinya..lepas tu siap berdiri kat dalam longkang tu nak mintak piskis lagi...masa tu mmg comel sangat muka ia...


Plan A tak jadi, saya tukar Plan B plak...ada satu lubang kecil kat longkang tu..memang muat2 badan puppy ni...saya umpan dia sampai ke situ dan tangkap belakang lehernya...plastik tadi tu saya gunakan sebagai sarung tangan...malas nak samak kat sini tak banyak tanah...masa saya cekak belakang leher puppy ni, dia diam jer...muka dia pandang ke depan tapi matanya melirik ke arah saya sampai nampak putih matanya...alahai comel sungguh....rasa macam nak bela jer...tapi, tak payah la kot....terfikir pula mana plak si ibu puppy ni...? alahai, mana plak aku nak letak si comel ni...?

MAAF, KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN...


Saya nak namakan dia Max..ala-ala nama anjing mat saleh....
Lepas saya keluarkan puppy ni, dia berlari-lari mencari ibunya..tapi lepas tu dia patah balik ke rumah saya...nak suruh aku bela la tu..tak boleh la sayang....



Lepas beberapa minit, barulah ibu Si Max ni datang mencium-cium anaknya...mungkin dah puas dia melilau mencari Max ni...dari sini dah nampak kasih sayang seekor anjing kepada anaknya...



Ibu anjing ni bertandang depan pagar rumah saya dengan anak-anaknya...ketika itu saya sedang memasuki ke dalam rumah semula...

dan ibu anjing ni seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada saya....he he he ...saya tersenyum tak sudah2 sebelum tidur...rasa puas dapat bantu haiwan...he he
p/s :
entri ni bukan untuk mendabik dada...cuma sekadar berkongsi betapa seronoknya dapat membantu haiwan...Anjing pun tahu nak mengucapkan terima kasih...

Ini gambar Cheetah, kucing mak mertua saya...Cheetah juga adalah kucing jalanan..

Gambar Penghias Untuk Entri Ini 
Ini gambar Jebat, kucing Cik Nerq Suzanna dari Rakan Facebook

Gambar penghias kucing-kucing ahli Kakimotong akan bersilih ganti dengan entri yang akan datang...
Enhanced by Zemanta

Comments
19 Comments

Currently have 19 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. yups
    rumah saya dulu pun ada
    kesian anjing tu
    mula2 kitaorang pelik sebab dengar bunyi menyalak
    dari malam membawa ke pagi
    rupa2 dalam longkang belakang rumah kitaorang
    bunyi menyalak macam jauh
    akhirnya dapat tolong juga

    anjing sebenarnya comel
    kalau kata boleh bela dah lama den bela

    P/S : Berkenaan Penarikan Balik Iklan Raya TV3

  2. die melolong2 panggil mak die,mak die pon pening mcm mana nak kuarkan die..
    tgh2 nak cr pertolongan, rupanya da d tolong..
    tu die terharu tu..

  3. pic yg mummy die tgk papa hero 2 mmg dpt rasa mummy die nak thanx kt papa hero..
    :)
    semoga Allah memberi kemudahan di dunia & akhirat untuk papa hero..
    bangga dpt kwn dgn papa hero..
    :)

  4. betul la papa hero, seronok sgt kan bila dpt bantu haiwan di saat dia memerlukan, walaupon bantuan tu tak seberapa tapi rasa puas sangat

    mmg comel puppy tu so adorable gerammm.....

  5. terharu cik Marie baca entry nie. mulia hati incik Heri.

    ibu anjing tu sangat2 berterima kasih tu sbb ade insan beragama Islam yg sanggup tolong. Allah itu maha Kaya.

  6. Tahniah PH, cumel sangat puppy tu, mcm aman masa kecik lah... :D

  7. Allah itu maha kaya moga lbih rmai lg org yg ada sifat mcm ni.tahniah papa hero~

  8. Anjing memang comel kan??
    Kalau boleh bela, dh lama dh bela.. harap2 org Melayu/Islam kt luar dapat ubah pandangan terhadap anjing.. jgn buat muka hina bila tgk anjing..Anjing pon makhluk ciptaan Allah..

  9. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee comelnya puppy a.k.a MAX tuuuuuuuu!! Cam nak ciumciummmmmm.

    Sayu je dengar dia melalak kat dalam longkang tuu. Huu. And comel gila dia makan friskies :D :D :D :D


    Yeah. Aku pun kalau dah settle selamatkan binatang, mesti rasa senang je. Tenang je hati ni.


    Beb, serious kau dapat banyak pahala sebab tolong anjing tu :) Insyallah.

  10. Alo... banyaknye Chika ketinggalan... Comel Si Max tu. Suara dia sedih betul. Nasib baik la PH ada... Mak SI Max tu mesti terharu sgt2. Tak pun dia nak mintak piskis tu skit... ~ngee~

    Dia tahu PH akan tolong Max. Sebab tu dia landing kat longkang PH kan? Semoga PH dan keluarga dirahmati dunia dan akhirat. Amin..

  11. Puppy memang sangat comel..dulu masa saya kecik2 penah bela anjing secara tak sengaja sebab kesian kat puppies tu. Anjing tu ada anak dalam 3 ekor..Masa tu area rumah yg saya tinggal ada rumah kosong dan anjing tu beranak kat dalam rumah kosong tu.

    satu hari tu ibu anjing tu tak balik2, puppies tu sume dah nangis kelaparan agaknye. Family saya pegi ke rumah kosong tu dan jumpa laa puppies 3 ekor.

    Ayah saya pegi kedai beli susu Nespray & botol susu. Kitaorang pun apa lagi amik puppies tu dan susukan dia..huhu masa tu mana laa tau halal haram, yg saya tau puppy tu gemuk, comel, bulat dan saya cuma nak peluk je sebab geram..hehe..

    Sampai sekarang pun saya suka tgk anjing sebab pada saya anjing tu haiwan yg comel selain kucing..Klu nampak anjing berlari2 kat tepi jln, otak saya mesti tertanya2 nak pegi mana laa agaknyer anjing ni, bukan apa takut dia kena langgar keta hmmm..

  12. kita pun penah kuarkan anak anjing yg jatuh longkang..lepas slmt kuar tu..bising mulut dia..mcm ucap tima kasih..:))

  13. baiknye... :)
    smoge dirahmati Allah SWT

  14. best nye cite ni!!!! baik nya ph!! smoga Allah memurahkn rezki~~~ hemm....:)

  15. say tringin sagt nk tolong anjing2 liar kat kawasan rmah saya ni..tap mama n papa say mcm x bag je....kesian meka.x de tuan...meka nie baik sbenarnya....bkan jahat pon..meka jad jahat sbab kite x nk jaga meka..n meka trus jad liar...setiap minggu past nmpak bangkai anjing di tepi jlan...ya Allah..aku x dpat tahan melihat nya...hem..saya trus nangis

  16. sy xska sstengah 'pengomen' youtube hero yg smakan dajal yg ptong kaki hero 2 dgn anjing o babi. 2 makhluk 2 xdop dosa, haram je.. dislike thap dewa.. xptut btol.. cma mmpu doakn, dajal yg ptong kaki hero 2 brubah.. tp stil, nk jgk dy rsa ap yg hero rsa.. manusia tp ati cam setan..

  17. kat umah pun ada seekor anak anjing sesat..sian dia..kitaorang bagi makan dan minum..tapi jiran2 tak suka..diorang selalu sakiti dia dengan baling batu dan sebagainya..lastnya kitaorang terpaksa telefon veterinar atas harapan dia boleh trjaga disitu..waktu dia bawa anak anjing tu pergi luluh rasa hati..saya sempat bagi anak anjing tu nama..chiko..kitaorang akan sentiasa merindui chiko..


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails