Bangkai Kucing Juga Yang Disalahkan...Patutkah...?

Kalau nak diceritakan mengenai kes-kes kemalangan jalan raya angkara haiwan, rata-rata semua orang akan mengganggap ini adalah perkara biasa...Nama pun kemalangan kan...? Siapa suruh kucing atau anjing tu melintas kan...? Akan tetapi, adilkah persepsi yang kita lontarkan itu bulat-bulat kepada haiwan yang dilanggar...? Pernahkah kita terfikir bahawa ini adalah bukan perkara biasa...? Memanglah, sebab kejadian tu belum menimpa keluarga kita....Sebab mulut memang mudah untuk berkata-kata...Lidah pun tak bertulang...Lepas tu, cerita sebegini hanyut begitu sahaja tanpa ada tindakan susulan...

Berdasarkan tajuk dan ayat muka depan akhbar ini, adakah patut haiwan yang dipersalahkan...? Mungkin pihak pengarang tidak bermaksud begitu, tetapi ini mengundang kekeliruan dan persepsi negatif yang timbul dari golongan pembaca terhadap kucing yang tak bernyawa ini....Bagi PH, tajuk akhbar ini boleh diganti dengan tajuk "Maut Akibat Mengelak Bangkai Kucing" ataupun gunakan perkataan "Gara-gara"...PH pun takdelah pandai sangat sebab tak pernah pun mengarang untuk akhbar, tapi kalau ikut logik akal itulah yang sepatutnya...hmmm...Kadang-kadang, teknik-teknik 'hang' yang biasa digunakan oleh media-media cetak boleh menyebabkan kekeliruan yang agak kronik...

Photobucket

Bila diguna ayat 'Gara-gara', tajuknya dah tak menjadi berat sebelah...Kan enak dibaca...Memang tidak dinafikan kesemuanya ini adalah takdir, tetapi sebenarnya takdir itu manusia itu sendiri yang pilih...Ilmu ini PH perolehi dari seorang rakan yang telah pun melepasi separuh abad umurnya...Nak miskin atau nak kaya...? Nak susah atau nak senang...? Nak hidup ke nak mati...? Nak pandu laju atau pandu perlahan...? Kalau kita dah tahu kelajuan itu boleh membunuh, kenapa kita masih memandu laju lagi...? Bukankah kita sendiri yang pilih takdir kita...? Selain dari pilihan takdir di tangan manusia itu sendiri, selebihnya adalah di atas keizinan dari Allah SWT...Mengenai kemalangan yang tidak disengajakan dan menyebabkan kematian, ianya tetap ada punca, betul tak...? Jadi, jangan sekali-kali terlalu ringan melemparkan tuduhan atau prasangka seolah-olah kita amat mengenali perangai si mati ( walhal tak pernah kenal pun ) apatah lagi bangkai kucing...

Photobucket

PH ada maklumkan pada entri yang lepas ( KLIK SINI ), senario ini adalah salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya lebih-lebih lagi kepada penunggang motorsikal...Di dalam kes seperti di dalam akhbar ini, pemandu pacuan 4 roda terbabit cuba mengelak dari menggilis bangkai kucing akan tetapi lain pula yang jadinya..Ini sama juga dengan kes kenderaan yang cuba mengelak lubang...Dah ada kematian baru nak bertindak....Inilah sikap yang terlalu dibiasakan di Malaysia...Kalau makin banyak haiwan-haiwan jalanan itu wujud, kebarangkalian peningkatan kes-kes kemalangan jalan raya akan semakin meningkat...

Photobucket

Manusia memang begitu..dah lah salah, tak pernah nak mengaku bersalah...Cuba buka pekung diri sendiri dulu sebelum membuka pekung makhluk lain...Dah terang lagi bersuluh...Di Semenyih, Kalau satu premis memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anjing yang tiada lesen...kalau ada 100 premis dah berapa ekor agak-agaknya...? Agak-agak kalau dalam Malaysia ni dah berapa juta duit saman kerana membela anjing tanpa lesen boleh dikutip...? Kalau saman ekor laju jer kutip...Itu belum dicampur dengan jumlah anak-anak anjing yang baru dilahirkan...Jumlahnya akan berganda-ganda lagi....Kesemua gambar di bawah ni PH ambil sendiri ketika nak pergi ke tempat kerja...Inilah senario yang PH lihat setiap hari...Anjing-anjing ini menunggu masa untuk menjadi bangkai di tengah-tengah jalan dan bakal menyebabkan kematian pengguna jalan raya...

Photobucket

Kalaulah anjing atau kucing liar banyak di tepi jalan raya, bukankah ianya amat berbahaya...? Kenapa tidak diteliti perkara ini sehingga ke akar umbi...? Kalau pemilik anjing ini mempunyai lesen, apakah ada undang-undang membenarkan mereka membebaskan anjing ini begitu sahaja...?

Photobucket

Lihat sendiri gambar di bawah ini...Anjing bersepah-sepah...Macamanalah orang Melayu tak merungut...Pertama sekali, anjing ini memang najis berat...Keduanya, kalau tiba-tiba mental anjing ini tak seimbang, bukankah ianya boleh membahayakan orang awam...? Kenapa tiada tindakan di dalam hal ini...? Bila ada orang mati kena 'baham anjing', anjing juga yang disalahkan...Cetek akal betul...

Photobucket

Kita semua kini berada di zaman Millenium...Yang sudah tu, sudahlah...Janganlah memimpin rakyat dengan cara 'Old School'...Dah tak relevan dah....Kalau fesyen pakaian tu lain cerita, masih retro hingga sekarang...Berdasarkan gambar di bawah ini, PH pun tak tahu samada anjing ini bertuan ataupun tidak...Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya sekiranya berlaku kemalangan....? Takkan nak salahkan anjing lagi....? Tu lah, dah lah bersalah, tak pernah mengaku bersalah....

Photobucket

PH pun tak tahulah apa nak jadi dengan negara kita ni....Banyak perkara sensitif dibiarkan begitu sahaja...Dah ada lubang nak buat duit untuk peruntukan dana haiwan pun tak nampak....Nak tunggu orang mati, baru nak bertindak...Nak tunggu orang repot baru terhegeh-hegeh nak jalankan tugas...Kalau PH kata lembab kang marah plak...Adeehhhh...Kalau beginilah sikap si polan polan ni, sampai kiamat pun tak akan selesai....

P/S :
PH ucapkan takziah kepada keluarga mangsa...Tempat kejadian tak jauh pun dari rumah PH ni....
Harus diingat bahawa haiwan-haiwan jalanan yang mati di jalan raya tidak turun dari langit...Siapakah yang harus mengambil tanggungjawab mengenai haiwan terbiar ini selain dari hanya mengambil tahu untuk menangkap dan membunuhnya sahaja...?

Comments

  1. macam kenal jer jalan ni..hehe mghala ke kajang ea? memang banyak anjing area semenyih..saya belaja r kat kolej profesional mara beranang pown ader banyak anjing...ader seekor kalau abang nak taw..kucing ni berkudis, sakit..kurus..cian sgt..merayau kat kolej saya..dia tak pernah kacau kami..last2 apa jadi? kena bunuh dek indon tu...anjing lain yg garang n ganas, tapi anjing lain plak kena bunuh kejam...ditanam hidup2! dah la tanam dalam keadaan yg cedera parah! kejam2 sgt2 :(

    ReplyDelete
  2. malaysia masih mundur.. mundur di sini ialah mundur cara pemikiran dan sikap keprihatinan terhadap haiwan-haiwan (peliharaan) terbiar.

    kalau saya PM, saya akan pupuk rakyat saya menyanyangi haiwan peliharaan dan mengadakan kempen satu rumah seekor haiwan peliharaan... (kucing utk muslim & anjing utk non-muslim, cthnya kan?)

    kalo kempen celik IT satu rumah satu komputer telah berjaya dilakukan , kenapa kempen kesedaran sivik seperti ini tidak pernah diambil berat dan dipandang enteng?

    kalo kempen berkongsi kereta bukan main nak bising kat tv, kenapa kempen berkongsi kasih sayang sesama makhluk spt kucing & anjing tak pernah difikirkan utk diwar-warkan?

    bukankah sikap prihatin terhadap makhluk lain selain manusia juga merupakan sikap terpuji dan mampu mendidik sifat kasih dan sayang sesama makhluk bumi?

    huh! geram jer bila pk-pk! (-_-)

    ReplyDelete
  3. pengarang tu masih perlu belajar..ada pulak salahkan bangkai kucing,kemalangan itu berlaku..ceteknye pikiran die..semua itu telah tersurat..Allah shj yang tahu...

    boikot pengarang yang mengarut..

    ReplyDelete
  4. sabor je lah dgn Mesia skrang.. duit lebih2 bnyk ke arah lain yg kureng penting...

    oops sorry tetibe masuk topik lain. :)

    tu la manusia ni diberi akal utk berpikir... haiwan mana ada akal.. tp kesian slalu dipersalahkan..

    hai manusia manusia... marilah kiter mendoakan semoga manusia2 ini diberi hidayah dan kesedaran. amin.

    ReplyDelete
  5. manusia berotak tapi tak beakal...itulah saja yg boleh diberikan kepada mereka ini...macam kes buang bayi...berakalkah mereka? kucing kalau kita usik anaknya pasti mereka akan mengerang seolah-olah tidak mahu anaknya di jauhkan daripada ibunya...berakalkah mereka? fikir2kanlah.

    ReplyDelete
  6. Setuju ngan reyza.manusia berakal tapi x reti nak gunakan akal.suka salahkan binatang.nak maki orng pun gunakan nama binatang cam 'B**I betol' apala salahnya binatang tu

    ReplyDelete
  7. Tak ada binatang yang bodoh..Yang bodoh itu manusia sendiri..Binatang tak dikurniakan akal..Sedih betul fikirkan nasib haiwan2 yang aku sayang dikerjakan manusia tak berotak..Memang manusia sekarang ramai yang bebal.Maaf terkasar bahasa tapi masalahnya memang betul..Semua angkuh tak nak ngaku kesalahan sendiri

    ReplyDelete
  8. tolong... ada kucing kna langgar... kucing tu bernyawa lg... mcm mna ni... sedih tgk dia...

    ReplyDelete
  9. I know this if off topic but I'm looking into starting my own weblog and was curious what all is needed to get set up? I'm
    assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?
    I'm not very internet savvy so I'm not 100% certain.
    Any tips or advice would be greatly appreciated.
    Kudos

    my website; Louis Vuitton Handbags

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular