Azam PH di Usia Baru Ini....

Alhamdulillah...terima kasih di atas segala doa-doa anda kepada PH sekeluarga...Bagi PH, tiada apa yang dapat membahagiakan hidup melainkan mendapat keberkatan dan doa-doa serta restu dari keluarga dan rakan-rakan...Di dunia yang serba mencabar ini, hanya yang kuat akan menang.....dan yang kalah akan terus menuju kemiskinan dan kekufuran....Namun begitu, kemiskinan adalah untuk kita atasi, bukannya untuk kita tangisi....

 

Antara sedar dan tak sedar, ramai antara kita tak perasan bahawa kita semua adalah insan yang kuat....Kalau tak kuat pun, kita dikelilingi oleh orang-orang yang mengambil berat dan menyokong kita dari belakang..Kalau tiada orang yang menyokong kita dari belakang, cubalah kita renung-renungkan pada diri kita...Apa dosa yang kita telah lakukan kepada orang lain sehingga rakan-rakan menjauhkan diri...? Di saat seseorang dilambung puji-pujian dari teman-teman, mereka hanya berduka dan suram...Mesti ada sesuatu yang mereka telah lakukan sehingga melukakan hati orang lain pada suatu ketika dahulu....


Bagi PH, setiap orang berhak menikmati penghargaan dari orang lain....Jauhilah dari sifat iri hati serta jauhi dari berfikiran negatif...Orang yang berfikiran negatif memang tidak akan sebulu dengan orang yang berfikiran positif...Kalau ternampak api, jangan pula kita siram dengan minyak api, tapi sebaliknya siramkanlah api tersebut dengan air...Ruang internet ni tampak luas, tetapi bagi PH ianya kecil sangat-sangat...Gunakannya sebagai platform untuk meningkatkan ideologi kita di samping meningkatkan penjalinan ukhwah...

Di usia yang semakin tua ini, PH juga dah sedar bahawa banyak lagi perkara-perkara yang perlu PH fokus untuk bangkit....Banyak lagi impian-impian PH yang masih belum tercapai...Kali ini, PH benar-benar tekad dan PH telah pun menukarkannya kepada bentuk tindakan...PH tak mahu lagi berkata "Azam aku pada tahun ini ialah menunaikan azam tahun lepas..."...PH sedar bahawa kita juga berhak menjadi kaya, dan PH berazam untuk menuju ke arah itu..Janganlah kita takut untuk jadi kaya sedangkan kita belum pun pernah kaya...Gunakanlah kekayaan kita itu nanti untuk manfaat orang-orang miskin dan haiwan yang amat memerlukan...Insyaallah, takkan ada kes-kes anak orang kaya kena culik, orang kaya kena rompak dan sebagainya kerana kita sentiasa dilindungi rahmatNya...

Pesan PH kepada semua, hidup kita semakin hari semakin terhimpit...cari dan rebut segala peluang yang ada....jangan biarkan masa itu berlalu dengan sia-sia....Berusahalah, biar lambat tak mengapa asalkan ada sesuatu yang kita lakukan untuk mengubah taraf hidup...Allah pasti memberikan ganjarannya....Semoga kita sama-sama berjaya dan sama-sama kaya...Jangan kisah dan takut kalau ada orang kata kita ni mata duitan dan sebagainya kerana kalau kita susah, bukan mereka yang bantu kita pun...Kata orang, kalau kita sakit, duit dah tak bernilai...Itu memang PH akui ada benarnya...Tetapi harus diingat...Kalau kita tak ada duit semasa kita sihat, keadaan boleh menjadi lebih dahsyat dari mati....
Jatuh adalah perkara biasa, tetapi bangkit dari jatuh adalah perkara yang luar biasa....

P/S :
Mesti ada sebab kenapa orang kaya yang kena rompak....Persoalannya, adakah mereka manfaatkan harta mereka ke jalan yang benar...? Wallahualam..

Orang berfikiran negatif hidupnya akan sentiasa dirundung ketakutan dan banyak alasan...Hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila...Nak berjaya, ikut cakap orang berjaya...Nak gagal, ikut cakap orang yang gagal....
"Orang yang banyak alasan sebenarnya sedang membunuh diri" ~ Mahatma Gandhi

Selamat Hari jadi juga kepada rakan-rakan Facebook PH iaitu Ainuddin Hata, Rosa Hamzah, Sari Galeri dan Sarimah Jeffrey

Kepada anda yang wish PH hari ini, terima kasih banyak-banyak PH ucapkan...Ini entri harijadi PH pada tahun lepas... :) ( KLIK SINI ) 

Semoga entri ini dapat membangkitkan aura kita untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang semakin hebat akhir-akhir ini...

Enhanced by Zemanta

Comments

Post a Comment

Entri Popular