KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Malaysian Open Shuffle Championship 2011 - Apa Kena-Mengena Dengan Lambang Salib Ni...?

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Monday, June 6, 2011

Malaysian Open Shuffle Championship 2011 - Apa Kena-Mengena Dengan Lambang Salib Ni...?

Posted by Papa Hero | Monday, June 6, 2011 | Category: , , |

Tengah hari tadi ketika sedang minum petang bersama rakan-rakan sepejabat, seperti biasa PH membelek-belek sebuah akhbar tempatan...PH tak berapa suka nak baca berita di dalamnya secara serius kerana banyak sangat berita-berita negatif....PH tak nak merosakkan fikiran secara FREE....Apa yang membuatkan PH terpanggil untuk membuat entri ini ialah mengenai gambar iklan seperti yang ditunjukkan di bawah ini...Ianya mengenai Malaysian Open Shuffle Championship 2011...hmmm..PH bukanlah nak menyibuk perihal orang-orang muda di zaman sekarang ni...Tapi, PH tak mahu anak-anak bangsa lalai dan leka...Bagi PH, perkara sebegini tak banyak membantu pembentukan rohani anak-anak muda yang sudah sedia maklum akan keruntuhan nilai moral kebanyakkannya....Tetapi, tak mengapalah...Alam remaja hanya sekali, betul tak...? Asalkan tak melanggar batas sudah ler...Tetapi, apa yang menarik perhatian mengenai iklan ini ialah gambar mahkota yang ditunjukkan...Sudah terang lagi bersuluh....Terdapat simbol salib di atasnya...Jika dilihat sekali imbas memang tak perasan langsung...

Photobucket

Bila PH fokus dan Zoom, ternyata memang jelas kelihatan simbol mahkota bersalib ini maksudnya ialah memuliakan atau meletakkan salib di darjat yang tertinggi...Subhanallah....

Photobucket

Ini dah Zoom habis dah...Kalau tak nampak juga, tu maknanya dah boleh bawak berjumpa Tok Batin dah tu...Apa relevannya lambang ini dimasukkan ke dalam iklan pesta shuffle ni...? Siapakah penganjurnya...?

Photobucket

P/S :
Kepada anak-anak muda, PH sarankan supaya jangan terlalu terpengaruh dan taksub akan budaya barat...Sudah-sudahlah tu bro...Lebih baik fokus bagaimana untuk merancang kehidupan yang semakin sengit ni...Jangan bersubahat dengan benda-benda yang dah terang-terang kemaksiatannya...Jadi, berhati-hati dalam memilih kawan...Berdirinya kita di sini hanyalah kerana dua perkara iaitu buku-buku yang kita baca dan kawan-kawan yang kita jumpa....Kalau kita kawan dengan mat rempit, kita jadi sempit...Kalu kita kawan dengan Al-Hafiz, kita akan menjadi pentahfiz Quran...Kalau kita kawan dengan orang baik, kita akan jadi baik...Kalau kita kawan dengan Siti Nurhaliza, kita pun akan jadi macam dia...Tersohor dan masyhur...Kalau adik-adik cerdik, nak pilih yang mana...?
Bukan tak boleh nak bersosial langsung, tetapi cuma 
HATI-HATI....
Steady kay.. :)

Comments
2 Comments

Currently have 2 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. bentuk mahkota begini mmg sudah lama wujud di negara barat, esp di Eropah di mana negara2 tersebut mempunyai kerabat diraja atau pemerintah yg beragama kristian (search di google images guna keyword: Queen Elizabeth's Crown). bukanlah bermaksud untuk meletakan salib di darjat yg tertinggi seperti yg PH katakan. (Kat buah chess tuk 'King' juga terdapat salib). Kalau PH perasan dalam images tu, gambar mahkota QEII hampir sama dgn lambang mahkota yg ada dalam iklan tu...mungkin si tukang buat iklan tu main copy paste je mana2 dia jumpa...

    gambar mahkota tu digunakan bagi pemenang pertandingan tersebut sebagai 'king of shuffle' kot?

    just my 2 cents.

  2. Pendapat yang baik tu...

    apa yg PH maksudkan di sini ialah khusus bagi orang Islam sahaja...Simbol salib mmg sensitif...PH pernah terbaca satu artikel, maksud salib yg diletakkan di atas mahkota ialah seseorang itu bernaung di bawah salib ( agama Kristian ) atau bersifat ingin memuliakan agama Kristian oleh Raja-raja Inggeris...

    Gambar mahkota tersebut mungkin lebih enak dipandang jika tiada salib supaya tiada orang memandang serong terhadap aktiviti yg dijalankan...

    apa2pun, tq kerana menyuarakan pendapat... :)


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails