Terima Kasih Atas Kunjungan Cik Salhah dan Adik Salehudin

Seperti yang dijanjikan, semalam adalah hari terakhir PH bersama Rangga....Memang niat PH ambil Rangga untuk diadopsikan kepada orang....Daripada dia terbiar jer kat tepi jalan tu, baik PH bela dia buat sementara...Segala-galanya bermula di sini ( KLIK SINI )...

Malam sebelum Cik Salhah nak datang ke rumah, PH dah siap bermain-main dengan Rangga buat kali terakhir...Dia nampak ceria jer...Kalau nak diikutkan, Si Rangga ni dah PH serahkan pada Cik Salhah pada minggu lepas, tetapi Si Rangga ni sakit pulak...ada bisul kat kedua belah telinganya...Terpakslah ditangguhkan dulu temujanji dengan Cik Salhah...Cerita penuhnya di sini ( KLIK SINI )

Photobucket

Lebih kurang pukul 3 petang semalam, Rumah PH dikunjungi Cik Salhah dan adik lelakinya, Adik Salehudin ( maaf yer kalau tersilap eja nama )...

Photobucket

Untuk kunjungan kali ini, Si Bourne telah menjadi penyeri...hehehe....Lawak betul dia tu...Cerita mengenai asal-usul Si Bourne ni ada di sini ( KLIK SINI )

Photobucket

Ketika itu, Iyo menjauhkan diri...Diam jer kat tepi pintu lungsur kaca tu.....

Photobucket

Sekali-sekala terbelalak biji matanya melihat kucing lain terlompat sana-sini ( Si Blacky dan Rangga )...Dia nak join la tu, tapi takpelah kot kata Iyo...

Photobucket

Dah lama sikit baru Iyo nak datang dekat pada tetamu yang hadir....Diam jer bila diurut-urut kepalanya...

Photobucket

Adik Salehudin bermain dengan Rangga....

Photobucket

Habis selipar adik Salehudin digigitnya...memang, budak ni suka gigit selipar...Lebih-lebih lagi kalau selipar tu ada bau kucing lain...

Photobucket


P/S :
Kerana haiwan kita bersama di sini...

Comments

  1. ekekek...gelas PH tu macam gelas kat rOmah laa...ehehehe..^^'

    ReplyDelete
  2. eiii rindu tengok muka iyo...tomeiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular