Mereka Yang Mewarnai Kehidupan Kita..Ramai Yang Terlepas Pandang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...Dekat seminggu juga PH tak kemaskini blog ni...Macam-macam perkara yang berlaku...Si kembar demam, begitu juga dengan ibunya....PH pun baru la ni sembuh dari demam tapi masih batuk lagi...Doktor pesan supaya hadkan aktiviti di luar rumah kerana cuaca panas sekarang amat berbahaya untuk kesihatan...Indeks pencemaran udara juga telah meningkat....Jadi, perbanyakkan minum air mineral ataupun air seratus peratus ( alaa, air yang orang kena denggi selalu minum tu...)...Pesanan yang baik dari doktor elok dipanjang-panjangkan....

Photobucket

Al-kisah kali ini menampilkan beberapa watak utama yang biasa ditrampilkan dalam blog kakimotong ni iaitu Hero ( a.k.a Iyo), Blacky, Bourne ( a.k.a Bon-Bon ) dan Raka...Kucing-kucing kat rumah PH tak banyak macam dulu...Simba, Malsea dan Torress telah dipelihara oleh Cik Ayumi ( KLIK SINI ) ...Si Rangga pun telah dipelihara oleh Cik Salhah ( KLIK SINI )...Alhamdulillah....Daripada seekor kucing jalanan kini telah menjadi kesayangan seseorang...Itulah yang PH harapkan dan yang mampu PH lakukan...Pak Tam pun dah lama menghilangkan diri...Mula-mula duduk 'menyewa' kat sebuah rumah kosong selang 3 deret rumah PH, tapi sekarang tak tahulah ke mana dia pergi...Tapi, tak mengapalah...Pak Tam pun dah besar panjang...Itulah dugaan yang harus ditempuh...

Si Blacky ni pun sekarang sudah pandai bermesra dengan Iyo..Itupun sejak ketiadaan Arwah Si Comel ( KLIK SINI )...Setelah meneliti beberapa kali entri pemergian Si Comel ni, baru PH perasan...mungkin tindakan Si Blacky mencium kepala dan menjilat telinga Si Comel ketika nazak adalah untuk menyampaikan signal kepada Si Comel bahawa dia akan menjaga Abg Hero selepas ketiadaan Si Comel nanti....Iyo pun dah tak murung lagi....

Photobucket

Tidur adalah saat yang paling berharga buat seseekor kucing jalanan...Bukan senang nak dapatkan tidur yang lena di luar sana...hanya kita yang tak pernah terfikir keadaan mereka...Asyik sibuk perihal duniawi...Rasa puas tidak dapat digambarkan apabila melihat kucing jalanan yang berkelana di luar sana dapat tidur dengan nyenyak di atas tilam yang empuk...

Photobucket

Kadang-kadang, kita berasa pelik melihat perangai kucing...Tapi bagi kucing, perkara sebegini adalah perkara biasa....Mereka ni memang 'playfool' dan lincah dalam segala pergerakan...Bumbung rumah PH ni memang dah jadi 'port' lepak Si Bon-Bon ni...tapi masalahnya bila dah terjun ke bumbung tak pandai nak naik balik...Bila diumpan Piskis barulah dia jumpa jalan masuk ke rumah....

Photobucket

Nak pilih tempat tidur pun cerewet...Biar je lah...yang penting kita dapat beri perlindungan kepada mereka walaupun mereka ni binatang...Tapi tak salah kan...? Ada orang kata "Eleh..., dengan binatang pun nak poyo..."...hmmm....Kami tak pernah halang perjalanan hidup kau, kau jangan nak menghalang perjalanan hidup kami...,, kay...!!! Ada masalah ke...?"

Photobucket

Kadang-kadang Iyo berdiri dan PH terkejut juga...Kat mana plak kepala mamat nih....?

Photobucket

Owh...!!! Ni dia...Ingatkan kat mana kepala dia tadi...hehehehe..Si Bourne diam-diam ubi berisi....nampak jer diam, tapi bila diajak main, orang sawan babi pun kalah...

Photobucket

Kadang-kadang kita nak gelak pun tak larat dah....Tapi nak gelak jugak....Itulah pendamai hati yang kedua yang kita ada selain dari famili....Mereka memang terapi psikologi...Boleh menceriakan dan mewarnai kehidupan kita...Alangkah ruginya mereka yang tidak menyukai haiwan....Hidup dipenuhi prasangka negatif terhadap haiwan dan cepat tua....Nampak kucing jer dahi berkerut....Lainlah macam si pencinta haiwan ini...Nampak jer kucing, tersenyum sampai ke telinga....Awet muda la tu...

Photobucket

Yang seronoknya mengenai anak-anak bulus ni, makin dilayan makin menjadi-jadi perangainya....adehhhh...


Kadang-kadang, haiwan-haiwan yang duduk diam tu bak kata orang ada yang berzikir menyebut-nyebut kebesaran Ilahi...

Photobucket


Haiwan juga ada perasaan...Kita sebagai manusia perlu mengambil tahu juga apa yang tersirat di hati mereka...Barulah jatidiri kita ada kualiti...


Photobucket
Mereka inilah penyeri dan mewarnai hidup PH...termasuklah anda yang selalu melawat blog dan page Facebook Kakimotong....Sebenarnya, andalah penguat semangat PH untuk terus berblog walaupun banyak rintangan yang PH hadapi....Dah tak larat dah rasanya...

Photobucket


P/S :
Terima kasih di atas sokongan anda semua :)


Photobucket


Comments

  1. teruskan berbloging PH...sye sentiasa sokong...yg berkenaan list blog yg kne hack tu...saya ade buat entry psl tu smlm...tp tak lame sye delete...sbb takut si hacker tu dpt detect...ade org cakap bnde tu tak betul...sbb dlm list tu beratus2...nati sye cuba cri link tu..kalau dpt sye bg...tak sure la blog ni tersenarai ke tak...tp lgkah berhati2...boleh je kalau nk tukar paswod kn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular