Di Antara Sutra dan Bulan PH Menulis.....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga PH menghadap laptop ni untuk update blog yang agak lama ditinggalkan....Terima kasih kepada anda yang masih ingin menatap blog PH ni...Baru-baru ni PH ada meninjau statistik pengunjung blog KAKIMOTONG ni di dalam Nuffnang....Blog PH dikunjungi oleh 10,000 pengunjung setiap minggu ( secara purata ) dengan 200,000 paparan laman yang telah dibaca....Masyaallah  banyaknya....Itupun boleh dikategorikan sebagai rezeki yang tak disangka-sangka...Tiba-tiba teringat pula pada saat mula-mula PH membuka blog KAKIMOTONG ni...Di saat PH amat sibuk dengan tugas, pasti PH akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk update blog...Masa mula-mula memang berat betul...Susah rasanya nak tulis blog ni...Tapi bila melihat blog-blog yang telah berjaya, PH terpanggil pula untuk meniru kejayaan mereka...Pesan Donald Trump, jangan belajar dari kegagalan orang lain, sebaliknya belajarlah dari kejayaan orang lain...Kalau nak belajar dari kesilapan, belajarlah kesilapan diri sendiri...Huh..!!! Mendalam betul kata-kata orang yang dah sukses ni....



Di sebalik kesayuan yang melanda hidup kita, sudah pastinya akan ada sinar yang akan menerjah kita di akhir nanti...Lambat atau cepat, ianya adalah bergantung kepada diri kita...Kalau tiada kesusahan yang melanda, maka kita akan menjadi alpa dan leka dengan keseronokan duniawi yang bersifat sementara ini....Carilah platform yang boleh membantu menaikkan taraf hidup dan keluar dari kepompong kesusahan insani....Angan-angan tidak akan menjadi nyata sekiranya tiada tindakan yang agresif dari kita...Oleh itu, janganlah bersedih lagi....Kesedihan yang berpanjangan tidak akan membantu menyelesaikan masalah kita...Kita semua dilahirkan kuat....Cuma keadaan persekitaran kita membesar yang mempengaruhi minda kita...



Kena selalu ingat, kalau kita susah ada orang lain yang lebih susah dari kita...PH amat bersimpati akan nasib-nasib mereka yang daif....Lihat sahaja di dada-dada akhbar, hampir setiap hari ada orang yang sedang dalam kesusahan meminta bantuan kilat....Mungkin mudah bagi sesetengah orang yang mencebik, namun adakah kita pernah terfikir bagaimana pula kalau kita berada di tempat mereka...? Allah menggerakkan wartawan membuat liputan media bagi orang-orang sebegini adalah untuk apa...? Tujuannya adalah bukan setakat kita bersimpati tetapi ianya adalah sebagai peringatan untuk kita semua...Jangan sentiasa berasa selesa dengan apa yang kita ada...Kita semua boleh mengubah nasib kita sendiri....



Jalinan ukhwah sesama insani adalah salah satu kunci untuk mendapat kejayaan...Tanpanya, tak mungkin kita akan berjaya dalam hidup...Formula kejayaan yang paling berkesan ialah S.M.P ( See More People )...Kalau kita asyik jumpa orang yang sama setiap hari, maka kita akan jadi sama seperti yang 5 tahun lepas...Tiada peningkatan yang boleh dibanggakan barangkali....Kalau kita buat benda yang sama, kita juga akan dapat benda yang sama setiap hari...hmmmm


Setiap di antara kita memikliki darjat...Sejak azali lagi darjat kita adalah yang tertinggi di sisiNya...Kita adalah khalifah yang menakluki Bumi ini, bukannya Transformers...hehehehe....Semenjak kecil kita dididik untuk menyayangi sesama manusia dan haiwan...Cukup malang bagi ibubapa yang tidak mendidik anak-anak mereka supaya sayangkan haiwan....Rendah atau tinggi darjat seseorang itu tiada siapa yang boleh menilainya kecuali Allah SWT...Rasulullah sendiri tidak pernah sekalipun meninggi diri walhal Baginda adalah manusia yang paling agung di muka bumi ini...Kalaulah kita mendengar sesuatu hujah yang menceritakan perihal darjat atau maruah seseorang, itulah saatnya yang menguji kebijaksanaan seseorang....Zaman Rasulullah dulu kalau ada orang yang merendah-rendahkan darjat orang lain, maka akan keluar bau busuk seperti bangkai dari mulut si pencerita...Akan tetapi, Rasulullah terlebih dahulu memaklumkan bahawa bau busuk tersebut akan hilang kerana caca merba dan cerita-cerita buruk sudah menjadi makanan harian umat akhir zamannya...Umat akhir zaman akan bergelumang dengan najis fitnah dan dosa...


Usah kita mendabik dada kalau kita berada di atas....Tak salah apabila kita berada di atas, sekali-sekala kita lihat orang-orang kita di bawah....Ramai orang tahu pepatah "hidup ibarat roda"...Sekali kita berada di bawah, muka kita akan calar balar sebab bergeser dengan jalan raya...Waktu itu, tiada siapa yang akan membantu kita lagi selain dari ahli keluarga...Kawan-kawan ketika bergembira akan lari...Janganlah hairan dengan rakan-rakan alam maya yang lari dari kita...Bagi PH, kehadiran rakan-rakan alam maya ini cukup membahagiakan...Ada yang kekal bersama kita ketika susah dan senang, dan ada juga yang datang dan pergi begitu sahaja...Dan kemudian seterusnya datang lagi kawan yang baru menceriakan suasana...Andaikata kita pernah bersahabat dengan seseorang sejak kecil sehingga dewasa, usahlah sedih jika mereka tiba-tiba meninggalkan kita...Walaupun telah bersahabat lama, perhubungan itu sebenarnya ianya adalah ibarat sehelai rambut cuma....Bila-bila masa sahaja boleh putus....Andai ianya berlaku kepada kita, biarkan sahaja...Kita tak rugi apa-apa pun...Sekurang-kurangnya kita tahu persahabatan yang terjalin selama ini hanyalah sandiwara semata-mata...Ketahuilah bahawa tanpa mereka juga kita masih boleh meneruskan hidup...Sahabat dan darjat yang dahulunya boleh disatukan tetapi ianya boleh bertukar menjadi mimpi ngeri yang berkekalan...Bagi PH, bersahabat dengan kucing atau anjing adalah lebih baik daripada mempunyai sahabat atau kawan yang sebegini rupa...Darjat haiwan -haiwan ini secara tidak langsung dipandang tinggi walhal mereka tidak mempunyai akal sama sekali...Walaupun tidak mempunyai akal, tetapi mereka mempunyai roh dan jasad seperti kita juga...Mereka juga punyai hati dan perasaan...


Hidup ini tak susah....Ciri-ciri orang yang gagal ialah mereka akan sentiasa nampak kegelapan dan masalah, tetapi ciri-ciri orang yang berjaya ialah mereka akan nampak masalah itu adalah satu peluang untuk maju dan percaya bahawa akan ada sinar di dalam hidupnya di akhir nanti...Kejayaan hanya akan bersama dengan orang-orang yang mengambil berat tentangnya sahaja....


Setiap di kalangan kita pasti mempunyai sifat yang mulia..Itulah keistimewaan manusia...Tanpa kasih sayang, kita tidak akan dapat merasai kenikmatan hidup...Amat rugi bagi sesiapa sahaja yang tidak mempunyai sikap sayang walaupun terhadap haiwan....


Kita semua ditakdirkan bertemu melalui pelbagai cara....Ada yang bertemu melalui alam maya dan ada yang bertemu di alam nyata...Di sinilah terletaknya jalan untuk kita meningkatkan lagi kematangan di dalam hidup kita....Platform ini akan menjadi baik sekiranya ia digunakan untuk tujuan yang baik dan begitu juga sebaliknya...PH memang mempunyai ramai kawan, baik di alam nyata mahupun di alam maya...Mereka yang kenal diri PH sejak dahulu pasti tahu akan perjalanan hidup, perangai, kegemaran dan tingkah laku PH....Malah ada yang tidak menyangka yang PH telah menjadi seorang penulis blog dan majalah...Mereka yang dah lama kenal PH pasti tahu bagaimana karektor PH...hehehe....


Bila direnungkan kembali, PH rasa bersyukur sangat-sangat...Bahagia dengan anak isteri serta kucing-kucing yang tersayang...Tiada siapa yang mahukan derita waima kucing atau anjing sekalipun...Tapi persoalannya, kenapa derita itu datang walaupun kita tak suka...? 


Di zaman kesuraman yang PH pernah alami dulu, buku-buku serta alat-alat muzik adalah tempat curahan hati selain dari kawan-kawan yang PH percayai....Hidup ini terasa terisi juga walaupun banyak derita yang melanda...Apa yang PH pelajari, mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah...Ianya hanya akan mengundang stress yang berpanjangan...Apa yang perlu kita lakukan ialah bertindak mengatasi masalah tersebut....Bagaimana cara untuk kita bertindak itu bergantung kepada cara kita berfikir...Kalau kita berfikiran negatif, pasti jalan yang kita pilih akan menuju ke arah negatif...Tapi kalau kita yakin dan percaya bahawa semua derita itu adalah Qada dan Qadar, pasti kita akan menjadi seorang yang tekun dan istiqamah...Kejayaan hanya akan bersama dengan orang yang sabar dan istiqamah....


Haiwan juga mempunyai masalahnya yang tersendiri....Mereka juga berfikir seperti kita, cuma bezanya ialah mereka bertindak mengikut hawa nafsu....Mereka sendiri tak pasti samada jalan penyelesaian yang dipilih itu betul atau tidak...Ini bermakna, mereka juga tawakal kepada Maha Pencipta...Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini...


Setiap haiwan yang menghampiri kita walau semut sekalipun pasti ada sebabnya....Kalau kupu-kupu masuk ke rumah, kata orang tua-tua itu tandanya ada orang nak datang menziarah...Bagaimana pula kalau kucing atau anjing yang datang dekat kepada kita....? Bukankah itu maksudnya bahawa ada rezeki yang akan datang menjengah...? Rugilah kepada sesiapa yang menyepak kucing yang datang dekat kepadanya...Kalau mereka sombong kepada rezeki, rzeki juga akan sepuluh kali sombong dengan kita..Wallahualam...


Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT...Kita tidak akan terlepas walau tingkah laku sebesar zarah sekalipun...Kita sebagai manusia biasa memang tidak terlepas dari dosa, tetapi kita kena ingat bahawa Allah amat menyukai mereka yang sentiasa berusaha memperbaiki amalannya...Setiap kebaikan yang kita sedekahkan kepada makhluk lain, pasti akan mendapat balasan yang baik samada diterima balasan di dunia mahupun di akhirat...Kita kena ingat, kita masih ada kehidupan yang masih jauh lagi selepas kita mati...Kehidupan itu adalah kehidupan yang akan kekal buat selama-lamanya...Pilihlah samada nak syurga ataupun nak neraka....


Setiap pekerjaan yang kita lakukan biarlah dilaksanakan dengan berhemah...Kita adalah apa yang kita makan...Haiwan-haiwan peliharaan kita juga pasti akan gembira sekiranya kita membelikan mereka makanan berkhasiat dengan titik peluh kita sendiri....


Doa-doakanlah semoga apa yang kita lakukan selama ini dilimpahi dengan rahmat...Setiap keringat yang mengalir dari tubuh kita ketika menjana rezeki pasti diiringi dengan berkat...PH doakan semoga kita semua tergolong di kalangan orang yang sentiasa bersyukur...


P/S :
Sentiasa bersyukur adalah salah satu resipi kejayaan :)

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. wahhhhhhhhhhhhhhh panjang baca cerita Papa Hero... ekin dah lama x update blog gak.. kesibukan dgn keje.. tambah2 akhir tahun... terima kasih PH dgn cerita ni.. ekin akan kuat semangat walau apa rintangan yg perlu harungi... :)

    ReplyDelete
  2. ayoyoyoyoooo, nape sedeyh sgt muke iyo yg 1st tuh??? huk huk huk huk, :)

    ReplyDelete
  3. slm PH....agk2 ksh nih masok mastika x? hurm, sy da baca hasil keje PH yg terbaru dlm mastika...sedey sgt baca..yg buat rasa sedey tu bertmbh tang yg akhir, kalau lah PH X isi mintak tu.. nk wat cmne kan, da ajal..yg pasti tmptnya di sisi Allah s.w.t...jgn slhkan diri sendri ye PH..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular