Nilai Harga Seekor Haiwan Jalanan...
Semenjak Si Boboy pergi, PH agak susah nak tidur...Sedih tu memang sedih, tapi sebenarnya bukan sebab itu yang membuatkan PH susah nak tidur...PH tak boleh nak lupakan apa yang Si Bear buat masa PH menanam jasad kaku Si Boboy....Apa agaknya simbolik kejadian yang berlaku...? Kelakuan Si Bear begitu berlainan sekali....Dia meronta-ronta di tepi kubur, menolak tanah dengan muncungnya dengan gaya cuba membantu PH menimbus jasad Si Boboy....
Jam telah pun menunjukkan pukul 2 pagi...Untuk menghilangkan segala kecelaruan, PH bangun dari tidur dan kemudian pergi ke kubur Boboy...Lama juga PH bertinggung di sana pada pagi dinihari tu....Sekaligus mengenangkan kembali kenangan manis PH bersamanya....Tempoh 5 bulan yang Allah pinjamkan kepada PH adalah terlalu singkat untuk PH....Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui akan sebab musababnya kenapa hanya mesti 5 bulan dia bersama dengan PH...
Setelah puas 'bersembang' di kubur arwah, PH bagitahu dia :
"Boboy, Ayah betul-betul rindukan Boboy...Tapi, nak buat macamana kan...? Ayah akan cuba menjadi ayah yang baik kepada adik-adik kamu....Terima kasih Boboy sebab banyak mengajar ayah erti kasih sayang....Doakanlah agar kejayaan dapat Ayah julang satu hari nanti...Ayah kan selalu datang ke sini tengok Boboy..."
Lepas sahaja PH berkata sedemikian, PH telah menarik nafas dalam-dalam, pejamkan mata sebentar dan hembuskan nafas perlahan-perlahan....Tiada air mata bergenang lagi...Hanya senyuman yang terukir di bibir...PH dah boleh menerima kenyataan sepenuhnya akan kematian Boboy....Ayah perlu menjaga adik-adik Boboy yang lain....
Ayah juga perlu kuatkan semangat untuk membantu rakan-rakan Boboy di luar sana....Ayah akan cuba membantu yang mana termampu....
Itulah aura kucing jalanan....Si Boboy sememangnya seekor kucing jalanan yang biasa-biasa sahaja...Semua orang yang lalu lalang di hadapannya langsung tidak memandangnya...Malah Si Boboy juga mempunyai kisah pilunya yang tersendiri iaitu menjadi mangsa kekejaman manusia...Masa PH kutip dia di tepi kaki lima ( KLIK SINI ), ada kesan melecur yang teruk di bahagian belakang badannya...Ada manusia durjana telah menyimbah Si Boboy dengan air panas...Tapi pada hari ini beribu-ribu manusia telah menangisi pemergiannya...Inilah yang PH harapkan....Dari seekor kucing yang dipandang hina tetapi kini dia diingati sampai bila-bila....FROM ZERO TO HERO...
Mana-mana kucing jalanan yang kita jumpa sebenarnya adalah pembawa tuah...Ianya ibarat memetik sebutir bintang di langit....Untuk mendapatkan tuah itu, kita tidak semestinya membawanya pulang ke rumah...Cukuplah berbuat setakat mana yang kita mampu...Tapi kalau bawa pulang ke rumah sementara nak carikan adopter melalui Facebook lagi bagus kan...?
Mereka juga berhak hidup bahagia seperti kita...Jika ada kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan kepada kucing-kucing / anjing-anjing kita, inilah masanya untuk kita perbetulkan semula...Yang sudah tu, sudahlah...Ada yang dah 'pergi' pun kan....?
Kucing jalanan ini sedang kekenyangan..Bagi PH, inilah pemandangan yang paling cool pada malam PH snap gambar ni di depan khalayak ramai...
Berbalik kepada cerita asal, setelah penat bertinggung di tepi kubur Boboy, PH pulang ke rumah dengan niat untuk update entri ini....Sekali lagi hati PH tersentap apabila melihat Si Eckie pula menggantikan tempat arwah...Sayu betul muka dia....
Kenangan lalu kembali menyinggah apabila melihat seat motor PH yang koyak dicakar Boboy...Sayu dan sepi motor ni...PH takde rasa marah pun bila nampak dia cakar....Tak tahulah kenapa...PH tersenyum masa snapo gambar seat motor ni...Tak tahulah kenapa...
Lepas PH naik semula ke bilik atas dan membuka lampu, tempat kebiasaan PH berfesbuk dilingkari dengan adik-adik arwah Boboy....Sampai dah buka Facebook tu pun mereka masih tak berganjak...Entah aura apa yang melekat pada meja tu yang membuatkan mereka berasa selesa...Masa ni jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi...
Ini gambar pukul 9 malam...Along dan Angah macam biasa jer...Mereka tidak faham lagi apa yang berlaku...Mereka tahu Boboy telah pergi, tetapi mereka tidak menangis....Cuma mereka ada berkata :"Kesian Boboy kan Ayah....???"..Budak-budak pun tahu erti kesian...
Sememangnya mendidik anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah....Tersilap percaturan nahas akibatnya...Kita perlu selalu menceritakan benda yang baik-baik kepada mereka...PH tak mahu mereka membesar dengan penuh perasaan benci dan saling membencikan....
Sememangnya mendidik anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah....Tersilap percaturan nahas akibatnya...Kita perlu selalu menceritakan benda yang baik-baik kepada mereka...PH tak mahu mereka membesar dengan penuh perasaan benci dan saling membencikan....
Perangai Hector agak berlainan sedikit pada malam tu...Mungkin dia juga terkesan dengan pemergian Boboy....Wallahualam....
Seperti biasa sebelum tidur, PH akan belai-belai Hero...Setiap kali PH belai 'anak-anak comel' ni, PH pasti akan berkata "Kamu sihat yer...Sihat tau..."....Kelakuannya agak pasif pada malam semalam...Diam jer...
PH banyak berinteraksi dengan Hero...Bukannya apa, selagi masih ada masa PH nak manfaatkan masa itu sebaik mungkin...Masa adalah amat berharga....Masa berkualiti kita dengan mereka patut diperbanyakkan lagi...Bila-bila masa sahaja kita atau mereka akan 'pergi' buat selama-lamanya...Orang yang tidak menyukai kucing pasti tidak akan memahami perasaan ini...Walau bagaimanapun, tak perlu paksa diri untuk menyayangi mereka...Perasaan sayang tu akan datang sendiri asalkan pintu hati sentiasa terbuka untuk menerima dan memberi kasih sayang....
Hero adalah kucing yang amat istimewa....PH tahu dia faham akan setiap ucapan yang PH luahkan kepadanya...Begitu juga dengan kucing-kucing anda....Yang hairannya, manusia itu sendiri yang tak faham akan bahasa sesama sendiri....PH lagi suka orang yang salah faham daripada orang yang faham salah....Orang yang faham salah ini tidak akan berhenti menceritakan benda-benda yang salah kepada orang lain selagi hayatnya masih ada....
P/S :
Dari kucing yang terbuang, kini Hero telah menjadi "Living Legend"...Hero adalah kucing legenda yang masih hidup sehingga sekarang...Allah telah menemukan PH dengan Hero untuk menyatukan kita semua di sini....Bagi sesiapa yang pernah menghina Hero, anda sememangnya tidak layak membaca entri dan membuka blog ini selagi tidak muhasabah diri...Blog ini bukan untuk orang yang menyemai kebencian...Hero tidak pernah membenci sesiapa pun di sepanjang hidupnya....Sesungguhnya mereka semua tidak mengetahui perjalanan dan kesusahan yang PH dan Hero harungi bersama dari zaman bujang sehinggalah ke zaman si kembar PH ni wujud...Dan syabas kepada anda yang sudah mula berubah dan mula bertindak menyayangi kucing dan anjing...Kisah Si Bear di kubur Boboy, semua orang dah saksikan sendiri...Anjing juga merupakan makhluk Allah yang amat bijak....Justeru itu, PH dengan ini ingin menyeru kepada anda semua agar bersama-sama dapat menaikkan 'value' kucing-kucing dan anjing-anjing yang terbuang ini...Gunakanlah medium-medium di internet sebaik mungkin untuk menyampaikan risalah kasih sayang sesama makhluk...Di mata mereka yang buta hatinya, haiwan-haiwan ini dipandang hina dan disepak terajang...Tetapi di mata kita mereka adalah wira yang amat tabah...Bayangkanlah pemergian seekor kucing yang terbuang mampu membuatkan kita semua terkesan, berasa insaf dan menangis...Inilah "value" yang ada pada mereka yang kita semua terlepas pandang >>>> Kucing jalanan mampu membersihkan tompok hitam di hati seseorang manusia...
Insyaallah...PH bercadang nak abadikan kisah Si Boboy di dalam Majalah Mastika pada keluaran yang akan datang...
Unsur-unsur kemanusiaan, motivasi, kasih sayang, kehaiwanan, kegamaan, ketuhanan, nostalgia, anak dan keluarga semuanya ada di dalam dalam blog ini...Itulah
KAKIMOTONG DOT COM
salam PH...entri semlm dan hr ni dua2 bt sy menitiskan air mata sy tau perasaan kehilangan meow yg dikasihi...betul kata PH...dr kucing jalanan yg xde sapa2 peduli skang pemergiannyer ditangisi..semua tau sp boboy..dr mn PH jmpa dan bagaimana kisahnyer...harap PH tabah dan teruskan lagi niat suci PH tu untuk menyelamatkan meow2 yg memerlukan pertolongan di luar sn...
ReplyDeletekita berdoa sama2 supaya semakin ramai manusia akan berbakti mcm PH dan MH eh.. masih byk kucing2 dan anjing jalanan yg menanti bantuan dr kita semua.
ReplyDeletebenar, menyayangi kucing, anjing dan haiwan tak boleh dipaksa. tapi saya yakin, manusia yg mampu menyayangi mereka adalah manusia berhati lembut dan bersih.
Alhamdulillah ada lagi manusia yang berhati mulia seperti tuan blog. Zaman sekarang memang susah nak jumpa dah. Zaman sekarang manusia kebanyakan mempunyai hati yang zalim. Nak kata hati binatang bukan sebab binatang pun masih sayang menyayang antara satu sama lain. Semoga Tuhan akan membalas jasa baik tuan blog serta keluarga tuan blog. :)
ReplyDelete