Hero Di Putrajaya

Baru-baru ni Hero sakit...Air liur meleleh tak berhenti....Tapi perutnya masih gendut seperti dulu...Selera makan minum semuanya seperti biasa...Makin lahap ader....Pagi masa nak pergi kerja, seperti biasa PH akan luangkan masa sebentar untuk bermanja dengan Hero....Berdas-das PH belasah dia dengan ciuman di muka dan dahinya....Masa tu, PH terasa tangan PH basah...Hairan juga dari mana datangnya air tu...UUhhh...!!! dari mulut Hero rupanya...Nasib baik tak masuk ke dalam mulut PH masa cium dia tadi...hehehehe...Lepas tu, PH perasan ada kelainan pada tubuhnya...Suhu badannya suam tanda demam nak membaluti badannya...Lepas diperiksa oleh MH, memang sah Hero ni dah demam...Sebelum apa-apa hal berlaku baik PH bawa Hero ke vet...Nampaknya, hari itu adalah hari pertamna PH bawa Hero ke site tempat PH kerja di Putrajaya....



Alhamdulillah, Hero baik sangat masa di site office....Diam jer dia...mengiau pun sekali-sekala sahaja..Mungkin Hero tidak mahu menyusahkan PH di tempat kerja....PH terpaksa letakkan tisu banyak-banyak supaya air liurnya yang meleleh tidak membasahi badannya...



Nasib baiklah bos tak bising...Malah dia suka pula tengok Hero...Dia sokong apa yang PH buat...Rupa-rupanya dalam diam-diam dia pun ada skodeng blog dan fan page PH di Facebook....hehehehe Kantoiii...



Matanya bulat betul...Setiap 15-30 minit PH akan usap-usap kepalanya sebab tak mahu bagi dia stress...Maklumlah tempat baru....Banyak kali PH pesan kat Hero supaya tahan buang air dulu....Bukan apa, takut nanti mengganggu orang lain pula masa PH tinggalkan dia di site office dan PH pula turun ke site...Risau betul....



Ini adalah rakan sekerja PH iaitu Norzila...Beliau memang dah lama kepingin nak jumpa Hero tapi oleh sebab kesibukan tugas, hasratnya terbantut begitu sahaja....Tapi, pada hari itu memang rezeki beliau agaknya....Hero yang datang jumpa dia...hehehe



Tepat jam 12 tengahari pada waktu rehat PH bergegas keluar membawa Hero pergi ke vet Putrajaya dengan ditemani MH dan Si Kembar....Mereka memang PH bawa ke tempat kerja PH dalam 2-3 kali seminggu...Bukannya apa, PH nak luangkan masa berkualiti yang lebih untuk family PH....Asyik kerja sahaja pun seolah-olah takde life...Rugi kalau hidup macam tu....PH selalu lunch dengan MH serta Si Kembar bersama-sama....Setelah diperiksa, keadaan Hero tidak membimbangkan...Hero terkena ulser mulut...Tak tahulah apa yang buat dia jadi macam tu...PH takut dia makan serangga jer...Demamnya juga masih di tahap permulaan dan masih terkawal....Syukur....



Selepas selesai semuanya, PH bawa Hero ke site office semula...Masa ni barulah ramai rakan-rakan sekerja PH perasan bahawa Hero kini berada di sana....Apalagi, peluang untuk bergambar kenang-kenangan tidak dilepaskan...hehehe...
Sayang pula Kak Rozita Arif ( Admin staff ) cuti pada hari tu..Tak ada rezeki beliau nak berjumpa dengan Hero secara life...Takpelah kak, nanti datanglah ke rumah PH yer :)..Beliau adalah peminat setia Hero dan blog PH...



Encik Zainal ( Structure Clerk Of Work ) amat gembira melihat Hero...Bila dihulur tangan, Hero menjilat tangannya sebagai tanda perkenalan...Beliau juga sedih dengan nasib yang menimpa Hero....Untuk pengetahuan, Encik Zainal juga seorang yang amat sayangkan kucing..Banyak kucing yang dipelihara oleh beliau....



Ni gambar masa Hero di dalam perjalanan pulang....Air liurnya dah tak meleleh lagi lepas diberi ubat....Sempat berposing gaya ala Edika Yusof gitu....hehehehe..Alhamdulillah, Hero dah sembuh sepenuhnya di saat anda sedang membaca entri ini...



Balik dari klinik, PH terjumpa seekor kucing di celah-celah pasu bunga...Kesian betul keadaannya...Suaranya menggigil dan tubuhnya pudar serta comot...PH tak pasti samada ini kucing orang atau tidak kerana tubuh badannya kotor sangat...Jadi, PH berpendapat bahawa kucing ini barangkali tersesat....PH namakannya Si Bunga...Nanti PH akan tanyakan jiran-jiran takut-takut ada yang hilang kucing...Kalau tak ada, PH akan fosterkan dulu sehingga ada orang nak ambilnya sebagai anak angkat...


P/S :
Tak sabar menunggu kepulangan Si Boboy ( KLIK SINI )...hu hu hu
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. laaa... PH kat putrajaya ke..
    opis kat mana?

    ReplyDelete
  2. yang tu mcm dkt MoF je..kalau xsalah la..huhu
    hero cepat2 sembuh eh..
    kesian bunga..nasib baik PH jumpa..

    ReplyDelete
  3. wahh...dtg bpp yer? hihi...x prasan plak mase bile PH bwk hero..

    ReplyDelete
  4. kalo org kg mcm uni,,
    bg minom air kelapa la jawabnya..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah hero dah sembuh..

    ReplyDelete
  6. Hero's got feline indolent ulcer? He should recover with medication!
    Happy Holidays!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular