Hero dan Cumie - Dua Makhluk Yang Bahagia

Hero adalah seekor kucing yang penyayang....Dia amat sayangkan adik-adiknya...Tak kira berapa banyak kucing yang PH kutip sekalipun, jarang-jarang sekali dia bergaduh kecuali sekiranya PH membawa balik kucing-kucing jantan yang besar...Biasalah, ini baru jantan namanya walaupun guli dah hilang....Hero sentiasa menyayangi adik-adiknya dan menjilat-jilat muka kucing yang datang dekat padanya...Kalau kucing kecik yang nak tumpang tidur di sisinya, memang dia alu-alukan dengan seikhlas hati tanpa ada syarat....Tu lah, haiwan ini sebenarnya adalah merupakan guru kepada kehidupan kita semua...Banyak tingkah laku mereka yang boleh dijadikan contoh dan teladan yang baik...Kalau ada orang yang pemalas, kita pakai jer ayat P. Ramlee "Unta padang pasir pun tak malas macam kau..." hehehehe...Bukankah itu juga satu perumpamaan tingkah laku unta yang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee jadikan contoh...??


Dalam blog ini, tak banyak cerita Hero yang PH tampilkan...Hanya 20% sahaja cerita mengenai Hero yang PH trampilkan...Cuma kisahnya banyak PH siarkan dalam Facebook ( KLIK SINI )....Si Cumie ni adalah seekor anak kucing yang tabah....Kelahirannya tak diundang...Dia tidak beribu dan tidak berbapa...Kelahirannya hanya di tepi-tepi jalan sahaja....Begitu juga dengan Hero barangkali...Kalau kita tidak sayang mereka, siapa lagi yang sayang mereka...? Lihat sendiri kasih yang terjalin di antara kedua makhluk yang tidak sempurna ini...Si Cumie cacat kaki belakangnya akibat digilis kenderaan dan diselamatkan oleh seorang wanita berhati mulia berbangsa Cina...


Lihat ke arah mata sayu mereka sudah cukup membayangkan betapa bahagianya mereka bila disayangi...Begitu juga dengan kehidupan kita...Kalau kita nak disayangi, kita kena sayangi orang lain terlebih dahulu..Semuanya bermula dengan diri sendiri....


So Montel a.k.a Motet semakin hari semakin sihat...Begitu juga dengan abang-abang dan kakak-kakaknya...Si Motet selalu bermain dengan Si Cumie..Walaupun cacat, Si Cumie mampu melompat turun dan naik tangga dan katil...Malah, dia juga mampu berlari dengan laju...Comel betul bila melihat gigi taringnya yang baru tumbuh...Comel sangat-sangat..Di dalam hati PH terus berfikir kenapalah masih ada orang yang menganiaya makhluk comel ini...? Mereka melakukannya dengan penuh bangga...Kononnya hebat la tu...hmmm...Tak hebat mana pun sebenarnya...Kalau nak tahu diri tu hebat ke tak, pergi jumpa doktor gigi dulu....


Kat rumah PH memang ada karpet khas untuk mereka bersantai...PH tak pernah kurung mereka kecuali masa nak mengemas rumah secara menyeluruh...Kalau tak macamana nak mop lantai....? Asyik derang jer yang menyebok kat situ...hehehehe


Waktu malam, Si Cumie memang cari katil PH...Boleh dikatakan setiap hari apabila PH bangun dari tidur, Si Cumie akan tidur di hujung kaki PH...Dalam hati PH berkata "Syukurlah...Mudah-mudahan ada rezeki yang melimpah hari ini...."


Saksikan sendiri betapa bahagianya Si Cumie berbaring di sisi Abang Hero....


P/S :
Haiwan juga penting di dalam hidup kita....Dunia ini bukan milik kita seorang...Sama-samalah kita menghargai nyawa sesama makhluk....Didik anak supaya sayangkan haiwan...Generasi terdahulu yang membenci haiwan sukar nak dilentur lagi...
We lived under the same sun :)
Enhanced by Zemanta

Comments

Entri Popular