Haiwan Juga Adalah Guru Kepada Kehidupan Kita...Percayalah Kepada Qada dan Qadar

Budak-budak comel kat rumah ni memang banyak ragamnya...Semuanya yang menggembirakan hati PH sekeluarga....Hero kalau dah kenyang memang begini perangainya....Tidur dan berak...Itulah kerjayanya setiap hari...Walaupun begitu, masih terserlah karismanya sebagai abam kawasan...Bila dia tidur macam tu takde sape yang berani usik termasuklah PH sendiri....Dah nama pun kucing, itulah kerjaya tetapnya....Selagi hidup, mereka makan, tidur dan mendoakan tuannya....kalau masih tak percaya yang kucing tu boleh mendoakan tuannya, PH tak tahulah nak cakap apa....Ini berkait rapat dengan soal agama...Salah satu rukun iman ialah percaya kepada Qada dan Qadar...Doa kucing kepada tuannya juga adalah perkara ghaib yang harus kita percaya....Qada dan Qadar adalah perkara yang ghaib..Justeru itu, pandai-pandailah mentafsir apa yang PH maksudkan...Pembaca dan peminat blog PH semuanya matang-matang belaka dan opened minded...PH tak boleh puji lebih-lebih, nanti kembang tang pipi plak...adehhhh :)

Posisi tidur kegemaran Hero untuk meluruskan tulang belakangnya
    Kesian nasib-nasib kucing yang berkelana di luar sana...Entah kenapalah jadi sampai macam ni....Kalau kita pernah buat kesilapan kepada kucing-kucing kita yang terdahulu, maka janganlah diulanginya di masa sekarang....PH berpesan kepada diri PH sendiri juga...Perkara yang lalu usah dikenang lagi...Cukuplah untuk kita jadikan sebagai sempadan dan anggaplah ianya sebagai satu proses pembelajaran di dalam hidup...Sayangilah kucing yang kita ada sekarang...Mereka yang memelihara anjing juga tidak terkecuali....Anjing adalah makhluk ciptaan Allah yang amat bijak dan istimewa meskipun kehadiran mereka di muka bumi ini tidak disenangi oleh segelintir umat Islam...Janganlah kita lupa bahawa Allah mencipta sesuatu itu dengan tidak sia-sia....Mereka semua boleh dijadikan guru di dalam kehidupan kita...Contohilah kesetiaan seekor anjing 
    ( KLIK SINI ) dan akuilah kehebatan mereka yang kita tak ada...

    Please feed the strays

    Si Motet kini bahagia bersama abang-abang dan kakak-kakak angkatnya....Dia adalah salah seekor kucing penyeri di rumah PH...Kucing-kucing PH yang lain juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri...Mereka semua adalah makhluk yang hebat dan Excellent...PH amat sayangkan mereka semua....Kehadiran mereka di dalam hidup PH amatlah bermakna...Ada sahaja keletah mereka yang buat PH dan anak-anak tersenyum....

    Si Motet dalam kereta papanya ( KLIK SINI )

    Semenjak Si Boboy masuk wad ( KLIK SINI ), Si Eckie selalu tidur di tempat Boboy tidur iaitu di atas but enjin kereta PH...Sebelum Si Boboy sakit, takde pulak jadi macam ni....Sebenarnya banyak perasaan kucing yang tersirat kita telah terlepas pandang....Mereka juga mempunyai hubungan yang kuat di antara satu sama lain walaupun tidak pandai bercakap....Si Eckie tahu ada sesuatu yang berlaku kepada Si Boboy....Jadi, dia hanya boleh menunjukkan signal untuk memberitahu kita tentang perasaan yang mereka alami....Haiwan juga pandai membina hubungan sesama mereka.....

    Si Eckie setia menanti kepulangan Si Boboy

    Kita sebagai manusia wajib menghambil iktibar dari perkara ini....Sebagai khalifah yang cemerlang, kita wajib memelihara hubungan sesama kita....PH tak pernah meletakkan syarat kepada sesiapa sahaja yang ingin berkawan dengan PH...Andaikata ada orang yang berkawan dengan PH kerana ada niat yang tersembunyi, PH pasrah ajer kerana Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya...Segala gerak hati kita diketahui oleh Allah...Ikhlas atau tidak perbuatan seseorang itu bukan kita yang layak menilainya tetapi hanya Allah sahaja yang boleh menilai keihklasan hati seseorang....Kalau kita lakukan sesuatu kebaikan, hanya kita sahaja yang tahu hati kita samada ikhlas atau tidak...Pedulikan apa yang orang lain kata...Bagi PH, orang yang mengaku dia boleh menilai keikhlasan seseorang adalah orang yang takbur dan angkuh...
    Kita ni hidup bermasyarakat...Jangan jadi kiasu dan pentingkan diri sendiri....Jangan sekali-kali menindas dan mempergunakan orang lain hanya semata-mata ingin berada di atas...Binalah hubungan tak kira dengan sesiapa sahaja yang kita mahu...Dalam pada kawan yang ramai, pelajarilah dari kesilapan hidup yang telah mereka lakukan sebagai panduan arah yang lurus untuk diri kita...Kalau kawan kita tu makan kawan, diamkan sahaja....Jagalah aib mereka...Sesungguhnya Allah akan menjaga aib kita di padang Mahsyar nanti sekiranya kita menjaga aib orang lain...Segala perbuatan kita akan ditayangkan semula di dalam "TV Besar" di padang Mahsyar nanti....Jadi, tiada siapa yang boleh menolong kita melainkan amalan-amalan baik yang kita lakukan di dunia dan haiwan-haiwan yang kita bantu....tetapi segala-galanya adalah dengan izin Allah juga....

    Binalah hubungan sesama manusia tanpa mengira darjat dan paras rupa

    PH selalu ajar anak-anak PH menyayangi haiwan dan sesama manusia..Ini amat penting untuk melahirkan modal insan yang cemerlang...Kasih sayang adalah segala-galanya di dunia ini....Duit yang menimbun tetapi tiada kasih sayang pun tiada gunanya....PH ada seorang kawan yang bekerja sebagai despatch dengan pendapatan RM1500 sebulan...Dengan duit itulah dia menyara 5 orang anaknya....Tetapi, mereka sekeluarga tetap hidup bahagia walaupun tinggal di rumah flat DBKL...Hidup mereka berkat kerana kasih sayang yang amat jitu....Di rumahnya juga ada lebih dari 5 ekor kucing yang dikutip...Agak-agak, faham tak apa yang PH cuba sampaikan ni...? hehehehe


    Selama tinggal di rumah PH, Si Eckie tidak pernah menyusahkan PH....Dia buat hal sendiri sahaja tetapi sekali sekala dia melese kat kaki PH minta dibelai...Alahai kesian PH tengok dia....Kalau diberi peluang masuk ke dalam rumah, dia tak mahu....Dia diam jer di depan pintu sliding kaca tu....Dia sedar siapa dirinya ... ( Subhanallah )...Dia sedar bahawa dia hanyalah seekor kucing yang menumpang teduh di rumah PH...Bukankah ini satu pelajaran untuk kita semua....? Supaya kita semua sedar akan asal-usul kita....? Kita semua dicipta dari setitis air mani yang mana kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik pun tak nak sudu...Bayangkanlah haiwan sendiri pun tak pandang siapa kita sebelum dilahirkan...Malanglah nasib kepada sesiapa yang lupa akan asal-usul mereka...Kalau kita kini berada di atas, jangan sekali-kali lupa untuk melihat ke bawah pula....


    Si bear memang selalu menemani PH setiap pagi sebelum pergi kerja....Setiap kali dia datang, PH pasti akan tersenyum lebar melihat keletahnya yang begitu menghiburkan....Walaupun tak cantik dipandang, tetapi anjing ini cukup pandai mengenang budi...PH cukup tak setuju dengan ayat-ayat perumpamaan yang mengaitkan haiwan dengan kehinaan.....Bagi PH,ianya dah tak relevan untuk diguna pakai di zaman IT ni....hmmmm



    Tak rugi kalau kita berbaik sangka kepada semua orang...Sedurjana mana seseorang itu, pasti akan ada kemuliaan di hati mereka sebab mereka adalah manusia yang sempurna pada hakikatnya...Lupa pada asal-usul adalah punca segalanya....PH reda jer kalau orang nak buat jahat kat PH sebab PH tak rugi apa pun....PH yakin anda juga bersifat sedemikian....Biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang sebab memang dah ada hukuman yang menanti untuk mereka-mereka yang selalu buat benda yang tak baik kepada makhluk lain....Jadi, percayalah kepada Qada dan Qadar....Setiap tingkah laku dan pengajaran yang ditunjukkan oleh haiwan-haiwan adalah perkara yang amat tersirat dan ianya adalah merupakan salah satu dari cabang ilmu ghaib...Hanya orang yang mempunyai mata hati sahaja yang dapat menilainya...


    P/S :
    Along dan Angah selalu dapat pemberian dari orang yang tidak dikenali....Setiap kali mereka menerima hadiah, PH sentiasa ingat akan kata-kata Allah lebih kurang begini maksudnya: 
     "Rezeki yang datang dengan tidak disangka-sangka adalah rezeki yang disampaikan secara terus dari Allah kepada kita...."
    Maka justeru itu, percayalah kepada Qada dan Qadar, nescaya hidup kita akan selamat dan sentiasa diperluaskan rezeki...Orang yang dibenci oleh orang lain tanpa sebab yang munasabah adalah amat disayangi oleh Allah SWT...Allah akan sentiasa menyampaikan khabar gembira kepada mereka yang dibenci kerana kebaikan mereka....
    Ilmu yang baik akan menjadi baik sekiranya ia dilakukan dengan baik...Ianya juga akan menjadi amat baik sekiranya dapat dipanjang-panjangkan kepada kawan-kawan kita....
    Wallahualam
    Enhanced by Zemanta

    Comments

    1. mgu lepas..aku pergi rumah abng aku kat pajam.ada 2 ekor kucing dtng rumah..mengeow2..pastu kakak ipar aku suruh bagi mkamnan kat mereka..nk bg makan tu..terperasan..salah seekor kucing tu dah tempang sebelah..aku syak kaki dia kena potong..kesian sungguh..tapi nasib dia baik kot..kaki dia yang kena potong tu..dah hampir sembuh..cuma ada bekas2 luka kecil yang hampir sembuh..dan kucing yang satu lagi..nampak mcm sangt menjaga kucing yang tempang sebelah tu...di situ..kita dapt tgok..kucing sangat mnjaga antara satu sama lain..

      p/s:knp manusia kejam buat haiwan yang comel macm tu..huhuhuh

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Entri Popular