KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kucing Jalanan Dijadikan Santapan Buaya Di Zoo...Benarkah...?

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, December 28, 2011

Kucing Jalanan Dijadikan Santapan Buaya Di Zoo...Benarkah...?

Posted by Papa Hero | Wednesday, December 28, 2011 | Category: , , , , |

Isu kucing dan anjing yang terbuang dijadikan sebagai santapan haiwan-haiwan ganas di zoo mungkin dah pernah kita dengar....Berdasarkan komen-komen di Facebook ( KLIK SINI ) ada juga yang pertama kali mendengar perkara yang tak sedap didengar ini...PH ada juga terdengar ura-ura tapi tak berani pula nak mengiakan...dan tak juga berani nak menidakkan...Mungkin ianya benar ataupun tidak PH kurang pasti...Namun, secara peribadi, PH tidak bersetuju sama sekali samada kucing atau anjing dijadikan sebagai santapan sang buaya ataupun harimau...Bagi PH, bukankah masih ada banyak lagi daging-daging haiwan khususnya ayam untuk diberi kepada buaya...? Kalaulah betul perkara ini berlaku, pihak zoo perlu mengeluarkan sebab yang kukuh kenapa mesti kucing juga yang dijadikan mangsa...Tak kiralah samada kucing yang dijadikan santapan itu mati sebelum dibaham, ianya adalah zalim bagi PH....Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi...Kita sebagai umat Baginda perlu menghormati haiwan comel ini...Perut haiwan buas bukanlah kubur mereka yang sepatutnya....



PH terpanggil untuk menulis entri ini apabila menerima maklumat bahawa ada kucing telah berjaya diselamatkan dari menjadi mangsa sang bedal ini...Nasib baiklah ada insan yang mulia telah menyelamatkan si comel yang tidak mengerti apa-apa ini....Sekiranya maklumat ini benar, PH amatlah kecewa dengan sikap enteng bagi sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya mengambil jalan mudah untuk menjimatkan kos...Kos memang akan menjadi satu masalah apabila pengunjung zoo semakin kurang dan kos penyelenggaraan pula semakin meningkat...PH dah pernah menulis entri mengenainya ( KLIK SINI )...Undang-undang dan akta yang memelihara kucing dan anjing terbuang perlu dipertingkatkan dengan kadar segera sekiranya perkara ini benar-benar berlaku...


Soal ini tidak boleh dipandang ringan....Ramai pencinta haiwan di luar sana gigih menyelamatkan kucing, tetapi  dikatakan ada pihak pula yang sewenang-wenangnya menangkap kucing dan anjing terbuang ini sebagai alternatif mudah untuk menjadikan mereka sebagai makanan buaya...Sekiranya perkara ini berlaku, entah berapalah upah setiap ekor kucing yang dibayar kepada mereka....Mungkin mereka ini bekerja di zoo bukan kerana sayangkan haiwan, tetapi di atas desakan hidup...Wallahualam...


P/S :
PH dah tengok sampai habis video di Youtube mengenai bangkai seekor kucing yang dimakan oleh buaya di sebuah zoo di Indonesia...Walaupun kucing tersebut terlebih dahulu telah mati, tapi memang tak sesuai sangat tubuh comelnya berkubur di dalam perut buaya...Bukan di situ tempat mereka berakhir...KEJAM.....!!!!

Comments
4 Comments

Currently have 4 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. eee melampau betul... knape la sampai ht dorg nk lempar kucing ke mlt buaya??

    knape x boleh buat zoo kucing ek??

  2. kalau betul la gosip ni.. memang terlalu lalu kejam! tak sokong & bantah sekeras kerasnya.

  3. Betul tu PH..sangat kejam..saya pernah tertonton video buaya makan bangkai kucing tu...@_@

  4. eh PH, betul ke ni?????
    ishh.. kucing bukan makanan!
    bukan haiwan ternakan.
    tapi haiwan peliharaan!

    gila apa diorang ni???


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails