Semalam Yang Berlalu Sepi

Bila PH sedang memandu kereta, macam-macam yang PH fikirkan untuk perancangan di masa depan...Pantang ada masa terluang, PH akan buka buku nota kecil dan buat perancangan untuk jangkamasa panjang....Setiap hari PH akan luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mencari peluang-peluang baru di internet dan mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup...PH tidak dilahirkan di dalam suasana keluarga yang senang, tetapi PH mahu membesarkan anak-anak dan kucing-kucing peliharaan PH di dalam suasana keluarga yang senang...PH tak mahu waris-waris PH mewarisi kesusahan...Selagi ada hidup, PH masih ada masa untuk merancang walaupun kadangkala perancangan PH itu tidak sama dengan perancangan Allah...Kita kena ingat bahawa Allah suka akan orang yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan amalannya....Kalau tiba-tiba kucing kita melingkar kat atas katil beramai-ramai, itu bermakna mereka berasa selamat kerana ada aura yang positif di tempat yang mereka nak terbungkang tu....
Kalau ada kucing kita yang tiba-tiba menggesel-geselkan kepalanya di kaki, itu maknanya ada rahmat yang akan datang kepada kita....Sama ada cepat atau lambat, itu adalah hak Allah untuk memberi...Yang penting, kita lakukan sahaja dengan seikhlas hati...Bagi PH, bila sesuatu ruang di rumah kita ada kucing yang berkumpul setempat, Insyaallah ada rezeki yang akan datang menjengah....




Ya, Allah memang menyukai orang yang sentiasa cuba meningkatkan amalannya....Menolong sesama makhluk Allah juga adalah amal ibadat...Bila disebut perihal bantu-membantu ini, ianya adalah tergolong di dalam hukum fardhu yang wajib....Tapi pastikan kita membantu ke arah jalan yang baik, bukan ke arah jalan yang kufur...Orang yang menuju ke jalan yang kufur susah nak mendapat rezeki...Orang yang bermain nombor ekor, main judi, menyamun dan sebagainya adalah jalan ke arah kekufuran....Kerja malas tapi nak duit cepat...Orang sebegini sememangnya dimurkai Allah dan tidak akan berjaya di dalam hidup sampai bila-bila...Subhanallah....Minta kita semua dijauhkan dari sifat kufur dan munafik...
Bila kita telah selesai menghulurkan bantuan manusia atau haiwan, kadangkala kita tak terasa apa-apa...Itulah petanda yang kita ini ikhlas...Kita rasa biasa sahaja....Walaupun kita telah membantu sebaik mungkin, tetapi 'result'nya hanya ada dua sahaja, iaitu makhluk yang dibantu itu akan lebih menjadi lebih baik ataupun menjadi lebih buruk...Kalau nasib tak baik, silap-silap makhluk yang kita bantu tu mati...




Ada orang yang menghulurkan bantuan dengan seikhlas hati berasa bersalah yang teramat sangat apabila makhluk yang dibantunya itu mati akhirnya...Rasa kesal mula timbul....



Ketahuilah bahawa Allah menyampaikan berita gembira kepada mereka yang membantu makhluk dengan seikhlas hati....Walaupun mereka mati akhirnya, kita tak perlu rasa bersalah yang berlebih-lebihan...Kita telahpun mengetuk pintu Allah sebenarnya....Bila kita berasa sedih akibat kematian mereka, air mata itulah yang akan memadamkan api neraka...Sebagai umat Islam, kita wajib berpegang kepada Qada dan Qadar yakni ketentuan Ilahi...Kadang-kadang, kita tak perasan bila manusia atau haiwan yang kita bantu itu mati akan ada rezeki yang datang kepada kita tanpa disangka-sangka beberapa hari esoknya...Untuk mendapatkan sesuatu, kadangkala kita perlu mengorbankan sesuatu termasuklah air mata...



Si Ryan ni adalah seekor kucing jalanan yang selalu menumpang tidur di rumah PH...Banyak juga ceritanya PH abadikan di dalam blog ni...( KLIK SINI )...Dah lebih dari 3 bulan PH dah tak nampak batang hidungnya...Entahlah apa yang terjadi kepadanya....Rasa bersalah mula menghantui diri...Tapi, untuk menyedapkan hati PH, PH berkata "Takpelah sekiranya kau dah mati...Sekurang-kurangnya kau dah merasa makan makanan sedap yang berzat tinggi dan sihat..."..




Blog dan laman Facebook KAKIMOTONG FAN CLUB ini dikunjungi oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat...Bermacam-macam pandangan yang diberi....Ada yang kata blog ni versatile, ada yang kata blog ni sedih, ada yang kata blog ni lucu dan banyak lagi....Itulah gunanya menulis dengan mata hati....Diterima oleh semua golongan...Memang sasaran pembaca PH adalah untuk semua peringkat usia supaya mudah untuk PH menyampaikan ideologi PH yang tersendiri...PH selalu buat testimoni-testimoni untuk tatapan semua dengan harapan mereka dapat mencontohi dan dapat menyelami apa yang tersirat di sebalik mata si comel yang sayu....Bukan untuk mendabik dada...Tapi PH akui, tak semua yang suka...Itu terpulanglah kepada persepsi masing-masing....Kalau positif difikirkan, maka positiflah ia....Kalau negatif yang difikirkan, pemikiran kita tak akan ke mana....



Berbalik kepada bab Allah menyukai orang yang berusaha meningkatkan amalannya...Tak semua orang mampu melakukan kesemuanya, tetapi semua orang mampu melakukan sesuatu....Jangan malu berbuat baik di hadapan orang...Kalau malu, sampai bila 'confident level' kita nak meningkat...?.Bila tak meningkat, kita akan masih berada di takuk lama....Jangan malu bagi kucing jalanan makan di depan khalayak ramai...Kita patut berbangga kerana kita buat apa yang orang lain tak buat...Bermula dengan satu dulu, kemudian barulah dua, tiga dan seterusnya....Ini adalah proses pembelajaran hidup yang mungkin kita terlepas pandang....Bila dah biasa bagi kucing jalanan makan, kita akan terbiasa dan rasa teruja pula untuk membantu mereka...Akan tetapi, janganlah terlalu taksub....Manusia yang kurang bernasib baik juga mesti dibantu...Dulukan yang mana patut didulukan....




Demi Allah dan Rasul, di depan mata PH sendiri berlaku satu peristiwa yang cukup meruntun hati...Orang yang kurang siuman pun ada meninggalkan sedikit makanan untuk kucing jalanan..Subhanallah, PH rasa betul-betul terkesima masa snap gambar ni...Dia meratah tulang peha ayam goreng dan meninggalkannya sedikit untuk kucing jalanan yang datang kepadanya walhal sebelum itu kucing tersebut berada di kaki sebuah meja yang diduduki oleh satu keluarga tanpa diberi secebis makanan...Malah, mereka sempat menghalau kucing tersebut dengan kaki...PH cukup hairan kenapa orang yang celik akal begitu sombong dengan haiwan jalanan termasuklah anjing yang dipandang hina....Jadi, kesimpulannya di sini orang gila lebih celik hatinya di dalam bab membantu haiwan...Syabas kepada pemilik Restoran Sri Leena kerana sering memberi makan kepada kucing jalanan, orang gila dan peminta sedekah yang mengemis di restorannya...Kini, restorannya telah berkembang maju...Mungkin berkat sikap belasnya terhadap makhluk yang kurang bernasib baik.....Syabas juga PH ucapkan kepada orang gila tersebut kerana masih mempunyai sikap belas terhadap kucing yang terbuang....Sesungguhnya, banyak yang PH pelajari dari peristiwa ini...



Hero tidak tahu perkara buruk dan baik yang berlaku di sekelilingnya, dia hanya tahu menyayangi adik-adiknya dan menyayangi PH... tapi dia pasti sedih bila mengetahui banyak kawan-kawannya di luar sana hidup menderita...Hero amat mengharapkan kita semua membela nasib kawan-kawannya di luar sana...




Kucing akan datang sendiri kepada kita bila dia terhidu aura yang positif...Jadi, awaslah bila ada kucing yang datang kepada anda untuk meminta makanan....Layanlah mereka dengan sebaik-baiknya...Jangan sombong kepada mereka...Kita tak tahu mungkin roh mereka sama dengan roh kita, cuma dijelmakan di dalam jasad yang berbeza...Wallahualam, hanya Dia yang Maha Mengetahui....




Di saat kita memberi bantuan kepada makhluk-makhluk yang terbiar ni, mungkin kita tak sedar pada waktu ketika itu pintu langit terbuka luas...Segala yang kita ucap pada masa itu mungkin akan diperkenankan olehNya...Beribu-ribu malaikat akan mendoakan kesejahteraan kita...Bukankah itu suatu yang amat bernilai...? Bagi PH, walau sedurjana mana seseorang itu pintu hatinya masih layak untuk menerima hidayah...Mereka masih layak menerima pengampunan dari Allah...Sedurjana seseorang manusia itu, pasti akan ada kemuliaan di hati mereka...
Justeru itu, kita sesama manusia harus mendoakan agar pintu hati si durjana akan menerima hidayah dariNya untuk bertaubat dan bukan dengan mendoakan sebaliknya...Sekiranya mereka adalah pembenci haiwan, doakanlah agar suatu hari nanti mereka akan menyukai haiwan....Allah akan tunjukkan juga nanti samada berupa balasan yang lembut ataupun keras...Yang penting, kita doakan perkara yang baik ke atas mereka...Belajarlah untuk memaafkan orang agar kita akan sentiasa dimaafi orang lain...




Banyak kisah duka PH dan Hero PH tak ceritakan kepada umum...Sebelum ini, PH belum pernah tinggal di rumah sebesar ini....PH tak pernah membayangkannya sama sekali....Akan tetapi, Allah itu Maha Adil ke atas setiap hambanya....Yang penting, kita tetapkan iman dan YAKIN bahawa Allah akan membantu mempermudahkan segala urusan kita....Setiap peristiwa hitam yang kita lalui pasti akan ada sinar gemilangnya di akhir nanti sekiranya kita cekal dan sabar....




Kucing-kucing di rumah PH semuanya ada kisah pilu yang tersendiri..Ada yang kena kemalangan, ada yang terkena buatan manusia dan ada yang cacat sejak azali....Siapa kata bela kucing cacat ni menyusahkan...? Ya, memang menyusahkan dari segi zahirnya...Tetapi natijahnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya...Ketahuilah bahawa kucing-kucing yang kita selamatkan ini sebenarnya adalah pembawa tuah....Semua orang boleh berjaya, tetapi tak semua orang mempunyai tuah...




PH adalah salah seorang yang mempunyai tuah itu....Anda juga ada...Kalau tak tahu tuah itu di mana, maka carilah tuah itu sampai dapat...Ianya ada berhampiran dengan anda...Kuncinya ialah kenali potensi diri dan selalu bersikap jujur....



Tanpa mengenali siapa mereka, maka hidup kita ini tiada kasih sayang yang lengkap...



Haiwan ini pasrah kepada Ilahi...Tiada ibu pun mereka boleh hidup...Tiada doktor pun mereka boleh beranak...Maka, adakah kita selama ini ada menyerahkan diri kepada Ilahi..? 
( Bismillahitawakkalhuallallah )



P/S :
Bila kita selalu bertawakal dan minta perlindungan dariNya, Insyaallah kita selamat...Jalan kita akan menjadi lurus dan tiada cacat celanya....Anak-anak kita pun dapat membesar di dalam suasana yang baik...Yang penting, kita bersama-sama berusaha meningkatkan amalan kita supaya mendapat keredhaan dariNya...Insyaallah...


Enhanced by Zemanta

Comments

  1. gambar yg plg last tu yg plg comel..huhu..kenapa pakai terbalik tu???
    hahahah

    ReplyDelete
  2. salam ph..saye pmnat setie blog ph ni..tp skang ni sye da mslh nk mntk tunjuk ajar ph..citenye cmni..sye ni stdnt..bru pagi td,sblom g klas,kt dpn uma sye,de seko ank kucin,kecik je..sye ngn mmbe2 uma sye pn cm kesian je kt die..tros kasi mnom susu..aleh2 smpy skang die dok tggu je kt uma kami..cadang nk bela..kesian sbb kecik sgt lg..tp tu la..kami ni stdnt..jarang dok uma..pgi smpy ptg dok kt studio je..n mmbe uma pn de sorg due yg takot ngn kucin..so kalu la ph da dlm situasi sye,pe ph wat??leh tak kasi tunjuk ajar scare detail kt sye..tulon yee

    ReplyDelete
  3. Harap sudi baca entry ini
    http://sharfynarzmiss.blogspot.com/2012/03/surat-untuk-mu-2.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular