Cabaran Sebenar Seorang Penyelamat Haiwan Di Malaysia
Saban hari kian berlalu...PH meneruskan kehidupan seperti biasa...PH kais pagi kucing makan siang, petang dan malam...Budak-budak ni tak reti nak bercakap kalau mereka sakit...Mereka tak reti nak menangis kalau kena pukul...Kalau kena pukul, mereka hanya mampu menjilat semula tempat yang sakit dipukul tu...Manusia memang kuat dari mereka, tetapi itu tidak bermakna manusia boleh membuat sesuka hati terhadap mereka....Kalau nak diikutkan fitrah alam ni, manusia tidak berhak untuk membunuh haiwan sesuka hati melainkan sekiranya ada sebab musabab yang tertentu...
Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia berprasangka buruk terhadap kucing dan anjing ni...Mereka ni bukanlah makhluk perosak seperti tikus...Kehadiran mereka di jalanan kadangkala mengundang rasa tidak selesa di kalangan penduduk setempat...Tapi cuba kalau mereka ditempatkan di tempat yang sepatutnya, mereka ni sebenarnya boleh menjadi sahabat kepada manusia dan terapi kepada mereka yang menghidap penyakit kronik...
Hector juga pernah menjadi mangsa kekejaman manusia...Masa PH jumpa dia, lehernya diikat dengan tali rafia dengan begitu ketat sekali dan ekornya berdarah...Bila diperiksa, bahagian hujung ekornya telah dikerat...Apalah dosa mamat ni sehingga diperlakukan sedemikian rupa...
Si Yoyo memang suka lompat kat peha PH dan seterusnya memanjat sehingga ke dada...PH tak pernah ajar dia berbuat begitu...Dia sendiri yang nak...Ini menunjukkan bahawa mereka sangat berterima kasih dan menyayangi orang yang telah berbudi kepada mereka...Yang pasti, mereka ingin menyayangi manusia dengan sepenuh jiwa dan raga mereka...Mereka tidak pandai berpura-pura...
Telah sekian lama PH membuat kerja-kerja mengutip kucing di tepi jalan...Kalau nak dikira, tak terkira dah sebenarnya....Cuma, kelebihan PH ialah PH mempunyai blog sebagai diari dan wadah untuk sama-sama mengajak masyarakat agar menyayangi mereka....
Namun ianya tidak semudah yang disangka....Bagi PH, cabaran sebenar untuk menyelamatkan seseekor haiwan bukanlah terletak kepada penderitaan haiwan itu, tetapi cabaran yang sebenar-benarnya terletak kepada manusia di sekeliling kita yang asyik memerhati dan mencari kesalahan si penyelamat haiwan tersebut...Hero juga tidak terlepas dari menjadi bahan cacian dan makian dari mereka yang buta hatinya...Hero digelarkan kucing cacat sedangkan PH tak sampai hati untuk menggelarkannya sebegitu semenjak tujuh tahun bersamanya....PH pula telah menerima beberapa ancaman dan serangan-serangan yang berunsur peribadi samada menerusi internet mahupun di telefon...Hero juga pernah didoakan agar cepat mati supaya PH dan Kakimotong jatuh tersepuk...Ianya sangatlah menyakitkan...Mereka yang berkata sedemikian rata-ratanya mengaku pencinta haiwan...dan apa yang mereka inginkan ialah melupuskan PH dan Hero dari atas muka bumi ini....Begitulah busuknya hati seorang manusia...Hero dan Kakimotong telah banyak mengajar PH apa itu hidup dan keikhlasan...Namun begitu, setiap kali PH menatap wajah Hero, PH sedar yang dia atau PH hidup takkan lama....PH gagahkan juga untuk meneruskan perjuangan ini walaupun PH dah amat letih sebenarnya...
Anjing juga sangat suci hatinya....Haiwan istimewa ini bertindak mengikut nafsu kerana mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir seperti kita semua....Kalau kita mempunyai akal tetapi bertindak mengikut nafsu, maka inilah yang membezakan darjat kita dengan mereka...Haiwan ini tiada perasaan hasad dengki seperti manusia walau sekelumit pun....Mereka juga seringkali berzikir menyebut-nyebut nama Ilahi, siapalah tahu kan...??
Nota PH :
Ingatlah...Rezeki yang datang kepada kita bukanlah sekadar berbentuk wang ringgit dan harta benda...Ada rezeki yang datang secara ghaib, yakni benda yang kita tak nampak tapi kita dapat rasa...Kalau kita mempunyai sifat-sifat hasad dan dengki, itulah di antara puncanya kenapa rezeki kita selalu tersekat-sekat...Apa yang kita nak semuanya tak dapat....
PH tiada wang ringgit dan harta benda yang melimpah ruah, akan tetapi PH telah memperolehi rezeki ghaib yang tidak putus-putus iaitu didoakan oleh orang-orang yang PH tidak pernah kenali setiap hari...Alhamdulillah, ada juga hamba Allah yang sudi mendoakan kejayaan PH ketika beliau berada di hadapan Kaabah...
Usah kita sibuk untuk membuka aib dan kesalahan orang lain sekiranya kita tidak mahu aib kita dibuka kelak....Internet bukanlah medan untuk kita mencari tiket untuk ke neraka....Gunakanlah ia sebagai saham kita di alam barzakh kelak...
Hentikanlah sengketa...Buatlah sesuatu itu bermula dari bawah sebagaimana yang PH telah lakukan dulu...Gerak kerja yang berterusan serta diiringi motivasi diri yang tinggi sudah tentu akan membuahkan hasil..Yang penting, kita mestilah berfikiran POSITIF...Buanglah perkara-perkara negatif yang seringkali menyumpit-nyumpit sanubari kita semua...Jadikanlah kejayaan orang lain sebagai pendorong untuk kita juga berjaya seperti mereka...
Sesungguhnya itu segala yang negatif itu adalah datang dari bisikan Syaitan...Apabila kita melihat sesuatu kebaikan yang telah dilakukan oleh orang lain, hati kita pasti akan berbisik sendiri betapa murninya usaha si polan ni...Harus diingat, bisikan suara hati kita yang pertama itulah suara hati kita yang sebenarnya...Kecil dan halus jer nadanya...Manakala bisikan suara hati kita yang kedua adalah bisikan hati Syaitan...Besar dan garau bunyinya...Elakkanlah dari menjadi Ahli Neraka...Inilah pesan Tok Guru Ayahanda PH...Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang...
Salam Pencinta Haiwan dari Simpang Tiga Segambut dan Cheras Semerah Padi
( SSS )
Sekian
Biarpun Hero satu hari nanti akan pergi tapi saya akan tetap menyokong perjuangan KAKIMOTONG.. perjuangan KAKIMOTONG mungkin tercetus dari HERO tapi bukan hanya untuk hero tapi untuk semua haiwan terbiar di luar sana. Hero adalah icon kucing jalanan yang teraniaya.. HERO adalah bukti kekuasaan Allah.. yang berhak menghidupkan & mematikan makhluknya. Doa2 yang baik Insyaallah di makbulkan.. doa2 yang berunsur khianat & hasad dengki mohon Allah jauhkan.. Amin
ReplyDeleteYaRabbi...Apa masalah si gila yg doa Hero cpt mati tu? Sakit otak ka kanser hati dia tu? Entah2 berulat kot hati dia tu sampai tahap mendoakan yg buruk2 ke atas hamba ALLAH yg tak berdosa seperti Hero. Manusia ni macam2 gila...sabar yea PH. Saya & keluarga pun kena macam2 & usaha selamatkan haiwan yg kami buat dipandang jijik & serong oleh manusia2 yg akal tak cukup. Tambah mengeruhkan keadaan, saudara-mara sendiri pun ada yg berhati busuk sama macam jiran2 yg anti haiwan yg melemparkan tohmahan ke atas kami. Yang penting, ALLAH Maha Mengetahui niat sebenar hambaNya. Steady PH!
ReplyDeletekucing² ni tak pernah gagal untuk menjadi terapi dalam hidup saya...diorg lah peneman di kala duka...
ReplyDeleteALLAH maha Adil...setiap agama mengajar umatnyer supaya berbuat baik dan berbakti pada smua makhluk...
Semoga sentiasa sukses =)