Kini Si Jojo Telah Kenal Apa Itu Erti Penyesalan

Dua hari yang lepas, kelibat Si Jojo tidak kelihatan sejak petang...Entah ke mana si jantan ni pergi bisik hati kecil PH...MH pun tak nampak ke mana dia pergi...Selalunya kalau di waktu petang ada jer dia tercongok di depan pintu pagar rumah sambil menggoyang-goyangkan ekor nak makan ayam kepsi ( KFC )....PH cuma fikirkan yang baik-baik sahaja...Maklumlah, PH telah melalui beberapa pengalaman sedih dengan anjing ni....Dulu di rumah ada sepuluh ekor anjing jalanan yang PH 'pelihara' di luar perimeter rumah...Kesemua mereka tersangatah baik dan berdisiplin...Kencing berak mereka semuanya di tempat lain, tak pernah pun mereka membuangnya di sekitar rumah..PH masih ingat lagi kisah Si Sally, Max, Adeq, Tyson, Bobby, Tiger, Bear, Sera dan banyak lagi...Mereka semua telah ditangkap oleh pihak majlis perbandaran kerana menerima laporan dari penduduk tempatan yang mengatakan mereka mengganggu ketenteraman....PH tak tahulah apa nasib mereka...Entah hidup entahkan mati....

Bagi PH, mereka yang melaporkan juga tidak boleh dipersalahkan juga...PH salahkan pemilik anjing yang sengaja membiarkan anjing-anjing mereka berkeliaran tanpa kawalan....Walhal nak buat lesen anjing cuma RM10 ajer...Inilah yang amat PH kesali...Sikap cuai si pemilik haiwan istimewa ini menjadi beban kepada penduduk setempat apabila berlaku pembiakan populasi anjing yang tidak terkawal lagi, lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku di kawasan kejiranan yang beragama Islam...Akta dan undang-undang ada termaktub, tetapi penguatkuasaannya amatlah lemah...Entah bilalah agaknya perkara ini akan berubah....

Berbalik kepada cerita Si Jojo ni tadi, pada malam harinya selepas PH dan famili pulang dari makan malam kelibat Si Jojo ni masih tidak kelihatan...PH takut dia juga menerima nasib yang sama seperti anjing-anjing yang terdahulu....Lantas itu, PH mengetuk pintu pagar rumah jiran Cina sebelah dan bertanyakan mengenai Si Jojo...Jiran Cina PH kata tadi dia nampak Si Jojo telah bergaduh dengan seekor anjing yang besar...PH kenal anjing yang serang Jojo tu..Badannya besar, tinggi dan ada kolar, sekaligus menunjukkan bahawa anjing tersebut ada pemiliknya...Tambah jiran PH lagi, dia dah cuba leraikan dan selamatkan Si Jojo tetapi mereka berdua telah lari entah ke mana...

Apabila mendengar berita tersebut, PH dah mula tidak sedap hati...Nak dibiarkan, PH amat tidak sampai hati...Dah setahun lebih Si Jojo ni selalu lepak kat rumah PH menjaga kawasan rumah....Lantaran itu, PH pun mengambil tali tambat anjing dan segera melakukan gerak kerja mencari secara berseorangan sementara MH menguruskan hal si kembar dan kucing-kucing PH...

Akhirnya, tidak sampai 10 minit pencarian PH berhasil....PH menemui Si Jojo terbaring di atas rumput tepi jalan sambil melolong....Terus PH berlari ke arahnya..Setelah PH periksa, PH dapati kakinya ada kesan luka yang telah kering darahnya...Ada kesan dua lubang taring di kaki kiri sebelah depan...Si Jojo sudah tidak boleh berjalan akibat sakit yang teramat sangat barangkali...Badannya juga menggigil ketakutan...PH berpatah semula untuk mengambil sarung tangan getah dan terpaksa dukung Si Jojo ni untuk membawanya pulang ke rumah...Nasib baiklah keadaan bulunya kering....PH letakkannya di ruang meletak kereta di rumah sementara menunggu hari esok untuk membawanya ke klinik haiwan...PH menggunakan sehelai kain pelekat lama untuk selimutkan tubuhnya supaya dia berasa panas....


Lukanya telah pun PH bersihkan dan bubuh minyak gamat....Bisa taring telah menyerap masuk ke dalam darahnya dan kakinya sudah mula membengkak...Lukanya nampak kecil tapi PH tahu bisanya bukan kepalang....Si Jojo sampai tak boleh berdiri langsung...Setelah semuanya selesai, PH pun masuk ke dalam rumah untuk tidur...


Pada pagi esoknya, Si Jojo ni dah beralih tempat....PH risau sangat tengok keadaannya...PH takut dia diserang demam...


PH tahu dia hanya tidur-tidur ayam jer....Mungkin ianya disebabkan kesakitan yang teramat sangat...Emosinya juga mungkin telah terganggu...Sebelum PH nak bertolak ke klinik haiwan, PH bagi Si Jojo ni makan kibbles...Oleh kerana lapar, dia gagahkan juga untuk bangkit...Habis semangku kibbles dia bedal...Wah..!!! Sakit tu sakit juga...Makan pun makan juga yer...PH tersenyum jer melihat dia makan....


 Akhirnya sampai juga PH di klinik haiwan di Semenyih ni...Doktor memaksa Si Jojo ni bangun untuk memeriksa tahap kecederaannya...Menurut doktor, kaki Si Jojo belum mencapai tahap yang serius lagi...Bisa kuman taring baru nak merebak kerana kakinya telah mula bengkak...Kalau dibiarkan, ianya akan bermula dengan nanah, kemudian daging akan membusuk dan berulat seterusnya boleh membawa kepada kematiannya secara terseksa...Terus PH terbayangkan nasib anjing-anjing jalanan yang di luar sana yang mempunyai luka yang parah...Tak dapat PH nak bayangkan bagaimana mereka menghadapinya seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa...


Beberapa kali PH terpaksa mententeramkan Si Jojo ni...Dia sibuk nak lompat dari meja rawatan...Tak sedar diri betul...!!! Kan kaki tu sakit, kenapa nak lompat plak...?? Alahai Jojo ni...


Doktor tersenyum jer melihat gelagat PH dengan Si Jojo ni....Tapi dia tak kata apa pun...Doktor ni memang pemurah senyuman...hehehehe....


Jojo telah menerima empat jenis suntikan....PH cakap kat doktor tu "U bagilah berapa jep yang U nak bagi kat si jantan ni...Biar dia tahu apa itu erti penyesalan..."...Doktor dengar pun tergelak....hehehehe


Nah Amekaw..!!! Doktor kata, di antara 4 jep yang dia bagi, hanya satu jer yang sakit....


Jep yang sakit tu doktor bagi last sekali..Tu yang sampai terangkat muntut Si Jojo ni...Terlepas jep tu dari tangan doktor....Adehh...!!! Sekarang Jojo telah tahu apa itu erti penyesalan...PH pulak yang kena tenangkan dia yang tengah menggelupur tu....hehehehe...


Selain diberi suntikan vaksin dan antibiotik, Jojo telah diberi ubat cacing dalam bentuk pil...Besar juga pil tu...Kalau masuk mulut Hector memang tak muat langsung...PH tergelak tengok hidung Si Jojo ni...Agak-agak macam hidung apa..???? hahahahaha


Lepas PH turunkan Si Jojo ni ke lantai, tahu-tahu jer dah boleh jalan dah...PH pun tak faham...Si jantan ni berlakon lagi ke..??? Dahlah hari tu pura-pura sakit nak mati sebab nak makan ayam kepsi ( KLIK SINI )...Haisshhh...!!! Macam-macamlah si jantan ni...adehhh...


Kemudian PH dan MH menerima penerangan dari doktor mengenai waktu pemberian ubat buat Si Jojo ni...PH cadang nak buatkan lesen anjing untuk Si Jojo ni...Doktor pun mengesyorkan benda yang sama dan Alhamdulillah, beliau sudi membantu...PH nak buatkan lesen bukan bermakna PH nak bela Si Jojo ni secara rasmi, tetapi ianya adalah sekadar tanggungjawab yang PH cuba lakukan untuk Si Jojo ni...Ia juga berhak menikmati kasih sayang...Nak buat lesen RM10 ajer...Tu yang PH tak faham kenapa ramai pemilik anjing LIAT nak buat lesen anjing...Prosesnya hanya beberapa jam sahaja...


Masa MH sedang menerima konsultansi dari doktor, Si Jojo ni terbaring balik...Kini dia dah tahu apa itu erti penyesalan...


Bila PH tanya dia "Kau nak ayam tak...??"...Laju jer dia angkat kepalanya....Memang pandai berlakon si jantan ni....


Si Jojo ni adalah seekor anjing yang sangat baik...Sepanjang dia berada di luar perimeter rumah PH, belum pernah lagi dia membuang najisnya di depan rumah PH....Dia selalu berada di rumah PH pada waktu pagi, tengah hari, lewat petang dan tengah malam....Tu kira dia balik sebab nak makan dan minum...Selebihnya adalah waktu dia berdisko kat luar sana....


Petang yang mendung tu PH pun tunaikan janji kepadanya....Dia makan ayam kepsi tanpa prejudis...Tapi ayam ni PH beli kat restoran mamak...Kalau hari-hari beli ayam kepsi tokey vavi pun jual kandang....hehehehe


Nota PH :

Kini Jojo telah tahu apa itu erti penyesalan...Kalau tak kena, dia takkan tahu...Sekarang dah kena empat das jep, baru dia tahu...
Lepas ni PH akan usahakan untuk buatkan lesen untuk Si Jojo ni...Jangan risau, PH tak membelanya secara rasmi...Dia tetap dengan habitatnya...Sebagai umat Islam, PH tetap akur dengan  hukum syarak...Cuma, PH terpaksa bertahan untuk menjadi Punching Bag oleh segelintir golongan manusia selepas entri ini disiarkan...Percayalah, Islam itu mudah...Apa yang PH lakukan sekarang adalah mempraktikkan semula apa yang PH belajar di sekolah agama dulu...Ilmu kalau disimpan lama-lama berhabuk juga....Untuk kerja menyamak dan menyertu tidaklah sesukar manapun...Untuk PH, kalau nak senangkan kerja PH pakai sarung tangan getah jer...Kalau kalian takder, pergilah beli untuk standby...Manalah tahu kita memerlukannya satu hari nanti...

Beginilah muka Si Jojo setelah kenal apa itu erti penyesalan...Tu la, gaduh lagi...


Untuk menghilangkan rasa was-was kalian semua terhadap anjing, silalah baca di sini ( KLIK SINI )...Dan ingatlah, ilmu tanpa amal juga tiada gunanya...Sebab tulah golongan orang yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari ni kuat komplen....

Membaca Adalah Jambatan Ilmu
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. salam sy hnya ingin berkongsi pngalaman.anjing yg ditgkap majlis bandaran slalunya mmg akan put to sleep sekiranya owner anjing tersebut xdtg cari. tp sy xsure bpe lme tempoh sblom dimatikn tu. n anjing yg ditempatkan di animal shelter yg ditgkap oleh mjlis bndran jga sllunya akn dimatikn. sy rse kesian tp apela yg sy mmpu buat

    ReplyDelete
  2. Salam PH...kalau anjing yang ada lesen selamat ke dilepeaskan merayau-rayau? Yang saya tau, kalau ada lesen sekalipun, tetap tak boleh lepas bebas berkeliaran sebab kalau ada operasi, si pembunuh-pembunuh majlis perbandaran akan tangkap & bunuh jugak. Tak tau la kalau majlis perbandaran kat area tempat PH lain tapi kalau tmpt saya, org2 MPSP ni jadi gila kalau tak bunuh anjing. Anjing tu tak gila, maintain je. Pembunuh-pembunuh tu yg gila tapi diaorg tak sedar diri. Sadis sungguh...

    ReplyDelete
  3. Soalnye.. Kalo ph bela secara rasmi pun.. Pe de kisah dgn org2 munafik tuh.. Berabih duit mak pak hang ka.. Bak kate ph pun.. Ilmu kalo x d praktik kan.. Munafik lah.. Ckp je pandai.. Kalo beralasan kukuh.. Pesal plak xbuleh.. Jage rumah.. Cara penjagaan pun x menyusahkan.. Bkn bela chihuahua dok men2.. Dok pakai bj fesyen2.. Bkn dok tido dlm umah.. Sek dorg kalo stakat agame rendah.. P blk tanye tok hang la.. Sungguh la yg benama melayu itu.. Bkn islam.. Islam itu.. Bkn melayu..

    ReplyDelete
  4. Gud job PH cz tlg jg jojo.hargai sgt2..

    ReplyDelete
  5. I can't say anything after going through into jojo story....it's so touching....may god bless u family n all the lovely pets that u care..ph.

    ReplyDelete
  6. I can't say anything after going through into jojo story....it's so touching....may god bless u family n all the lovely pets that u care..ph.

    ReplyDelete
  7. PH good job..u are very kindly guy..May Allah bless u and family..

    ReplyDelete
  8. muka minta belai2 manja...comeyy jekk muka penyesalan tu...suka tgk pic jojo tgk momtot kena jep...huhuhuhu!!! mesti dia fikir ape laaa doktor cucuk nie....huhuhuhuhu

    cepat baik yer jojo....

    ReplyDelete
  9. dr kecik lg, family sy ade bg mkn anjing, anjing2 ini ditinggalkan oleh pemburu babi, bila babi dapat, anjing dia tinggal mcm tuh jek, mak kesian pastu dia bg makan, lama2 dh jadi mcm umh dia plak tp xpe sbb dia teman mak gi noreh getah...

    ReplyDelete
  10. betul sgt2 2 PH...tp x pe sy tetap sokong PH...ramai sgt org2 kita yg masih cetek fikiran...

    ReplyDelete
  11. Sy pernah dapat surat layang ntah dari siapa sebab bagi makn anjing.. Kesian anjing tu kurus sgt. Anak dia ada 6 ekor.. Sya bkn bg mkn dalam pgr pun.surat tu berbunyi" sebagai seorang guru cikgu perlu tunjuk contoh yang baik untuk murid.Xkan cikgu x tau anjing ru najis.xkan cikgu xtau xtau hukum bela anjing, sekiranya perkara ini berterusan saya tidak teragak2 untuk melaporkan cikgu kepada pihak atasan.. Kami tidak mahu guru seperti cikgu mengajar anak2 kami" surat tu saya abaikan je.. Sbb saya bkn bela pun.. Tapi 2 hari lepas tu anjing 7 beranak tu dah x muncul 2 lagi.. Tak tahu mana hilang.

    ReplyDelete
  12. Sy pernah dapat surat layang ntah dari siapa sebab bagi makn anjing.. Kesian anjing tu kurus sgt. Anak dia ada 6 ekor.. Sya bkn bg mkn dalam pgr pun.surat tu berbunyi" sebagai seorang guru cikgu perlu tunjuk contoh yang baik untuk murid.Xkan cikgu x tau anjing ru najis.xkan cikgu xtau xtau hukum bela anjing, sekiranya perkara ini berterusan saya tidak teragak2 untuk melaporkan cikgu kepada pihak atasan.. Kami tidak mahu guru seperti cikgu mengajar anak2 kami" surat tu saya abaikan je.. Sbb saya bkn bela pun.. Tapi 2 hari lepas tu anjing 7 beranak tu dah x muncul 2 lagi.. Tak tahu mana hilang.

    ReplyDelete
  13. cumel la jojo.. teringat kat anjing kwn sy..sin chan..heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular