Berita Terkini Si Tina - Digigit Anjing, Digilis Kereta, Jatuh Ke Dalam Longkang Berair Selama Lebih Dari 24 Jam dan Terbiar Di Sebuah Rumah Kosong
Baru-baru ini PH telah pergi beraya di rumah tuan Si Tina dan sekaligus dapat juga PH dapat melihat perkembangan Si Tina dari dekat....Alhamdulillah, keadaan Si Tina sangatlah menggembirakan PH...Matanya bersinar dan bulunya sangat berkilat...PH amat terharu dengan penjagaan rapi yang telah diikhtiarkan oleh pemilik Si Tina ni...Bagi beliau, tiada alasan untuk tidak memberikan komitmen jika sikap prihatin dan sayang terhadap kucing-kucing jalanan yang tidak bernasib baik telah sebati di lubuk sanubari...Beliau juga dengan merendah diri berkata beliau hanya menjalankan kewajipan kepada Allah SWT...Sebagai khalifah, beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik...Syabas juga kepada kedua orang anaknya dan salah seorang rakan sekerjanya yang turut bersama-sama berganding bahu untuk memberikan yang terbaik buat Si Tina dan kucing-kucingnya yang lain...Kepada pembaca yang terlepas mengenai kisah Si Tina ni, PH ceritakan serba sedikit mengenainya...
Si Tina ni juga mempunyai kisah silam yang sangat pahit...Dia telah digigit anjing, kemudian digilis kereta, terjatuh ke dalam longkang yang berair selama lebih dari 24 jam dan kemudian diselamatkan oleh seseorang yang berhati mulia bernama Lai Teddy ( nama Facebook )...Kisah penuhnya boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )...Syabas juga PH ucapkan kepada Dr Zul dan Misi Rizal kerana telah memberikan sepenuh komitmen untuk membantu Si Tina...Beberapa siri kejayaan di dalam surgeri ( pembedahan ) Si Tina telah membuktikan kredibiliti beliau sebagai doktor veterinar yang bertauliah...PH yakin masa depan beliau sangat cerah dan PH mendoakan agar beliau bakal menjadi doktor haiwan yang disegani suatu hari nanti...Untuk makluman, kisah pilu Si Tina ini juga telah disebut secara umum di dalam slot Rancangan TAKDIR di TV3 pada bulan Julai yang lepas...Disebabkan kecederaannya yang parah, Si Tina telah lumpuh di bahagian pinggang ke bawah...
Di sepanjang PH bersama Si Tina baru-baru ini, senyuman tidak pernah lekang dari bibir...Si Tina mungkin masih ingat kepada PH kerana dia asyik menggesel-geselkan pipinya ke tangan PH ( KLIK SINI )...Ketika merakam video ini, air mata PH mengalir dengan laju...
Menurut penjaga Si Tina, untuk menjaganya bukanlah sesuatu yang mudah...PH rasa, kalau tak cerita di sini pun kalian semua tahu betapa beratnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh penjaganya...Tina ditempatkan di sebuah tempat khas yang tersangat bersih...
Kalian lihatlah sendiri betapa bersinarnya mata Si Tina...Semasa kisah Si Tina sedang hangat diperkatakan, ramai yang telah mengalirkan air mata kerana terharu dengan ketabahannya ( KLIK SINI )...PH sendiri telah mengalirkan air mata semasa melawatnya di wad ketika dia sedang sakit tenat...Sedih sangat melihatkan keadaannya...Ketika itu, Si Tina sedang bertarung dengan maut...Tiada apa yang dapat menggembirakan hati PH selain dari mendengar berita bahawa Si Tina sudah mula mahu menangkap burung di taman setiap hari....Sebenarnya, dulu keadaan Si Tina sudah terlalu teruk dan harapannya untuk terus hidup adalah terlalu tipis...Begitulah kata beberapa pakar haiwan setelah bermusyawarah bersama dengan Dr Zul...Si Tina memerlukan keajaiban untuk terus hidup...Alhamdulillah, berkat doa dari kalian semua, Tina sudah sihat sekarang...Inilah namanya keajaiban dari Ilahi untuk iktibar kita semua...Selagi ada daya, maka kita diwajibkan untuk berusaha...Itulah yang dilakukan oleh Dr Zul dan penjaga Si Tina ni...
Untuk makluman, inilah rumah yang direkabentuk oleh PH sendiri...Berhari-hari PH tidak tidur untuk menyiapkannya...Alhamdulillah, pada hari ini ianya tersergam indah...Terdapat lebih dari 30 ekor kucing di dalamnya...Kebanyakannya adalah kucing jalanan yang telah diselamatkan oleh pemilik Si Tina ni...
Bahagian dalamannya kini telah dihiasi dengan cantik...Girang rasa hati apabila melihat kucing-kucing yang ditempatkan di dalamnya dapat beristirehat dengan selesa...Segala usaha PH untuk membantu pemilik rumah kucing ini telah berjaya...
Bukannya mudah untuk memelihara kucing yang banyak terutamanya dari segi kos dan tempat...Makanan dan perubatan juga perlu diambil kira...Cara memelihara kucing juga perlu seiring dengan peredaran zaman...
Ini adalah rakaman video terbaru Si Tina ketika menziarahnya baru-baru ini....Gembira betul hati PH bila melihat Si Tina telah menemui kehidupannya semula...Ini semua adalah berkat doa dari kalian juga....Tak salah kalau kita mendoakan kesejahteraan untuk haiwan juga...
Dalam pada itu, sempat juga PH ziarah Si Wawa...Masih ingat lagi tak...?? Kisah pilunya boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )..
Wawa pun dah sihat...Syukur Alhamdulillah...Dia nampak bahagia...Sayu jer PH tengok dia hari tu...
Kini Si Tina dah 'steady'....Segala keperluannya telah dipenuhi terutamanya KASIH SAYANG...Pada pendapat PH secara peribadi, daripada kita membeli kucing di kedai-kedai haiwan adalah lebih baik sekiranya kita dapat berbakti kepada kucing-kucing jalanan ini...Tuah senantiasa ada bersama mereka dan kita jer yang selalu terlepas pandang...Usahlah melihat sesuatu itu secara zahirnya sahaja, tetapi lihatlah juga kepada perkara yang tersirat juga...Kalau kita selalu melihat perkara yang tersirat, kita sebenarnya telah membuka mata hati kita yang mungkin telah 'dibutakan'...
Nota PH :
Syabas kepada penjaga Si Tina ( nama enggan disiarkan )...Beliau adalah seorang yang sangat merendah diri dan berbudi bahasa....PH dan MH sangat mengagumi peribadinya yang sentiasa positif dan istiqamah, begitu juga dengan anak-anaknya...Banyak pengajaran dan hikmah di sebalik kisah Si Tina....Mereka yang pernah mengikuti perkembangan Si Tina satu ketika dulu pasti akan gembira apabila membaca entri ini....Si Tina adalah lambang ketabahan buat kita semua...Kalau nak dilihat secara halus, kucing juga tidak terlepas dari ujianNya, apatah lagi kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa...
Hero juga dah jumpa Si Tina secara berdepan...Sesungguhnya, peristiwa ini amatlah meninggalkan kesan di hati PH sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur....
Apa yang PH ingin sampaikan melalui entri ini adalah untuk sama-sama kita menyedari akan hikmah mengambil tanggungjawab...Kalau kita rasa memelihara kucing itu membebankan usahlah memeliharanya kerana ianya bakal mendatangkan azab kepada kucing itu sendiri....Membersihkan najis dan sangkar kucing setiap hari adalah salah satu rutin wajib bagi PH dan MH setiap hari...Kami berdua melakukannya secara bergilir-gilir dan ada zon-zon tugas yang telah dibahagikan...
Di dalam hidup kita ni tiada pilihan yang mudah...Di dalam setiap pilihan ada teknik penyelesaiannya...Maka, hanya teknik itulah yang perlu kita cari jalan dan pelajari untuk mempermudahkan setiap pilihan kita...
Work Smart, Don't Work Hard...
Cantik nyer rumah kucing yg PH design..btmbh cntik dan berseri bila dh dihias rapi oleh pemilik si Tina..Tahniah dan syabas PH dan pemilik si Tina..semoga Allah merahmati kalian semua..Amin..
ReplyDeleteBang PH saya nak minta cari org yg sanggup jaga kucing saya (hepet)utk 3 thn je, jantina-male. saya ada 4 ekor kcg (1 kucing kurang upaya-KKU), 1 saya nak bawa blk kpg (mak ayah saya pon dah ada 3 tidak termasuk kucing2 lain yg mak&ayah saya beri makan), 1 lagi kawan baik saya sanggup jagakan, KKU saya x sanggup bagi kat orng coz dia lumpuh. makan minum & lain2 keperluan perlu diuruskan. Hepet shj yg blm dpt cari tuan. Sy betol2 perlukan bantuan. hrp reply kl ada. further info saya akan maklum kl ada yg sudi jaga hepet.
ReplyDeleteSy pn plan nk buat 1 rmh kcg utk 10 ekr kcg sy ni...tgh pk lg mcm mane btk rmh tu...tgk rmh yg PH buat ni, dptla skt idea...very nice...
ReplyDeleteLazimnya ruang tanah yg luas belakang umah org sambung utk diri sendiri tp tuan Tina neh sungguh mulia berkongsi dgn kucing2 jlnan. Mmg mulia sungguh hati beliau sekeluarga. Sy tersentuh.. Gambo yg last tuh namanya gambo cari mkn PH.. Hehhe
ReplyDeleteSi Tina tu dia seret kaki belakang ye? Ala kesiannya.
ReplyDelete