Kisah Dua Ekor Anak Kucing Menyusui Ibunya Yang Telah Mati Dilanggar

PH amat terharu apabila terbaca sebuah kisah yang ringkas tapi padat dengan pelajaran insani....Kisahnya ialah mengenai dua ekor anak kucing yang masih menyusu telah kematian ibunya...PH difahamkan bahawa ibu anak kucing malang tersebut telah mati dilanggar kenderaan...Anak kucing yang tidak memahami apa-apa itu telah menyusu ibunya walaupun ibunya telah mati...Kejadian ini telah dilihat sendiri oleh Saudara Azrulizwan bin Amran...Ketika menyusu, anak-anak kucing tersebut dibiarkan menyusu buat kali terakhir oleh Saudara Azrulizwan sehinggalah mereka tertidur kekenyangan...Selepas mereka tertidur, insan yang berhati mulia ini telah menunaikan amanah yang telah 'diberikan' kepadanya iaitu menanam jasad ibu kucing ini sejurus selepas anak-anaknya puas menyusu...Berikut adalah Personal Message yang PH terima dari beliau di Facebook...


"PH dua ekor budak ni saya jumpe sedang menyusu dgn ibunya yang telah mati kene langgar... Masa saya nak tanam ibu dia.. Dia dtg kat ibu dia dan terus menyusu.. Saya biarkan dulu sampai dua budak ni puas.. Sampai dia tertido.. Baru saya angkat budak ni dan tanam ibu dia.. Sekrang dibawah jagaan saya.. Menitis air mata tngok keadaan budak dua ekor ni.. Masih perlukan susu ibu walau ibu diorg da mati.. Nanti ph dtg muar bleh la tngok si Mojo n Milo ni ye.."


Nota PH :

Begitu indahnya apabila kita dapat berkongsi perasaan sebegini kepada rakan-rakan dan masyarakat...Ini bukan bererti menunjuk-nunjuk baik atau sebagainya ( selepas menyelamatkan haiwan )...Ini juga adalah testimoni dan teladan untuk dijadikan iktibar dan ikutan masyarakat agar kita sama-sama dapat bersatu membantu mereka...Ini juga adalah bukti bahawa masih ada lagi rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu yang sangat prihatin dan menyayangi haiwan...


Justeru itu, sesiapa yang berpotensi untuk membantu Saudara Azrulizwan bin Amran ni, boleh hubungi beliau melalui Facebook dengan KLIK SINI...

Kepada Saudara Azrulizwan, JUTAAN SYABAS dan TAHNIAH PH ucapkan di atas keprihatinan kamu....Teruskanlah usaha sebegini agar nasib haiwan jalanan terbela..Walaupun hanya seekor yang kita bantu, tetapi tidak mustahil mereka jugalah yang bakal membantu kita ketika berada di Padang Mahsyar nanti...

Jangan kita hanya pandai berkata-kata sahaja...BUAT dan JUST DO IT....

Comments

  1. Tahniah Azrulizwan..

    Pgi2 jumaat bergenang air mta bce entry psl budak kecik 2ekor..

    smge mreke akn trus sihat dan jgn noty2 ye..

    InsyaAllah..AMIN..

    http://ielahinagiku.blogspot.com/

    Jmput singgah ke teratak sy ye PH..

    ReplyDelete
  2. Sedih sesangat....

    Moga Allah berikan keberkatan kpd PH dan semua insan2 mulia yg terlibat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular