Al Kisah Si Motet, Vaksin Kucing, Ubat Cacing, Kucing Mata Buta dan Ayam Upin Ipin

Semalam PH telah membawa Si Motet a.k.a Opmotet Prime ( sebab dialah yang selalu 'Transform'kan pasu bunga kat rumah dari atas meja ke bawah meja )...Turut PH bawa bersama ialah Si Shark, Si Minnie dan Si Gegurl....Lebih kurang jam 8.30 malam PH tiba di sana...Sampai sahaja di pintu masuk klinik Dr Zul, PH lihat ada banyak selipar di luar klinik...Perghh..Tak terkira berapa pasang selipar yang ada..."Confirm' ramai nih" bisik hati kecil PH...Ketika menaiki anak tangga, sempat juga PH disapa oleh seorang hamba Allah ni..."Owh..!!! Ni rupanya Along & Angah...Akhirnya dapat juga kita berjumpa..."..Setelah beramah mesra di tangga, kami pun terus menunaikan hajat masing-masing...Hamba Allah tadi baru sahaja selesai menghantar kucingnya untuk rawatan dan terus pulang...
PH membawa 'pet carrier' ala-ala tempat meletak ketam batu yang diberikan oleh Dr Zul tidak lama dulu...Adehhh...Lucu pula nampaknya..Tetapi walaupun begitu, 'pet carrier' ni amat praktikal...Besar dan selesa....Nak lock pun senang...Si Tortie ni menjeling Si Motet kat dalam sangkar ketam batu tu...hehehehe


Sementara menunggu giliran, PH membuat sedikit 'photoshoot' kat kucing-kucing Misi Rizal dan kucing Dr Zul....Si Tortie ni muka dia masam tapi selalu buat kelakar...



Yang ni pula Si Baby...Comel sangat tengok dia baring bersimpuh ( kalau orang kita panggil duduk bersimpuh )...Mata dia berlainan warna..Sebelah biru sebelah kuning...



Untuk mengelakkan Si Motet ni rimas kat dalam sangkar ketam batu tu, PH keluarkan dia kejap bagi dia ambil angin...



Habis satu klinik dia tawaf...



Oleh kerana Si Motet ni tak boleh duduk diam, PH 'park' dia buat sementara di dalam sangkar sekali dengan Si Gegurl....



Begitu juga dengan Si Minnie...PH perlu membantu Si Minnie untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati matanya...PH tidak pasti sama ada matanya memang buta semenjak lahir ataupun disebabkan penyakit....



Yang tua perlu didulukan...Setelah giliran PH tiba, Si Opmotet Prime mendahului proses rawatan...Adik-adik angkatnya menunggu di luar...Dr Hezri yang menyantuninya untuk proses timbang berat badan....Si Motet ni nampak pelik jer muka dia...Terkembang-kembang 'paw'nya...hahahaha



Si Opmotet Prime ni kelakar betullah....Adeehhh...Habis riuh bilik rawatan Dr Zul dengan keletahnya...PH tergelak bila melihat Si Opmotet Prime ni tergeliat-geliat bila muntutnya disumbat dengan termometer....Kesian pun ada...Tu lah, kalau bukan kita yang nak jaga mereka, siapa lagi...kan...?? Motet di beri ubat nyahcacing dan ubat kutu...Takde apa-apa dia tu...Alhamdulillah dia sihat-sihat jer....



Menyusul kemudian ialah giliran Si Shark..Tempoh kuarantinnya selama dua minggu ( PH kuarantin hampir 3 minggu ) telah tamat...Maka proses seterusnya ialah vaksin serta ubat nyahcacing...



Seperti biasa, suhu badannya diperiksa terlebih dahulu...


Nampak gayanya, keadaan Si Shark tidak mengizinkan untuk divaksin...Dia mengalami flu yang agak teruk...Maka, ubat flu, nyahcacing dan ubat mata yang diberi buat masa ini...Apabila keadaan mengizinkan, PH akan bawanya lagi ke klinik untuk divaksinkan...Alhamdulillah, Si Shark tidak mengalami sebarang jangkitan virus yang berbahaya...Namun begitu, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan   Semuanya di atas nasihat dari Dr Zul dan Misi Rizal D' Gojes...Perkara yang baik perlulah kita ikut....


Kemudian, giliran Si Minnie pula untuk menerima rawatan...Setelah berat badannya diambil, tanpa berlengah Dr Zul dan Dr Hezri terus memeriksa keadaan matanya....Hasil dari pemeriksaan tersebut, Dr Zul berpendapat bahawa mata Si Minnie mungkin pernah terkena jangkitan sama seperti Si Gegurl...Bola matanya yang rosak mungkin telah terkeluar dengan sendiri akibat digaru ataupun beberapa sebab luaran yang lain...Si Minnie terpaksa dimasukkan ke wad untuk 'observation'...Bahagian matanya yang kosong itu perlu dibersihkan ( flushing ) sebelum dijahit...


Vaksin, ubat kutu dan ubat nyahcacing juga telah diberikan kepada Si Minnie....Diam sahaja dia tak banyak buat hal...Si Minnie memang manja yang teramat sangat...


Gambar di bawah menunjukkan Dr Zul memberikan ubat nyahcaing terhadap Si Minnie...


Setelah Si Minnie diletakkan di dalam wad, maka giliran kucing yang terakhir sekali iaitu Si Gegurl....Untuk mengetahui kisah Si Gegurl, boleh baca di sini 


Bahagian dalam matanya bernanah akibat jangkitan kuman...Mungkin bagi kita yang kurang arif nampak ngeri melihat keadaan sebegini, tetapi Dr Zul dengan tenang memicit nanah tersebut memancut dari matanya yang buta...


Inilah video yang dirakam oleh PH secara LIVE bagaimana Dr Zul memicit nanah sehingga memancut dari mata Si Gegurl yang buta...


Alhamdulillah, nanah telah berjaya dikeluarkan...Banyak juga nanahnya...MH sampai nak termuntah...hehehehe...Steady MH...


Bengkak matanya telah susut semula...Dr Zul akan melakukan rawatan susulan beberapa hari ini...


Begitu juga dengan Si Minnie....Kesian bila tengok kucing yang comel ini buta walaupun hanya sebelah mata...Tapi bagi PH, mereka tetap comel walaupun tidak dipandang sedemikian oleh segelintir manusia....


Setelah semuanya selesai, PH sekeluarga pun pulang ke rumah...Along dan Angah dah lapar...Nak makan ayam Upin Ipin katanya ( peha ayam goreng )...Sebaik sahaja PH turun dari kereta, PH terdengar ngiauan anak kucing yang sangat menusuk kalbu...Sangkaan PH benar...Ada seekor anak kucing kelihatan berjalan seorang diri di sebatang lorong di Pasaraya Sakan bersebelahan dengan Restoran Sri Leena....Aduhai ni mesti kes kena buang lagi...Maklumlah, pada musim perayaan memang ramai yang buang kucing 
Dipendekkan cerita, anak kucing malang ini telah selamat berada di rumah PH...Seperti rutin biasa, PH kuarantinkannya terlebih dahulu di luar rumah...Nanti PH akan ceritakan kisahnya pada entri yang akan datang...


Ada rezeki lebih sikit, PH santuninya dengan ikan goreng...Lahap betul dia makan...Tak tahulah dah berapa hari anak kucing malang ni tak makan...Kesian betul PH tengok keadaannya...


Setelah selesai makan malam di Restoran Sri Leena, PH pun pulang ke rumah...Along dan Angah dah menggosok-gosok perutnya tanda kekenyangan selepas bedal ayam Upin Ipin...Tiba-tiba PH menerima SMS dari seseorang yang memberitahu bahawa dia telah meletakkan seekor anak kucing yang menjadi mangsa buli di kawasan kejiranannya...Orang yang SMS PH adalah jiran lama dulu...Bila dah alang-alang ada kat rumah PH, Insyaallah PH akan buat apa yang patut kat anak kucing ni...


Owh yer...!!!! Ayam Upin Ipin untuk Si Jojo juga tidak dilupakan....Terbelalak jer bijik mata dia tenung ayam tu...Apabila mereka menghargai kita, kita juga perlu menghargai mereka...


Nota PH :
Doakanlah semoga Si Gegurl dan Si Minnie ni cepat sembuh yer...Ketahuilah bahawa pemvaksinan amatlah penting untuk haiwan-haiwan peliharaan tak kiralah walau anjing sekalipun....Kalau tak berkemampuan, lakukanlah ia dengan mengikut kemampuan....Kalau tak dapat buat sepuluh, bermulalah dengan satu dulu, buat ikut peringkat....Seribu batu perjalanan adalah bermula dengan satu langkah...Yang penting, kita perlu bermula....
Sekian
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Baru pahaam siket2 carA rawatan pd kucen bila PH letak gegambo mcm tuh. Syok baca.. Hihi

    ReplyDelete
  2. jumpa papa hero tapi malu nak tegur. kita tunggu dr zul untuk meow kita. tapi mati dah. semalam kita datang si Tortoishell asik cakar kaki kita je.. hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular