Susulan Mama Cat Dan Dua Beradik Kucing Econsave - Kini Selamat Menemui Tuan Yang Baru
Seperti yang diceritakan di dalam entri yang lepas, PH telah menulis kisah dua ekor adik beradik kucing yang telah PH kutip di depan Econsave Semenyih...Untuk mengetahui kisah pilu dua beradik ini bolehlah baca di sini
( KLIK SINI )...
( KLIK SINI )...
Dari hari pertama PH membawa mereka pulang ke rumah, gerak kerja untuk mencari adopter yang serius telahpun dijalankan siang dan malam...PH tidak nafikan bukannya mudah untuk melakukan gerak kerja sebegini, namun di atas prinsip hidup PH lakukannya juga...PH percaya yang PH boleh melakukannya...Dan PH yakin kalian semua BOLEH MELAKUKANNYA juga...
Gerak kerja dijalankan menerusi Facebook dan telefon...Alhamdulillah, selang beberapa hari kemudian ianya telah berhasil...Itulah kuasa Facebook yang PH kagum...Namun ianya tidak akan berhasil sekiranya PH tidak mendapat sokongan dari merea yang turut sama-sama mencarikan adopter kucing ini untuk PH termasuklah mereka yang SHAREkan fotonya ke wall Facebook masing-masing...Jutaan terima kasih PH ucapkan...
Maka PH pun pergi ke rumah tuan baru kucing Econsave ni...Dari Semenyih PH bertolak ke Shah Alam....Yang lebih menggembirakan, insan yang berhati mulia ini juga sanggup memelihara Mama Cat, kucing yang dilanggar kenderaan di Putrajaya...Pada asalnya, kucing ini telah dibawa ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan oleh Cik Sue Shaifuddin...Cerita mengenai Mama Cat dilanggar boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )...
Bagi sesiapa yang terlupa, inilah gambar Si Mama Cat ketika baru dilanggar kenderaan...Untuk makluman, Si Mama Cat ni telah melahirkan anak baru-baru ini tetapi kesemua telah mati akibat tidak cukup bulan...PH rasa, mungkin ia adalah impak dari kemalangan yang telah menimpanya....
Si Mama Cat kelihatan tenang sahaja ketika berada di rumah baru....Dia juga telah dikasikan bagi menjamin kesihatannya...
Beberapa kali Si Mama Cat ni menggesel-geselkan mukanya kat MH...Mungkin dia ingin mengucapkan terima kasih dan ingin mengucapkan selamat tinggal....
Ini adalah di antara kucing peliharaan tuan baru kucing Econsave dan Si Mama Cat...Gemuk dan comel sangat-sangat...
Buat sementara waktu, kedua beradik Econsave ini ditempatkan di dalam sangkar tiga tingkat yang selesa...Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat, kucing-kucing ini tidak bergaduh....Baik-baik sahaja mereka berempat ni...Si Mama Cat pula di tempatkan di dalam sangkar yang lain...Bekalan ubat-ubatan untuk Si Mama Cat juga telah dibekalkan kepada tuan barunya...
Tetapi, nasib tidak menyebelahi bayi yang dikandung oleh Mama Cat....Ada lima ekor kesemuanya tetapi dua ekor terlebih dahulu telah mati lebih awal..Yang di dalam gambar ni ada tiga ekor...Umur mereka ni panjang sedikit sahaja dari yang dua ekor yang mula-mula tu....
Alhamdulillah kesemuanya telah selamat PH sempurnakan....Setiap yang hidup pasti akan menemui mati...Kita juga tidak terkecuali...Sampai masa, kita semua akan turut menjejaki langkah-langkah mereka yang telah 'pergi'...
Nota PH :
Alhamdulillah...Banyak kes dah selesai dengan penuh susah payah, lebih-lebih apabila berhadapan dengan mereka yang berfikiran Negatif...PH tertarik dengan satu komen yang ditaip oleh Saudara Kamarul Hadli di Facebook Kakimotong Fan Club :
"Pesan Luqman Al-hakim kepada anaknya ; "Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia, maka org yg berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja, barang sesiapa mengenal kebenaran, itulah yg menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu".
Kini sangkar sudah kembali kosong sebab dah tak banyak kucing jalanan ditempatkan lagi...Jadi, bolehlah "Recycled" semula dengan kucing-kucing yang PH bawa pulang...Tetapi ini tidak bermakna PH boleh menerima permintaan dari mereka yang 'menyuruh' PH adopt kucing mereka...Testimoni PH dah buat banyak kali...Selepas ini jadilah seorang insan yang berani ambil dan memikul tanggungjawab yer...
Sehingga entri ini ditaip, kucing jalanan yang tinggal di rumah PH ialah Si Alakey, Si Shark dan Si Minnie....Sehingga kini PH masih mencarikan adopter untuk mereka...
Selagi PH bernyawa, selagi itulah PH akan cuba sedaya upaya untuk bersama-sama kalian di dalam menempuh cabaran ini...Kalau kita asyik dengar cakap orang, bila pula kita nak dengar cakap hati kita sendiri, kan...?? Buatlah pendirian dan standard di dalam diri mulai hari ini....Jangan biarkan hidup dikawal oleh orang lain...Jangan takut sekiranya kita hilang kawan...Tetapi takutlah apabila kita hilang pendirian...Lalang namanya tu...
Jutaan terima kasih juga PH ucapkan kepada Dr Zul dan Misi Rizal D'Gojes kerana telah menjalankan tugas dan beberapa siri surgeri dengan jayanya...
Selagi PH bernyawa, selagi itulah PH akan cuba sedaya upaya untuk bersama-sama kalian di dalam menempuh cabaran ini...Kalau kita asyik dengar cakap orang, bila pula kita nak dengar cakap hati kita sendiri, kan...?? Buatlah pendirian dan standard di dalam diri mulai hari ini....Jangan biarkan hidup dikawal oleh orang lain...Jangan takut sekiranya kita hilang kawan...Tetapi takutlah apabila kita hilang pendirian...Lalang namanya tu...
Jutaan terima kasih juga PH ucapkan kepada Dr Zul dan Misi Rizal D'Gojes kerana telah menjalankan tugas dan beberapa siri surgeri dengan jayanya...
Comments
Post a Comment