“Mereka tarik anjing itu dengan penyangkuk, dengan dua kaki di atas lalu cucuk jantungnya dengan besi tajam..." ( Dilakukan Oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai Ke..??? )

Pada tanggal 16 September yang lepas, PH tidak dapat turut serta bersama Kapten Anuar Musa ( Kapten ) dan Aunty Umairah untuk pergi ke Nibong Tebal, Pulau Pinang...Individu yang menyertai perjalanan Kapten Anuar ialah Saudara Abdaladheem bersama isteri...Misi kali ini dijalankan adalah kerana Kapten telah terpanggil untuk membantu Saudari Hani Nurhanizah yang telah menyelamatkan seekor anjng yang bernama Si Comel dari ditangkap oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai...Yang menariknya, PH difahamkan bahawa keluarga Saudari Hani Nurhanizah telah didatangi oleh ustaz dan pegawai dari Jabatan Agama kononnya untuk ditarbiahkan...Perkara ini berlaku kerana mereka telah menerima aduan dari jiran setempat bahawa keluarga insan yang berhati mulia ini telah memelihara anjing...Lihatlah betapa busuknya hati manusia yang dengki terhadap orang yang cuba berbuat baik waiama menyelamatkan anjing sekalipun....

Kedatangan Kapten dan Aunty Umairah ke sana turut disertai oleh Si Bobby dan Si Baby....Menurut apa yang PH baca dari blog Aunty Umairah, gelagat mereka telah diperhatikan oleh masyarakat dengan pandangan yang sagat pelik...Maklumlah, asalkan ada orang mukmin berjalan dengan seekor anjing, mereka pasti akan dilihat seperti makhluk asing...



Menurut apa yang PH faham dari blog Aunty Umairah, bapa Saudari Hani Nurhanizah adalah seorang pencinta haiwan...Berikut adalah ayat yang PH petik dari blog Aunty Umairah mengenai kronologi bagaimana Si Comel, seekor anjing jalanan yang sempat diselamatkan.. :

"Mendengarkan cerita sebenar yang berlaku bagaimana Comel diselamatkan sungguh menyayatkan hati kerana perlakuan pihak tersebut amat tidak berperikemanusiaan.  “ Mereka tarik anjing itu dengan penyangkuk, dengan dua kaki di atas lalu cucuk jantungnya dengan besi tajam.. kejam betullah cara dia orang buat” kata Encik Abd. Rahman.  Manakala menurut Hani keadaan Comel pada masa itu menjerit seperti minta nyawa lalu beliau bertindak membuka gate dan memasukkan ke dalam pagar rumah. Kelihatan bergenang air mata keluarga ini apabila mengimbas kembali peristiwa tersebut. Tindakan yang telah diambil oleh beliau sememangnya wajar dan perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Aunty jika berada di dalam situasinya. Kami telah disediakan dengan hidangan tengahari bersama kek yang telah dibuat sendiri oleh  Adik...panggilan mesra untuk Hani Nurhanizah."


Inilah Saudari Hani Nurhanizah, insan yang telah menyelamatkan anjing dari menjadi mangsa kekejaman pihak Majlis Perbandaran Seberang Prai...Sungguhpun beliau seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama Islam, tetapi itu bukanlah alasan untuk menidakkan tanggungjawab beliau untuk menegah kekejaman terhadap seekor anjing yang berlaku di hadapan mata...Bagi PH, beliau dan keluarga tersangatlah berani dan ianya wajar dipuji...Syabas PH ucapkan...


Nota PH :

Sekiranya apa yang diperkatakan mengenai perlakuan majlis perbandaran itu benar, mereka tidak sepatutnya bersikap dungu, bodoh dan langsi sangat serta bangga dengan tindakan mereka...Kalau nak bunuh anjing sekalipun, janganlah dengan cara yang paling tidak cerdik dan primitif....Janganlah nak tunjuk langsi dengan anjing di hadapan penduduk setempat yang dipandang ' lemah'...Masyarakat sentiasa memerhati...Kalau majlis perbandaran nak langsi juga, kami ( rakyat Malaysia yang menyayangi haiwan ) semua pun boleh langsi dengan pihak majlis perbandaran...

Bagi PH, kedatangan Pegawai Jabatan Agama untuk proses mentarbiah adalah satu penghinaan yang mutlak kepada keluarga Saudari Hani Nurhanizah...Pertama kali PH mendengar kes sebegini....Syabas kepada MPSP kerana ini mungkin juga berlaku buat pertama kali di dalam dunia di mana ada orang Islam 'menyekolahkan' orang Islam lain yang menyelamatkan anjing dari dicucuk dengan besi hanya kerana ada orang Islam dan orang  bukan Islam yang dengki membuat aduan terhadap orang Islam yang menyelamatkan anjing tersebut ( hangpa paham ke..??? )....Sepatutnya pihak Jabatan Agama pergilah mentarbiah orang yang membunuh anjing tu...PH difahamkan bahawa orang yang membuat kerja tersebut 
( mencucuk jantung anjing dengan besi ) adalah Melayu Islam...MPSP telah menunjukkan satu teladan yang tidak baik kepada rakyat dan ini sekaligus menunjukkan sikap dan tahap intelek pemimpin tertinggi Majlis Perbandaran Seberang Prai....


Kepada mana-mana majlis perbandaran ( majlis perbandaran yang bodoh sahaja ), kalau nak LANGSI, AGAK2 SKET....!!!! Kalau hampa sentap baca entri ni, nasiblaaa....Sapa suruh hangpa buat tak baguih kat anjing..??? Nak buat pun pi lah mana2 ceruk yang orang laen tak nampok...Kalau dalam bahasa kasar orang Cina, mereka akan  kata "Sohai" kalau buat perangai macam ni...

Cerita penuh boleh dibaca di blog Aunty Umairah

Comments

  1. mmg tk ptut pn dorg nie..

    btindak tnpa mggunakan akal...haizzz

    mnusia akhir zaman...dimanakan otak kmu?

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...ape salah anjing tu???
    Anjing tu tak de buat salah apepun....

    Sebak baca posting nie....

    Anjing juga hamba Allah kan PH kan...

    ReplyDelete
  3. Anjing tu pun makhluk Allah juga...

    :(

    ReplyDelete
  4. PH apa kata PH serang majlis seberang prai mcm PH buat kat negro yg bunuh anjibg ari 2...diaorg senyap je...sy sebagai penjawat awan kalau dia tempat diaorg sy tau apa yg diaorg akan ckp..kita yg pencinta haiwan nie berusaha nak selamatkan haiwan...@ ripot kat 999 tv3....sy rasa patot sbb dl ada rancangan pasal DBKL bunuh haiwan kucing n anjing yg diaorg tangkap dgn cara lemaskan @ jerut anjing lepas 2 buang kat pembuangan sampah..lepas ada org ripot n mogok kat depan dbkl br la nak bt tindakan...tp sy pcaya benda nie masih lg blaku sbb x de susulan dr peristiwa 2...sy geram sbb haiwan jugak memang patot disayangi...mungkin ada hikmat allah nak tunjukkan...

    ReplyDelete
  5. hmm..xpatut buat macam tu.kena ada cari jalan terbaik untuk kawal anjing liar bukan menyeksa sampai mati..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular