Jutaan Terima Kasih Kepada Radio 24 BERNAMA

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Kalian Semua...

PH rasa belum terlambat lagi untuk PH bercerita tentang kisah PH yang telah diwawancara oleh Radio 24 BERNAMA baru-baru ini....Untuk dijadikan cerita, pada 24 Oktober 2012 yang lepas PH telah dijemput untuk hadir di dalam segmen 'The Lounge' oleh pihak peneraju radio Bernama ( 93.9 fm ) untuk menyampaikan risalah pencinta haiwan....

PH juga telah dimaklumkan lebih awal bahawa segmen ini adalah di dalam Bahasa Inggeris...Bagi PH, ianya sememangnya sesuatu yang agak mencabar kerana inilah kali pertama PH melaluinya...PH juga dimaklumkan bahawa kalau tidak fasih, PH boleh juga menggunakan Bahasa Melayu....

Maka pada 24 Oktober 2012 jan 8.45 malam, PH pun tiba di bangunan Bernama yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur...PH pergi bersama Saudara Sayuti, MH dan si kembar...



Akhirnya PH sampai juga ke pejabat Bernama Radio ni...Simple jer hiasan dalaman pejabatnya...



Dari kiri saudara Shawn, PH, saudara Sayuti dan saudara Zaini...Saudara Zaini adalah salah seorang sahabat yang paling lama mengenal PH, iaitu ketika PH masih di bangku sekolah menengah lagi...



Sesi ke udara bersama 'The Lounge' berlangsung dari jam 9.20 malam sehingga jam 10 malam...Bermacam-macam soalan yang diutarakan oleh peneraju utama Radio 24 Bernama, iaitu Mr Gerard...Beliau adalah seorang yang sangat peramah dan sangat bijak menyusun kata...PH diberi 'green light' untuk menggunakan Bahasa Inggeris yang diselangselikan dengan Bahasa Melayu...



PH juga diberi peluang untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati sebelum PH datang ke konti lagi...Ianya telah dibincangkan beberapa minggu sebelum tarikh PH diwawancara...Ini bermakna, sebelum apa yang tersimpan di dalam lubuk hati PH di keudarakan, mereka telah terlebih dahulu maklum akan perkara tersebut...


Akhirnya, selesai sudah PH diwawancara oleh Mr Gerard..kalau nak diceritakan apa yang telah diwawancara, rasanya tak dapatlah PH nak muatkan di dalam entri ini...Sesiapa yang mendengar, maka mereka akan tahu apa yang telah PH sampaikan...Sesungguhnya, kebenaran itu kadangkala memang agak pahit untuk diterima...Terpulanglah kepada seseorang itu untuk menerimanya....Kalau tidak dapat menerimanya, itulah tanda kesombongan diri dan ego yang tidak dapat dibendung lagi...Sebab itulah muhasabah diri itu perlu....Bak kata Robert T Kiyosaki, 'Having a right thinking is the REAL PROBLEM...'
PH sangat berterima kasih kepada Bernama Radio kerana telah memberi peluang keemasan ini....Gambar di bawah ini adalah PH bersama dengan peneraju utama Bernama Radio 24 iaitu Mr Gerard...Beliau bersalaman sambil memeluk PH dengan erat sebelum PH pulang...Sabarlah banyak-banyak katanya...


Nota PH :

Terima kasih sekali lagi buat Bernama Radio...Ini adalah stesen radio pertama yang menjemput PH ke konti bagi melebarkan sayap perjuangan...Krew-krew Bernama juga ramai di antaranya adalah pencinta haiwan tegar...Terima kasih juga kepada Mr Ju Shern tentang tips-tips fotografi dan juga teknikal penyiaran radio...Anda semua memang steady dan sangat profesional...


PH hanya berbekalkan semangat untuk meneruskan perjuangan untuk membela nasib haiwan-haiwan yang terbiar di Malaysia....Bermacam-macam tohmahan dan cabaran yang PH tanggung seorang diri setakat tiga tahun berjuang dengan bidang penulisan melalui internet....PH sudah tak boleh menoleh ke belakang lagi...Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan....Justeru itu, PH ingin mengingatkan bahawa yang PH cari bukanlah NAMA, tetapi adalah KEJAYAAN BERSAMA....

Comments

Entri Popular