Si Jojo Kepsi Kini Dah Ada Lesen

Alhamdulillah, selesai sudah satu kes, kini selesai lagi satu kes...Selagi kita hidup, masalah dan ujian tetap akan datang bersilih ganti...Hanya mereka yang kuat sahaja dapat menempuhnya dengan jaya...Ye lah kan, bak kata Si Labu, "Sebelum tutup mata, KERJA, KERJA, KERJA...!!!" Itulah fitrah hidup yang harus kita tangani dengan sebaiknya...
Alkisah Si Jojo ni pun sama juga...Baru-baru ini, PH dah daftarkan nama Si Jojo kepada Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj )...Semuanya adalah di atas faktor tanggungjawab dan kedaulatan undang-undang majlis yang telah termaktub..Sebagai rakyat di bumi bertuah ini, kita kenalah hormati undang-undang...Ada sebab mengapa anjing-anjing peliharaan perlu dilesenkan...Di antara sebabnya ialah untuk mengelakkan penularan wabak penyakit anjing gila..Setiap anjing yang dilesenkan perlu divaksin terlebih dahulu...Di sepanjang proses pendaftaran lesen anjing untuk Si Jojo ni, PH mendapati ianya tersangatlah mudah dan cepat...PH hanya mengambil masa 1 jam untuk mendapatkan lesen dan lencana lesen untuk dilekatkan kepada kolar anjing...


Untuk mendapatkannya tersangatlah mudah, cuma manusia jer yang selalu memperlekehkannya....PH terkejut bahawa anjing-anjing milik jiran-jiran PH rata-ratanya tidak mempunyai lesen...Hmmm, PH pun tak tahu nak kata apa dah....Di bawah ni adalah lesen untuk Si Jojo...Tujuan lesen anjing ini diwujudkan oleh pihak berkuasa bukanlah untuk menyusahkan, tetapi ada sebab-sebab yang tertentu yang perlu dikawal...Di antaranya adalah untuk memastikan bahawa pemilik-pemilik anjing mengikuti garis panduan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa...Di antaranya ialah :

1 ) Memastikan anjing berada di dalam perimeter yang selamat.

2 ) Pemilik anjing WAJIB memastikan bahawa anjing yang dipelihara tidak mengganggu kawasan sekitar dan kawasan kejiranan.

3 ) Memastikan kesihatan anjing berada di tahap yang terbaik di mana penularan wabak anjing gila atau wabak yang berkaitan tidak berlaku.

4 ) Pemilik perlu mendapatkan sijil kesihatan anjing dari Pegawai Jabatan Veterinar / Doktor Haiwan yang bertauliah.

5 ) Pemilik anjing WAJIB menjaga kebersihan perimeter rumah sendiri, rumah anjing dan keadaan sekitar.

6 ) Pembuangan najis anjing tidak mendatangkan masalah kepada kejiranan di sekitar perimeter ataupun premis.

7 ) Pemilik anjing perlu memastikan bahawa anjing tidak mengganggu ketenteraman awam seperti bunyi salakan yang melampau.

8 ) Pemilik anjing perlu memastikan bahawa anjing yang dipelihara tidak merayau-rayau.

9 ) Perlu memasang papan tanda di pintu pagar. Contoh : "Beware of Dogs"

10 ) Pemilik anjing WAJIB menggantung lencana lesen di leher anjing berkenaan.

Yang pasti, segala syarat di atas adalah TANGGUNGJAWAB yang wajib dilakukan oleh setiap pemilik anjing itu sendiri...Sekiranya setiap pemilik anjing di Malaysia mematuhi piawai ini, PH rasa masalah anjing-anjing jalanan tidak akan menjadi begitu serius sepertimana yang telah berlaku sekarang...



PH ada bertanyakan kepada pegawai yang bertugas, perlukah untuk pemilik anjing mendapatkan tandatangan dari jiran atau sebagainya terlebih dahulu sebelum memiliki anjing..?? Pegawai tersebut berkata tidak perlu asalkan segala syarat yang diterangkan dipatuhi...Tetapi sekiranya ada aduan, pihak majlis berhak merampas anjing tersebut...Bagi PH, ia adalah kenyataan yang adil buat jiran dan pihak pemilik anjing...

Maka, PH daftarkan nama PH sendiri sebagai pemilik Si Jojo yang sah di sisi undang-undang...



Akan tetapi, PH banyak menerima pertanyaan dari pelbagai pihak iaitu adakah PH pelihara Si Jojo di dalam rumah..?? Jawapan PH ialah TIDAK...Si Jojo selalu tidur dan berehat di dalam stor Uncle Chandran, pemilik rumah kedai di hadapan rumah PH...Si Jojo ni tak lari ke mana pun...Sesiapa yang pernah datang ke rumah PH sudah pasti tahu di mana Si Jojo ni selalu lepak....Si Jojo ni adalah seekor anjing jalanan, pendek kata anjing yang tidak bertuan...


Kalau di waktu siang, kalau Si Jojo tak tidur di dalam stor Uncle Chandran, dia akan tidur atau berkawal di luar pagar rumah PH....


Begitu juga pada malam harinya...Gambar ini diambil pada jam 4 pagi...


Dari seekor anjing jalanan yang tidak bertuan, kini Si Jojo telah mempunyai lesen anjing yang sah...Walaupun Si Jojo ni berada di luar kawasan rumah PH, Alhamdulillah dia tidak mengganggu langsung kawasan kejiranan PH...Jiran-jiran juga berbesar hati apabila melihat kebajikan Si Jojo ni terjaga....


PH nak latih dia jadi baik senang ajer pon...PH cakap kat dia "Kalau kau nakal, ko takkan dapat makan ayam kepsi lagi...."...Anjing ni sebenarnya faham apa yang kita nak cakap pada dia...PH gantung ayam kepsi tu kat pagar selama setengah jam...Dia lepak ajer kat depan umah PH selagi dia tak dapat makan ayam tu...Dia memang takkan boleh capai ayam kat pagar tu....Itulah cara PH mendisplinkan dia...Alhamdulillah juga cara tersebut berhasil....Bekas makanan kat hujung tu PH akan basuh dulu sebelum beri dia makan kibbles...


Nota PH :

Ini sahaja cara PH dapat bantu Si Jojo ni selain dari memberinya makan setiap hari...Apabila mereka menghargai kita, kita juga perlu menghargai mereka...Namun begitu, entri ini bukanlah untuk mengajak kesemua orang Melayu Islam bela anjing....Kalau tiada keperluan, tak perlu bela atau pegang pun...Tak perlu nak bergambar peluk-peluk anjing dan sebagainya...Itu dah lari dari prinsip hukum hakam syariat...Si Jojo ni juga bukanlah 'PET' PH....PH cuma mahu Si Jojo merasai nikmat disayangi kerana dia juga adalah makhluk yang berhak menerima HAK tersebut...PH hanya pinta agar persepsi umat Melayu Islam ini terhadap anjing berubah walaupun tak suka anjing...Ya..!!! Mereka adalah tergolong di dalam kategori najis berat, tetapi itu tidak bermakna kita boleh memandang hina kepada mereka...Anjing mempunyai sifat-sifat yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin...Kalau nak tahu, sila KLIK SINI 

Sebenarnya, PH telah mengambil risiko yang sangat tinggi untuk dicaci hina dengan segala tohmahan dari mereka yang berfikiran tipikal selepas menyiarkan entri ini....PH juga banyak bertanyakan mengenai segala garis panduan ketika berurusan dengan Si Jojo dengan seorang ustaz yang bertauliah dari jabatan ketenteraan...Jadi PH berharap janganlah tiba-tiba ada orang yang nak jadi ustaz yang tidak bertauliah untuk mengazankan PH....Nak sertu atau samak..??? Ianya bukanlah perkara yang sukar seperti yang disangkakan...Rajin-rajinkan diri untuk melihat video di bawah..Kalau online pakai handphone, cariklah laptop yer...


Rasa takut adalah kerana kurang ilmu....Justeru itu, selagi ada hayat carilah ilmu dan AMALKANLAH ia...

Comments

  1. Ph sy salute dengan cara ph. Sy jugak pecinta haiwan, mgkn 1hati nanti sy akan jd mcm ph, buat masa ni sy hnya ada2 ekor kucing yg dibela dlm rumah...mgkn lepas ni sy akan standby whiskas dlm kereta bila jumpa kucing jalanan sy akn bg makan. Dlu pernah sekor ni sy jaga pantang dgn enjin kereta lari depan opis nk makan..smpi satu ketika dia sakit skali je dia tunjuk muka smpi sekarang sy xnampak. Orang kata kucing klu kita syg dia,dia mati jauh dr tmpt kita sbb xnk kita bersedih. Sy bangga dgn ph! Jojo comel sgt!

    ReplyDelete
  2. Very proud of you. JoJo is very lucky.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian, dog licence malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular