Selamat Datang Shelter Pekan Nenas dan Syabas Wira Fans Club ( Bahagian Satu )
Alhamdulillah, PH sekali lagi telah menimba pengalaman baru bersama rakan-rakan yang disayangi...Sesungguhnya pengalaman ini sangatlah bermakna kerana ianya meningkat keyakinan diri dan menyemarakkan lagi semangat menyayangi haiwan...Panji-panji pencinta haiwan telah disematkan di dalam hati masing-masing...
Untuk dijadikan cerita, pada tanggal 7 Oktober 2012 ( Ahad ), Wira Fans Club telah menganjurkan satu aktiviti untuk sama-sama membersihkan sebuah pusat perlindungan haiwan di Pekan Nenas, Pontian, Johor...Bagi PH, program-program sebegini tersangatlah 'gojes' kerana ini adalah di antara salah satu cara untuk mendidik masyarakat agar mengetahui dengan lebih dekat bagaimana kucing-kucing dan anjing-anjing jalanan menjalani kehidupan mereka di sana...PH yakin ini adalah aktiviti yang sangat bagus bagi mereka yang baru mula untuk berjinak-jinak dengan haiwan...
Pada pagi Ahad itu, tepat jam 4.30 pagi saudara Razeef dan saudara Sayuti telah datang ke rumah PH untuk sama-sama bergerak ke Pekan Nenas...Saudara Razeef sempat 'tapau'kan ayam kepsi untuk Si Jojo...Biasalah, kalau orang yang Jojo tak kenal, dia akan mendengus semacam tetapi karektornya akan berubah bila terbau ayam kepsi...Kini Razeef dan Jojo telah menjadi sahabat setelah muntutnya hampir digigit oleh Jojo....hehehe ( Jojo tak gigit pun, dia nak ambil bau ajer... )...Si Jojo ni tak pandai menyerang pun...Baik sangat dia ni...Tengok ekor pun dah tahu...
Seteleh bersiap-siap, PH, MH dan si kembar pun mula bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Bumblebee saudara Sayuti...Dalam gambar ni, Bumblebee Sayuti telah bergerak selaju 500km/j...Tapi lambat jugak sampai ke Pekan Nenas....hehehehe... ( kereta Gen 2 mana boleh bergerak selaju tu... )..Sementara itu, saudara Uncle Angah pun sudah mula bertola dari rumah bersama-sama dengan isterinya dan saudara Azrul Aminur ( Kung Fu Master )
Kami singgah ke R&R Ayer Keroh untuk bersolat Subuh berjemaah....Yang sebelah kiri sekali tu lah Kung Fu Master...Beliau telah khatam Kung Fu dari gurunya, Kung Fu Panda...Nampak jer kecik, tapi urat dawai tulang besi...
Kemudian kami bergerak meneruskan perjalanan dan singgah di R&R manaentah PH tak ingat pulak...Azrul Aminur ni kelihatan sedang mendukung seekor kucing yang tersangatlah gendut setibanya kami di sana...Lihatlah perutku, gendutkannn....!!!
Masing-masing menjamu sarapan pagi dengan khusyuk..Semuanya dalam 'Silent Mode'...Untuk makluman, masa ni lah saudara Razeef tergelak sampai terduduk kat lantai sebab PH buat lawak tak sengaja...hehehehehe
PH gembira melihat kucing gendut ini sedang tidur..Sesungguhnya tidur yang lena adalah sesuatu yang sangat berharga untuk seekor kucing jalanan...
Lebih kurang 3 jam selepas itu, kami pun tiba di Pontian...
Mengikut tentatif program, kami semua diarahkan untuk berkumpul di Masjid Jamek Pekan Nenas...Ramai peserta yang telah sampai ketika itu...Lebih dari 10 buah kereta...
Saudara Sayuti sedang menanti agenda seterusnya bersama Bumblebee kesayangannya...
Setelah semua sudah berkumpul, kami semua berkonvoi menuju ke 'shelter' yang dimaksudkan...Yang mendahului pasukan konvoi ialah Saudara Azman Ahmad dan Kak Jsue Hikmah, selaku pengasas Wira Fans Club selain dari Doktor Marlia ( Mama Wira )..
Akhirnya sampai juga kami ke Shelter Pekan Nenas...Perjalanan mengambil masa dalam sepuluh minit...
Nota PH :
Bersambung di Bahagian Kedua yer...
Comments
Post a Comment